Tarikh Akhir e-Filing 2026, Denda & Penalti

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

KEMASKINI: Tarikh Akhir e-Filing 2026 Borang Cukai Pendapatan untuk individu tidak menjalankan perniagaan bagi tahun taksiran 2025 ialah 30 April 2026, manakala bagi individu menjalankan perniagaan ialah pada 30 Jun 2026.

Urusan e-Filing 2026 telah dibuka bermula 1 Mac, dan ramai yang ingin mengetahui tarikh akhir e-Filing 2026 bagi mengelakkan penalti lewat hantar. Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan dan boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal LHDN atau MyTax.

Cukai pendapatan dikenakan ke atas individu yang mempunyai pendapatan terakru atau diterima di Malaysia bagi setiap tahun taksiran. Individu yang mempunyai jumlah pendapatan melebihi nilai ambang ditetapkan wajib mendaftar fail cukai dan mengemukakan borang melalui e-Filing.

Berdasarkan jadual LHDN, tarikh akhir e-Filing untuk individu (Tahun Taksiran 2025) adalah seperti berikut:

tarikh akhir efiling 2026

Individu TIDAK Menjalankan Perniagaan

  • Borang e-BE
  • Tarikh akhir: 30 April 2026
  • Tambahan masa e-Filing: 15 hari

Individu Menjalankan Perniagaan

  • Borang e-B
  • Tarikh akhir: 30 Jun 2026
  • Tambahan masa e-Filing: 15 hari

Pengenalan Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:

  • Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;
  • Laba / keuntungan daripada penggajian;
  • Dividen, faedah atau diskaun;
  • Sewa, royalti atau premium;
  • Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan
  • Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Untuk tahun 2026, setiap individu haruslah peka dengan tarikh akhir e-filing 2026 bagi mengelakkan anda dikenakan penalti atau denda kerana tidak memfailkan cukai pendapatan anda seperti yang tertakluk dalam undang-undang.

KENYATAAN MEDIA RASMI LHDN : PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2025 DIBUKA MULAI 1 MAC 2026

Cara Memfail Cukai Pendapatan / eFiling

Mulai 1 Januari 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax.

Antara borang yang boleh difailkan melalui portal MyTax adalah borang seperti borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF.

Pembayar cukai dan majikan hendaklah mengguna e-Filing untuk mengemukakan borang nyata (BN) yang mempunyai kemudahan e-Filing.

Kegalalan setiap individu untuk memfailkan cukai mengikut tarikh akhir e-filing 2026 boleh menyebabkan anda dikenakan penalti.

Tarikh Akhir e-Filing 2026

KEMASKINI: Berikut dikongsikan tarikh akhir e-Filing 2026 bagi borang nyata 2025 untuk pelbagai kategori:

Jenis BorangKategoriTarikh Akhir Pengemukaan 
e-EMajikan31 Mac 2026
e-BEIndividu Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan30 April 2026
e-BIndividu Pemastautin yang menjalankan perniagaan30 Jun 2026 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-PPerkongsian30 Jun 2026 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-BTIndividu Pemastautin (Pekerja berpengetahuan/Berkepakaran)> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2026
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2026
e-MTIndividu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2026
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2026
e-MIndividu Bukan Pemastautin> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2026
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2026
e-TFPertubuhan> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2026
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2026
e-TPHarta Pusaka> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2026
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2026
e-TJKeluarga Sekutu Hindu> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2026
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2026
e-CSyarikat (Pembayar cukai dan majikan yang terdiri daripada syarikat diwajibkan mengemukakan borang C dan borang E secara e-filing)7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-C1Koperasi7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-PTPerkongsian libiliti terhad7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TCUnit amanah/amanah harta tanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TABadan amanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TRAmanah pelaburan harta tanah/tabung amanah harta7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TNAmanah perniagaan7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-CPEOrang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30A Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Eksplorasi]
Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh eksplorasi (1 Bulan)
e-CPP 2026Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30 Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Produksi]
Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan (1 Bulan)
e-LE1Entiti Labuan7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)

Maklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2026 boleh dirujuk melalui pautan PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) TAHUN 2026

