SPAK: Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026

SPAK 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) TABIKA KEMAS Tahun 2026. Layari Sistem Pengambilan KEMAS di pautan http://kis.kemas.gov.my/ untuk membuat permohonan.

Permohonan dibuka mulai 𝟭 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻) hingga 𝟮𝟭 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗔𝗵𝗮𝗱).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan tawaran ini.

Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) Tabika KEMAS 2026

HEBAHAN TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAK) TABIKA KEMAS TAHUN 2026

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) TABIKA KEMAS Tahun 2026.

Syarat Kelayakan:
✔ 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
✔ 𝗕𝗲𝗿𝘂𝗺𝘂𝗿 𝟮𝟭 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 𝟯𝟱 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗶𝗸𝗹𝗮𝗻
✔ 𝗠𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗹 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳
✔ 𝗞𝗲𝗽𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 (𝗴𝗿𝗲𝗱 𝗖 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀) 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝘂𝗯𝗷𝗲𝗸 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 (𝗦𝗣𝗠) 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳
✔ 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻

📚 Tempoh Kursus:
3 bulan dijalankan di Institut/Pusat Latihan KEMAS.
📌 Kursus ini tidak menjamin pelantikan sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS.

🖥 Cara Permohonan:
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui pautan:
👉 http://kis.kemas.gov.my/

📅 𝗗𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶: 𝟭 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻)
📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽: 𝟮𝟭 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗔𝗵𝗮𝗱)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut: 03-8891 2605
(Sila baca syarat sebelum tuan/puan mengisi borang permohonan)

SPAK: Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026
Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026
SPAK: Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026
Syarat Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026
SPAK: Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026
Maklumat Asas Kursus SPAK 2026
SPAK: Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026
Cara Mohon Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026

Pengenalan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK)

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026 (SPAK) adalah program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk melatih individu menjadi pendidik awal kanak-kanak di Tabika KEMAS.

Kursus ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia lelaki dan perempuan berumur 21 hingga 35 tahun, dengan syarat kelayakan akademik sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan setaraf.

Kursus SPAK bertujuan untuk menyelaraskan standard latihan dan kompetensi pendidik awal kanak-kanak, serta memastikan mereka memiliki kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi dalam pengurusan Tabika KEMAS, perkembangan kanak-kanak, pedagogi, pengurusan kelas, keselamatan, dan pembentukan sahsiah murid.

Syarat

Syarat kelayakan untuk Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS 2026 (SPAK) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Memiliki Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan setaraf.
  • Mencapai kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau setaraf.
  • Sihat tubuh badan, tidak menghidap penyakit kronik/berjangkit, dan BMI tidak melebihi 30.
  • Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan.

Maklumat Asas Kursus SPAK 2026

  • Tempat:  Institut/Pusat Latihan KEMAS.
  • Tempoh: 3 bulan (tertakluk kepada pindaan jabatan).

Kursus ini tidak menjamin pelantikan sebagai kakitangan kontrak KEMAS; jika dilantik, calon ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Calon yang berjaya akan ditawarkan terlebih dahulu sebagai Personel MySTEP sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5 secara kontrak.

Jawatan yang ditawarkan (jika berjaya):

  • Skim perkhidmatan: Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Gred S5).
  • Gaji permulaan (Diploma): RM1,893.00.
  • Jadual gaji: sekitar RM1,650.00 hingga RM6,620.00.
  • Imbuhan: elaun perumahan tetap, elaun khidmat awam dan imbuhan sara hidup mengikut kadar tempat kerja.
  • Taraf jawatan: kontrak (contract of service).

Tempoh Permohonan

Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) Tabika KEMAS 2026 dibuka mulai 𝟭 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻) hingga 𝟮𝟭 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗔𝗵𝗮𝗱).

Cara Mohon Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) KEMAS 2026

Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) KEMAS 2026 dibuat sepenuhnya secara online melalui sistem pengambilan KEMAS. 

Sila rujuk langkah-langkah pendaftaran dan permohonan SPAK 2026 secara online seperti berikut:

1. Layari Sistem Pengambilan KEMAS di pautan http://kis.kemas.gov.my/ untuk membuat permohonan.

2. Pendaftaran Akaun: (jika belum ada akaun)

  • Klik butang “Daftar Akaun Baharu”.
  • Isi maklumat asas seperti No. Kad Pengenalan, Nama Penuh, Emel dan Kata Laluan.
  • Semak semula maklumat yang diisi dan klik “Daftar”.
  • Semak emel (jika ada pengesahan emel) atau terus ke skrin akses masuk.
SPAK 2026
Portal Sistem Pengambilan KEMAS

3.  Akses Masuk (Login)

  • Pergi ke skrin “Akses Akaun”.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
  • Klik “Log Masuk” untuk akses ke dashboard pemohon.
SPAK 2026
Daftar Akaun Baru

4. Pilih program SPAK:

  • Setelah log masuk, pergi ke menu permohonan dan pilih program Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK).
  • Klik Daftar Permohonan
SPAK 2026  kis kemas
Daftar Permohonan SPAK 2026

5. Isi borang permohonan:

  • Lengkapkan semua bahagian: maklumat peribadi, maklumat keluarga, maklumat kesihatan, alamat, maklumat akademik (SPM, STPM, dll), pengalaman kerja/aktiviti, dan maklumat kokurikulum.
  • Elakkan ruangan kosong, dan pastikan ejaan nama serta nombor IC tepat seperti dalam kad pengenalan dan sijil.
  • Muat naik gambar mengikut syarat ditetapkan
SPAK 2026  kis kemas
SPAK 2026  kis kemas
SPAK 2026  kis kemas

SPAK 2026  kis kemas

SPAK 2026  kis kemas

SPAK 2026  kis kemas

SPAK 2026 kis kemas

6. Muat naik dokumen sokongan (rujuk iklan sebenar untuk senarai tepat):

  • Salinan kad pengenalan.
  • Sijil SPM (mesti jelas keputusan Bahasa Melayu).
  • Sijil/Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan transkrip.
  • Sijil-sijil sokongan (kokurikulum, sukarelawan, kursus berkaitan).
  • Pastikan format dan saiz fail ikut arahan (contoh: PDF/JPEG, saiz maksimum tertentu).

7. Semak dan hantar:

  • Semak semula semua maklumat dan dokumen.
  • Klik Hantar Permohonan dan simpan nombor rujukan / tangkap skrin sebagai bukti.
SPAK 2026

Semakan Status & Temuduga

Info mengenai tarikh dan semakan status permohonan serta panggilan temuduga Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) 2026 akan dimaklumkan kelak.

Semakan boleh dibuat melalui pautan https://kis.kemas.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran dan pautan di bawah : https://kis.kemas.gov.mySebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut: 03-8891 2605.

Jangan lupa ikuti media sosial rasmi KEMAS untuk info terkini:

Soalan Lazim SPAK TABIKA KEMAS 2026

Apakah itu SPAK Tabika KEMAS?

SPAK ialah Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah KEMAS yang melatih bakal pendidik/pengasuh Tabika KEMAS selama kira-kira 3 bulan di Institut/Pusat Latihan KEMAS.

Adakah kursus ini jaminan kerja tetap di KEMAS?

Tidak. Surat tawaran kursus menyatakan kursus bukan jaminan pelantikan, sebarang pelantikan bergantung kepada kekosongan dan keperluan semasa jabatan.

Calon yang berjaya biasanya ditawarkan kontrak seperti Personel MySTEP atau Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S5 secara contract of service.

Apakah syarat umur dan kewarganegaraan?

Umur biasanya 21–35 tahun pada tarikh tutup iklan (rujuk iklan tahun semasa untuk pengesahan).

Kelayakan akademik minimum untuk mohon SPAK 2026?

Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak atau kelayakan setaraf yang diiktiraf kerajaan.
Kepujian Bahasa Melayu sekurang-kurangnya gred C pada SPM atau setaraf.

Ada syarat kesihatan?

Ya, calon perlu sihat tubuh badan, tidak menghidap penyakit kronik/berjangkit dan lazimnya disyaratkan BMI dalam julat tertentu.

Bagaimana cara memohon SPAK 2026?

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal pengambilan KEMAS (KIS) bermula 1 Disember sehingga 21 Disember 2025.

Dokumen apa yang biasanya perlu dimuat naik?

Salinan kad pengenalan, sijil/keputusan SPM, sijil dan transkrip Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sijil aktiviti/ko-kurikulum, dan dokumen lain yang dinyatakan dalam iklan (contoh: gambar berukuran pasport, sijil kesihatan jika diminta).

Adakah temuduga diadakan?

Ya, kebiasaannya calon disaring dan dipanggil temuduga/ujian sebelum senarai akhir peserta kursus dimuktamadkan. Keputusan panggilan temuduga dan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui portal dan/atau SMS/e‑mel bergantung kepada tatacara tahun semasa

Di mana kursus SPAK 2026 dijalankan dan berapa lama?

Di Institut atau Pusat Latihan KEMAS yang ditetapkan mengikut negeri/zona. Tempoh kursus sekitar tiga bulan, namun tertakluk kepada perubahan mengikut ketetapan jabatan.

Apakah kemudahan atau elaun semasa kursus?

Butiran elaun, penginapan dan makan minum berbeza mengikut tahun; biasanya dinyatakan dalam surat tawaran/garis panduan kursus.

Apakah jawatan yang biasa ditawarkan kepada peserta yang berjaya?

Lazimnya berkaitan jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat / pendidik Tabika KEMAS di bawah skim kontrak.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut