Apakah ubat perangsang wanita yang selamat untuk mengembalikan semula keghairahan si isteri di tempat tidur?
Menurut kajian, 6 daripada 10 wanita mengalami mati putik ketika berhubungan intim.
Mati putik yang dikenali sebagai disfungsi seksual wanita (FSD) ini, biasanya berkait rapat dengan masalah sakit puan seperti endometriosis dan fibroid.
FSD juga terjadi disebabkan penyakit kronik atau masalah kesihatan mental lain seperti kemurungan dan kebimbangan.
Mati putik dalam kalangan wanita menyebabkan mereka tiada keinginan untuk seksual, rasa sakit ketika melakukan hubungan intim dan sukar mencapai klimaks ketika bersama pasangan.
Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan 5 jenis ubat perangsang wanita paling berkesan di farmasi berserta kegunaannya.
Baca juga:
Apa itu Ubat Perangsang Wanita?
Ubat perangsang wanita digunakan untuk meningkatkan keupayaan seksual wanita yang mengalami masalah semasa berhubungan intim.
Hal ini kerana, mengikut statistik, 1/3 wanita di dunia mempunyai masalah libido rendah.
Manakala, 10% lagi telah disahkan menghidap HSDD (kurang berfikir tentang seks).
HSDD atau hypoactive sexual desire disorder merujuk kepada gangguan keinginan seksual rendah, iaitu situasi di mana seseorang jarang atau langsung tidak merasa dorongan untuk melakukan hubungan intim.
Keadaan ini kerap berlaku dalam kalangan wanita dan boleh menjejaskan hubungan serta kesejahteraan emosi.
Justeru, salah satu jalan mudah untuk mengatasi HSDD adalah dengan mengambil ubat perangsang ini, malahan ia semakin mendapat permintaan yang tinggi di dunia.
Fungsi Viagra Wanita
Kajian menunjukkan bahawa Viagra memberi kesan kepada golongan wanita.
Ia dapat meningkatkan aliran darah ke organ intim wanita dan membantu meningkatkan respons seksual.
Ia mungkin bermanfaat bagi wanita yang mengalami gangguan ghairah seksual atau masalah dengan orgasme.
Pengambilan viagra atau ubat perangsang nafsu wanita ini boleh membantu meningkatkan nafsu kaum Hawa untuk berminat melakukan hubungan intim.
Contoh Ubat Perangsang Wanita di Farmasi
Terdapat beberapa jenis ubat perangsang wanita yang dijual di farmasi.
Berikut kami sediakan 5 jenis ubat kuat perempuan terbaik yang boleh anda pilih.
Namun, harus diingat, sebaik-baiknya sila rujuk dengan doktor sebelum mengambil sebarangan ubat dan mengetahui dos yang selamat untuk anda.
1. Bremalanotide
Bremalanotide adalah sejenis ubat perangsang atau viagra untuk wanita yang diberikan secara suntikan.
Ubat ini telah pun diluluskan pada tahun 2019 untuk merawat HSDD.
Food and Drug Administration (FDA) menyatakan bahawa ubat ini boleh merawat FSIAD pada wanita premenopaus.
Untuk menggunakannya, anda perlu menyuntik ubat tersebut pada kawasan paha atau perut sekurang-kurangnya 45 minit sebelum melakukan hubungan seks.
Kesannya dikatakan mampu boleh bertahan sehingga 24 jam.
Walaupun ia boleh mula memberi kesan dalam masa kurang sejam, pengguna juga perlu bersedia menghadapi kesan sampingan seperti rasa mual, loya dan muntah.
Disebabkan itu, pakar menyarankan untuk menggunakannya sebelum tidur agar anda tidak rasa terganggu di siang hari.
2. Flibanserin
Flibanserin adalah sejenis ubat perangsang wanita yang boleh diambil dalam bentuk pil atau oral.
Ubat ini telah pun diluluskan pada tahun 2015 untuk merawat HSDD.
Ia biasanya diambil pada waktu malam untuk meningkatkan libido wanita.
Sungguhpun Flibanserin memberi kesan sampingan dengan rasa mengantuk, namun bagi mana-mana wanita yang mengambil ubat ini pasti tidak akan menyesal kerana fungsinya yang kuat mampu mengembalikan keinginan seksual.
3. DHEA Vagina
DHEA Vagina diyakini sebagai rawatan yang berkesan dan selamat pada wanita menopaus dengan gejala atrofi faraj.
Ia biasanya terjual di pasaran dalam bentuk krim untuk mengatasi masalah vagina kering dan mengurangkan ketidakselesaan bagi wanita menopaus.
4. Testosteron
Testosteron sangat sinonim pada kaum lelaki sebagai hormon reproduksi yang berperanan penting dalam kesihatan seksual dan perkembangan tubuh mereka.
Namun, pengambilan testosteron pada wanita juga boleh meningkatkan masalah libido rendah.
Wanita normal mempunyai kandungan testosteron sebanyak 9 – 55 ng/dL. Justeru penambahan sedikit hormon ini mampu dijadikan sebagai ubat perangsang wanita.
Walau bagaimanapun, pengambilan testosteron ini boleh memberi kesan sampingan tertentu seperti tumbuh bulu, jerawat dan keguguran rambut.
5. Viagra wanita
Viagra untuk wanita mengandungi ubat dalam testosteron dan mint. Pil yang disebut dengan Lybrido ini dikatakan mampu meningkatkan keinginan seks wanita, dan membuatkan kaum Hawa rasa lebih puas ketika ‘bersama’.
Kesan Sampingan Ubat Kuat Wanita
Ubat kuat wanita seperti viagra boleh diambil dengan selamat, asalkan ia diperoleh daripada sumber yang sah (di farmasi bertauliah) dan di bawah pengawasan doktor.
Namun, anda harus maklum bahawa semua ubat boleh mempunyai kesan sampingan termasuklah ubat perangsang wanita.
Antara kesan sampingan yang boleh terjadi pada wanita yang menggunakan ubat perangsang seks ini adalah seperti sakit kepala, gangguan pencernaan, dan risiko tindak balas ubat.
Malahan, anda perlu tahu bahawa tidak semua individu sesuai menggunakannya.
Antara situasi yang memerlukan perhatian sebelum mengambil ubat perangsang nafsu ini termasuk:
- Wanita yang mengalami perubahan hormon akibat menopaus
- Mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi, masalah jantung atau hati
- Sedang menjalani rawatan dengan ubat-ubatan lain yang mungkin berinteraksi
- Hamil atau sedang menyusukan bayi
Sekiranya penggunaan ubat tidak membawa perubahan positif, jangan tunggu lama untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Selain itu, penggunaan jangka panjang Viagra wanita belum diteliti dengan baik, jadi sebarang risiko masih boleh berlaku.
Cara Penggunaan Viagra yang Selamat
Sebelum menggunakan Viagra atau ubat lain untuk masalah seksual, penting untuk berkonsultasi dengan doktor atau pakar perubatan.
Mereka dapat memberikan informasi yang tepat dan membantu menentukan apakah penggunaan Viagra sesuai untuk keadaan kesihatan seseorang individu itu.
Selain daripada ubat, terdapat beberapa pendekatan lain yang boleh membantu meningkatkan keintiman anda suami isteri:
Sesi terapi atau kaunseling: Berbincang dengan pakar yang berpengalaman dalam isu hubungan boleh membuka jalan penyelesaian yang lebih berkesan.
Latihan otot lantai pelvis (senaman Kegel): Membantu meningkatkan aliran darah ke kawasan intim dan menambah sensasi.
Komunikasi terbuka dengan pasangan: Luahkan keinginan dan batasan secara jujur untuk membina kefahaman bersama.
Mengurus tekanan harian: Aktiviti seperti senaman ringan, yoga atau meditasi boleh bantu melegakan stres yang menjejaskan keinginan seksual.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat perangsang wanita dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- ‘Female Viagra’: What You Need to Know. WebMD
- I Am a Woman and I Took Viagra: Benefits and Side Effects. Healthline