Denda / Penalti Melewati Tarikh Akhir e-Filing 2026

Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh (sehingga akhir tarikh e-filing) yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:

  • BN selain Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
    • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
  • Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bayaran balik cukai 2026, sila rujuk di saluran berikut:

  • Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
  • Pautan capaian pantas:
  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Soalan Lazim Tarikh Akhir e-Filing 2026

1. Bilakah e-Filing 2026 dibuka?

Urusan e-Filing Tahun Taksiran 2025 (dikemukakan pada tahun 2026) telah dibuka bermula 1 Mac 2026 melalui portal LHDN atau MyTax.

2. Apakah tarikh akhir e-Filing 2026 bagi individu?

Tarikh akhir bergantung kepada kategori pembayar cukai:
Individu Tidak Menjalankan Perniagaan (Borang BE) : 30 April 2026
(Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing)

Individu Menjalankan Perniagaan (Borang B) : 30 Jun 2026
(Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing)

Individu Bukan Pemastautin (Borang M / MT)
-30 April 2026 (tidak menjalankan perniagaan)
-30 Jun 2026 (menjalankan perniagaan)
(Tertakluk tambahan 15 hari untuk e-Filing)

Perkongsian (Borang P)
-30 Jun 2026 (tambahan 15 hari untuk e-Filing)

3. Apakah tarikh akhir e-Filing 2026 bagi syarikat dan entiti lain?

Syarikat (Borang C)
-Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh penutupan akaun kewangan.

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
-Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh penutupan akaun (1 Bulan)

Koperasi (Borang C1)
-Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh penutupan akaun (1 Bulan)

Badan Amanah / Amanah Harta Tanah / Tabung Amanah
-7 bulan dari tarikh penutupan akaun (1 Bulan)

Entiti Labuan (Borang LE)
-Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh penutupan tempoh perakaunan (1 Bulan)

4. Siapa yang wajib mengemukakan Borang Nyata (BN)?

Individu yang mempunyai pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan dan layak dikenakan cukai wajib:

– Pendapatan tahunan melebihi RM37,333 (selepas potongan KWSP dan pelepasan asas RM9,000) untuk individu bujang/janda/duda. Untuk taksiran bersama (berkahwin), ambang boleh sehingga RM52,000 bergantung bilangan anak.
– Anda dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB) oleh majikan (dapat Borang EA).

5. Bagaimana cara daftar e-Filing 2026 untuk kali pertama?

Pembayar cukai perlu:

– Daftar akaun MyTax di portal rasmi.
– Dapatkan nombor PIN secara dalam talian melalui portal dan aktifkan sijil dgital.
– Cipta kata laluan
– Log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
– Lengkapkan maklumat peribadi serta pendapatan dan maklumat lain diperlukan.

6. Apakah denda jika lewat hantar e-Filing 2026?

Kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 112(1), Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967):
Denda RM200 hingga RM20,000
ATAU
Penjara tidak melebihi 6 bulan
ATAU kedua-duanya sekali.

Selain itu, penalti tambahan di bawah Subseksyen 112(3) ACP 1967 akan dikenakan berdasarkan tempoh kelewatan:
– Lewat sehingga 12 bulan → Penalti 15%
– Lewat melebihi 12 bulan hingga 24 bulan → 30%
– Lewat melebihi 24 bulan → 45%

7. Apa yang perlu dibuat sebelum hantar e-Filing?

LHDN menyarankan pembayar cukai supaya:

– Menyediakan rekod pendapatan
– Menyemak penyata pendapatan
– Melengkapkan resit dan invois berkaitan
– Membuat semakan maklumat sebelum hantar BN

Langkah ini penting bagi mengelakkan kesilapan serta penalti.

8. Bolehkah saya memohon No. PIN tanpa ke kaunter?

Ya.
– Anda boleh memohon melalui e-CP55D di portal MyTax dengan mengesahkan e-mel berdaftar anda.
– Anda juga boleh menggunakan kaedah e-KYC yang melibatkan proses imbasan kad pengenalan dan pengesahan identiti melalui gambar wajah (selfie).

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut