PENTING: TARIKH DAN JUMLAH BANTUAN SYUKUR FASA 1
Pada 19 Februari 2025 yang lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, telah melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar atau SYUKUR di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, di Tuaran.
Program yang dijalankan ini mampu membantu dalam meringankan beban kewangan penduduk B40 di negeri Sabah ini, dan seterusnya dapat membantu mereka untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Bagi penduduk Sabah yang berminat untuk memohon bantuan program ini, pastikan anda terus bersama dengan artikel kami sehingga ke penghujung untuk mengetahui semua tentang Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar ini.
Apa itu Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR)?
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR merupakan program yang dijalankan bagi meringankan beban, meningkatkan taraf hidup dan memberikan harapan atau sinar baharu kepada golongan B40 di Sabah.
Program ini selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam melakukan pembasmian kemiskinan.
Melalui program ini, penerima bantuan tunai ini, akan menerima RM 300 setiap bulan bagi tempoh satu tahun. Namun begitu bayaran ini akan disalurkan setiap tiga bulan, dalam empat fasa yang telah ditetapkan.
Syarat Kelayakan Penerima SYUKUR
Bagi penduduk negeri Sabah yang ingin memohon bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:
- Kriteria asas:
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Serta memenuhi salah satu kriteria berikut:
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.
- Bagi kategori miskin
- Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
- Bagi kategori miskin tegar
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1
Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah secara beransur-ansur mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Bagi Fasa 1, Bayaran sebanyak RM 900 akan disalurkan pada bulan Februari ini, iaitu pada 19 Februari 2025. Bagi fasa seterusnya, tarikh bayaran belum dimaklumkan lagi.
Namun begitu anda tidak perlu risau kerana kami akan memaklumkan segala maklumat berkenaan tarikh bayaran ini dari semasa ke semasa.
FASA BAYARAN | Tarikh Bayaran | KADAR PENYALURAN |
Januari – Mac (Fasa 1) | 19 Februari 2025 (Rabu) | RM900 |
April – Jun (Fasa 2) | April 2025 | RM900 |
Julai – September (Fasa 3) | Ogos 2025 | RM900 |
Oktober – Disember (Fasa 4) | Oktober 2025 | RM900 |
Baca juga: SYUKUR Sabah – Permohonan & Semakan Status Bayaran
Cara Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Bagi memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan melalui tiga (3) cara, iaitu :
- Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
- Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.
Cara Semak Kelayakan Status Penerima Bantuan
Bagi anda yang telah melakukan permohonan bantuan ini, anda boleh melakukan semakan kelayakan status penerima bantuan SYUKUR ini dengan cara berikut:
- Pergi ke laman semakan SYUKUR
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Kemudian, klik pada butang Semak di bawah.
- Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan
Sumber: SYUKUR FAQ