Azeva Natassha – Biodata Anak A. Aida & Ameng Spring

azeva
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Azeva Natassha mula mencuri perhatian ramai selepas menyertai program Talk To My Manager (Musim 2), sekali gus memperkenalkan dirinya sebagai bakat baharu dalam industri hiburan.

Sebagai anak kepada penerbit terkenal A. Aida dan penyanyi Ameng Spring, kehadirannya dalam program ini membuka ruang untuk orang ramai mengenali latar belakang, pendidikan serta perjalanan awal kerjayanya dengan lebih dekat.

Biodata Diri Azeva Natassha

Kredit: Instagram @azevanatassha
NamaAzeva Natassha
Nama PanggilanAzeva
Umur25 Tahun
PendidikanIjazah Perakaunan di Victoria University, Melbourne, Australia
PekerjaanPelakon dan Penyanyi
Akaun Media SosialInstagram @azevanatassha
TikTok @azevanatassha

Azeva Natassha merupakan antara wajah baharu dalam industri hiburan tempatan yang semakin mendapat perhatian ramai. Dilahirkan dalam keluarga seni, Azeva tidak asing dengan dunia glamor sejak kecil lagi. Bersandarkan status anak selebriti, Azeva Natassha tidak terlepas daripada tempias dunia glamor.

Apatah lagi, ibunya iaitu Dato’ A. Aida merupakan seorang pelakon dan penerbit terkenal, manakala bapanya, Ameng Spring ialah penyanyi popular. Tidak hairanlah “darah seni” mengalir deras dalam diri Azeva.

Dilahirkan sebagai anak kedua daripada tiga beradik, Azeva mempunyai seorang kakak iaitu Wan Az Aleesa. Membesar dalam persekitaran yang dikelilingi kamera, set penggambaran dan pentas konsert menjadikan dirinya lebih memahami selok-belok dunia hiburan sejak usia muda.

Lebih membanggakan, Azeva bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, malah juga seorang wanita bijak apabila berjaya menggenggam ijazah dalam bidang perakaunan dari Victoria University, Melbourne, Australia pada Mac 2025.

azeva
azeva
Kredit: Instagram @azevanatassha

Kehidupan Peribadi Azeva Natassha

Dari segi peribadi, Azeva Natassha dikenali sebagai seorang yang mesra, sopan dan mudah didekati. Keperibadiannya yang tulus serta cara dia berkomunikasi dengan penuh dedikasi membuatkan ramai yang senang dengannya.

Membesar dalam keluarga seni memberi banyak pengalaman berharga buat Azeva. Sejak kecil, ibunya sering membawanya ke set penggambaran, manakala bapanya pula mengajaknya menghadiri konsert. Pengalaman ini secara tidak langsung membuka mata Azeva tentang realiti dunia hiburan, termasuk kepentingan disiplin dan kerja keras di sebalik tabir.

Antara prinsip hidup yang dipegangnya adalah nasihat daripada ibunya: “Always be yourself, don’t be fake & jangan buat jahat dekat orang.” Nasihat ini menjadi pegangan hidup Azeva dalam menjalani kehidupan seharian.

Dari segi minat, Azeva gemar membaca dan pernah bekerja di sebuah kedai buku kerana cintanya terhadap dunia literasi.

Selain itu, dia juga pernah menjadi barista dan masih mampu menghasilkan latte art yang menarik. Dalam menjaga kesihatan, Azeva aktif dengan aktiviti seperti pilates, gym dan spin class sebagai cara untuk mengekalkan tenaga dan kecergasan.

azeva
Kredit: Instagram @azevanatassha

Kerjaya & Karier Azeva Natassha

Pembabitan serius Azeva dalam industri seni lakonan bermula selepas dia menamatkan pengajian. Langkah ini mendapat sokongan penuh daripada kedua-dua ibu bapanya yang sememangnya berpengalaman dalam industri hiburan.

Walaupun begitu, ibunya, A. Aida mempunyai perancangan tersendiri untuk masa depan Azeva. Beliau mahu anaknya terlebih dahulu memahami selok-belok pengurusan syarikat miliknya, A. Aida Production. Ini kerana Azeva merupakan graduan dalam bidang perakaunan dan dilihat berpotensi untuk membantu menguruskan syarikat yang semakin berkembang.

Menurut A. Aida, walaupun ramai pengarah berminat untuk mengambil Azeva berlakon, beliau masih belum terbuka sepenuhnya untuk memberi kebenaran kerana mahu anaknya fokus sebagai akauntan terlebih dahulu.

Tambahan pula, syarikat produksi tersebut sangat sibuk dan memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam pengurusan.

