Kerajaan Negeri Kelantan kini membuka permohonan bagi Skim Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan yang boleh dipohon menerusi pautan https://emikro.kelantan.gov.my/.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai skim kredit ini.

Mengenai Skim Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan
Skim Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang menawarkan pembiayaan tanpa faedah dengan konsep Qard kepada usahawan kecil dan sederhana di negeri tersebut.
Ia juga merupakan salah satu intervensi strategik berimpak tinggi dengan peruntukkan dana berjumlah RM1 juta sebagai pemangkin utama.
Selain itu, skim kredit ini juga dapat memperluas akses pembiayaan kepada golongan usahawan industri kecil dan sederhana khususnya mereka yang berdepan kekangan untuk mendapatkan kemudahan melalui saluran perbankan konvensional.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 24 Mei 2026 sehingga 11 Jun 2026.
Jumlah Pinjaman
Jumlah pinjaman yang boleh dipohon adalah daripada RM3,000 hingga RM10,000.
Tempoh Pinjaman
Tempoh pinjaman tersebut adalah daripada 3 hingga 5 tahun dengan 0% interest atau tanpa faedah.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon skim kredit ini adalah seperti berikut:
- Permohonan terbuka kepada rakyat Negeri Kelantan
- Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun.
- Bermastautin di Kelantan dan berstatus anak Kelantan.
- Mempunyai perniagaan sendiri yang telah beroperasi melebihi 1 tahun.
- Memiliki pendaftaran SSM serta lesen/PBT atau kedua-duanya.
- Bebas daripada status bankrap & muflis.
- Bebas daripada pertuduhan di bawah AMLA 2001.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, pemohon boleh membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan https://emikro.kelantan.gov.my/.
- Klik bahagian “Daftar Baru.”
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar.”
- Kemudian, klik “Log Masuk” dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan dan hantar.
Semakan Permohonan
Semakan permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan https://emikro.kelantan.gov.my/.
- Klik bahagian “Semakan Permohonan.”
- Masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang “Semak.”
Soalan Lazim
Skim Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang menawarkan pembiayaan tanpa faedah kepada usahawan kecil dan sederhana di negeri tersebut.
Konsep yang digunakan adalah konsep Qard.
Jumlah pinjaman adalah daripada RM3,000 hingga RM10,000 dengan tempoh pinjaman 3 hingga 5 tahun.
Tarikh permohonan ini dibuka 24 Mei 2026 sehingga 11 Jun 2026.
Pemohon boleh memohon menerusi pautan https://emikro.kelantan.gov.my/.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Skim Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan, sila layari laman web https://emikro.kelantan.gov.my/.
Baca juga: Paduri Madani: Bantuan Pembiayaan Usahawan Wanita B40