Namun begitu, Azeva tetap melakukan persediaan dalam bidang lakonan dengan menghadiri kelas lakonan bersama Fauziah Nawi.

Minatnya dalam dunia seni sebenarnya sudah lama bermula sejak kecil lagi, malah sejak usia 17 tahun, ibunya telah mendorongnya untuk mencuba bidang nyanyian dan lakonan kerana percaya dengan keunikan tona suaranya.

Selepas pulang dari luar negara, Azeva mula melangkah ke dunia lakonan dengan membintangi telemovie Bos Nak Cuti sekitar Jun 2025 bersama pelakon Aniq Suhair. Telemovie tersebut merupakan terbitan A. Aida Production dan diarahkan oleh Zul Huzaimy.

Menariknya, Azeva turut menjalani “double life” apabila bekerja sebagai akauntan sepenuh masa sambil aktif dalam bidang seni apabila peluang datang.

Azeva Menyertai Program Talk To My Manager 2

Bagi mengembangkan bakatnya dalam industri seni, Azeva Natassha menyertai program realiti Talk To My Manager sebagai platform terbaik untuk menyerlahkan potensinya sebagai anak seni.

Penyertaannya dalam program ini dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkenalkan dirinya kepada khalayak dengan lebih meluas. Malah, ibunya juga terbuka untuk bekerjasama dengan Ameng Spring, yang sebelum ini pernah menyertai program sama pada musim pertama bersama anaknya, Ammar.

Melalui program ini, Azeva berpeluang mempelajari lebih banyak tentang industri, membina keyakinan diri serta memperkukuhkan identitinya sebagai pelapis baharu dalam dunia hiburan tempatan.

TTTM2 bakal bersiaran bermula 19 April ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria, Astro One dan Sooka.

Fakta Menarik Mengenai Azeva Natassha

  • Pernah bekerja di kedai buku kerana minat membaca
  • Pernah menjadi barista dan mahir membuat latte art
  • Mengamalkan gaya hidup aktif seperti pilates, gym dan spin class
  • Meminati dunia lakonan sejak kecil
  • Suka mencuba watak berbeza kerana setiap karakter mempunyai emosi unik
  • Jadikan makanan seperti sushi dan ayam gepuk sebagai “comfort food”
  • Sentiasa membawa tinted lip serum, compact powder dan jacket/cardigan
  • Membesar dalam persekitaran seni sejak kecil bersama ibu bapa terkenal
  • Mempunyai “double life” sebagai akauntan dan anak seni

Soalan Lazim Mengenai Azeva Natassha

Siapakah Azeva Natassha?

Azeva Natassha merupakan pelakon dan anak kepada selebriti terkenal Malaysia, Dato’ A. Aida dan penyanyi Ameng Spring. Beliau kini dikenali sebagai bakat baharu dalam industri hiburan tempatan.

Azeva Natassha anak ke berapa?

Azeva ialah anak kedua daripada tiga beradik dan mempunyai seorang kakak bernama Wan Az Aleesa.

Apakah latar belakang pendidikan Azeva?

Azeva memiliki ijazah dalam bidang Perakaunan dari Victoria University, Melbourne, Australia yang diperoleh pada Mac 2025.

Bilakah Azeva mula terlibat dalam bidang lakonan?

Azeva mula aktif dalam bidang lakonan selepas menamatkan pengajiannya dan mula mendapat perhatian menerusi telemovie Bos Nak Cuti pada tahun 2025.

Apakah kerjaya utama Azeva selain berlakon?

Selain bergelar pelakon, Azeva juga bekerja sebagai akauntan dan terlibat dalam pengurusan syarikat milik ibunya, A. Aida Production.

Adakah Azeva mendapat sokongan keluarga dalam kerjayanya?

Ya, Azeva mendapat sokongan penuh daripada kedua-dua ibu bapanya. Namun, ibunya mahu dia mendalami bidang pengurusan syarikat terlebih dahulu sebelum aktif sepenuhnya dalam lakonan.

Apakah minat dan hobi Azeva?

Azeva gemar membaca, bersukan seperti gym dan pilates, serta pernah bekerja sebagai barista kerana minatnya terhadap kopi.

Apakah keunikan Azeva berbanding selebriti lain?

Keunikan Azeva terletak pada gabungan kecantikan, kecerdikan serta latar belakang akademik dalam perakaunan, di samping bakatnya dalam bidang

Apakah cita-cita Azeva dalam industri hiburan?

Azeva bercita-cita untuk mengembangkan bakat dalam lakonan dan mencuba pelbagai watak yang mencabar, selain terus belajar dan memperbaiki diri dalam industri seni.

Baca juga: Talk to My Manager 2 [LIVE] – Senarai Peserta & Waktu Siaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut