Simptom GERD: Kenali 10 Petanda Yang Paling “Rare”

simptom gerd
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Simptom GERD boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia dan jantina. Bahkan menurut laporan dianggarkan lebih daripada 60 juta orang dewasa Amerika mengalami pedih ulu hati sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Bahkan lebih daripada 15 juta orang dewasa mengalami pedih ulu hati setiap hari, termasuk golongan wanita yang hamil.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan simptom GERD dan rawatan yang sesuai untuk menanganinya.

Baca juga:

Apa itu GERD?

simptom gerd

Refluks Gastroesophageal atau (GERD) adalah masalah di mana injap otot di bawah esofagus (lower esophageal sphicterles) gagal berfungi dengan baik hingga menyebabkan asid mengalir balik memasuki ruang esofagus.

Fungsi asid dalam perut ini adalah untuk mencerna dan menghapuskan bakteria berbahaya dalam tubuh.

simptom gerd

Namun apabila esopagus mula gagal berfungsi ia akan menyebabkan asid memasuki ruang aliran esofagus dan memberi kesan iaitu rasa seperti terbakar pada individu tersebut.

Banyak yang menganggap GERD dan pedih ulu hati adalah dua penyakit yang sama. Hakikatnya, mereka yang mempunyai masalah pedih ulu hati tidak semestinya juga mempunyai GERD. Sebaliknya mereka yang mempunyai GERD pasti mempunyai masalah pedih ulu hati.

Punca penyakit GERD

Antara punca penyakit GERD yang disebabkan oleh masalah kesihatan adalah seperti:

  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Kehamilan
  • Pengosongan perut yang lambat ( gastroparesis )
  • Penyakit tisu penghubung seperti rheumatoid arthritis, scleroderma, atau lupus

Selain itu, pilihan diet dan gaya hidup juga boleh memburukkan refluks asid jika anda sudah mengalaminya seperti:

  • Merokok
  • Makanan dan minuman tertentu, termasuk coklat dan makanan berlemak atau bergoreng, kopi dan alkohol
  • Hidangan dalam saiz makan yang bersar
  • Makan terlalu cepat sebelum tidur
  • Ubat-ubatan tertentu seperti aspirin

Simptom GERD

simptom gerd

Simptom GERD yang biasa berlaku adalah pedih ulu hati dan refluks asid, diikuti oleh sakit pada abdomen, sendawa dan kembung perut.

Tetapi sebenarnya ada lagi beberapa simptom GERD yang mungkin kita selalu terlepas pandang bahawa ia telah menunjukkan petanda yang berbahaya. Antaranya simptom GERD adalah seperti:

  • Loya
  • Nafas berbau
  • Masalah bernafas
  • Sukar untuk menelan
  • Muntah-muntah
  • Enamel gigi terhakis
  • Ketulan di tekak

Jika anda mengalami refluks asid pada waktu malam, anda mungkin juga mengalami:

  • Batuk yang berlarutan
  • Laringitis
  • Asma yang datang secara tiba-tiba atau bertambah teruk
  • Masalah tidur

Komplikasi GERD

Kadangkala GERD membawa kepada komplikasi yang serius seperti:

Ulser esofagus: Asid perut merosakkan esofagus sehingga menyebabkan kudis terbuka terbentuk. Kudis ini selalunya menyakitkan dan mungkin berdarah. Keadaan ini boleh membuat anda sukar untuk menelan.

Penyempitan esofagus: Asid perut merosakkan bahagian bawah esofagus dan menyebabkan tisu parut terbentuk. Tisu parut ini terkumpul sehingga ia menyempitkan bahagian dalam esofagus dan menjadikannya sukar untuk menelan makanan.

Barrett’s esofagus: Refluks asid mengubah sel-sel dalam tisu yang melapisi esofagus. Lapisan menjadi lebih tebal dan bertukar menjadi merah. Keadaan ini dikaitkan dengan kemungkinan kanser esofagus yang lebih tinggi .

Masalah paru-paru: Jika refluks mencapai bahagian belakang tekak anda, ia boleh menyebabkan kerengsaan dan kesakitan. Dari situ, ia boleh masuk ke dalam paru-paru (aspirasi). Jika ini berlaku, suara anda mungkin menjadi serak. Dalam masa yang sama anda mengalami sesak dada dan batuk berlarutan. Jika paru-paru mula meradang, anda mempunyai kemungkinan menghidap asma, bronkitis, dan radang paru-paru .

Beza GERD, gastrik, anxiety

Jenis PenyakitGastrikGERDAnxiety
Organ yang bermasalahRadang pada perutRadang pada esofagusOtak, emosi dan roh
Bahagian yang perlu dirawatLapisan mukosa perut minpusOtot LES longgarKejiwaan dan fizikal yang sakit
Kesan tidak dirawat segeraBoleh menyebabkan ulser dan jangkitan bakteria Hypolori dan kemurunganSentiasa muntah masam dan menyebabkan kemurungan serta anxietyInsomnia, tekanan darah selalu tinggi, ketar, berpeluh dan berdebar setiap masa
PuncaSuka menahan lapar, suka makan makanan yang terlalu pedas dan masam semasa perut kosong, suka makan lewat malam, tidak sarapan nasi pada pagi hariNikotin dalam rokok boleh melemahkan otot LES, suka bersedih, suka menahan laparSuka menyimpan dendam, tekanan hidup/stress, gastrik dan GERD yang tidak dirawat, suka buat kerja seorang diri sehingga membebankan diri dan mental
Simptom utamaSakit dan panas perut, sesak nafas, sakit kepalaRefluks, pedih ulu hati, sakit dada, sukar menelanBacaan tekanan darah dan nadi yang tidak stabil, sukar tidur malam, resah dan dada berdebar/jantung laju, mempunyai simptom seperti gastrik, GERD, Tintinus atau telinga bunyi berdesing, kerap kencing dan lemah badan

Rawatan elak simptom GERD

Rawatan GERD bertujuan untuk mengurangkan jumlah refluks atau kerosakan pada lapisan esofagus daripada bahan refluks.

Doktor anda mungkin mengesyorkan ubat tanpa preskripsi atau ubat preskripsi untuk merawat simptom GERD tersebut:

1. Antacid

Ubat ini boleh membantu meneutralkan asid dalam esofagus dan perut sehingga menghentikan pedih ulu hati. Ramai orang mendapati bahawa antasid bukan preskripsi memberikan kelegaan sementara atau separa. 

Antacid yang digabungkan dengan agen berbuih membantu sesetengah orang. Penyelidik berpendapat sebatian ini membentuk penghalang buih di atas perut yang menghentikan refluks asid.

Tetapi penggunaan jangka panjang antacid boleh membawa kesan sampingan, termasuk cirit-birit , metabolisme kalsium yang diubah (perubahan dalam cara badan memecah dan menggunakan kalsium), dan pengumpulan magnesium dalam badan. 

Terlalu banyak magnesium boleh mendatangkan risiko kepada pesakit yang menghidapi masalah buah pinggang. Jika anda memerlukan antasid selama lebih daripada 2 minggu, berbincanglah dengan doktor anda.

2. H2 blockers

Untuk refluks kronik dan pedih ulu hati, doktor mungkin mengesyorkan ubat untuk mengurangkan asid dalam perut. Ubat-ubatan ini termasuk H2 blockers, yang membantu menyekat rembesan asid dalam perut. 

Antara H2 blockers adalah termasuk cimetidine ( Tagamet ), famotidine ( Pepcid ), dan nizatidine.

3. Proton pump inhibitors (PPI)

Juga dikenali sebagai pam asid, ubat ini menyekat protein yang diperlukan untuk membuat asid perut. 

PPI termasuk dexlansoprazole (Dexilant), esomeprazole (Nexium), lansoprazole (Prevacid), omeprazole (Prilosec), omeprazole/sodium bikarbonat (Zegerid), pantoprazole (Protonix), dan rabeprazole (Aciphex).

4. Prokinetics

Dalam kes yang jarang berlaku, ubat ini membantu perut anda mengosong dengan lebih cepat supaya anda tidak mempunyai banyak asid yang tertinggal. 

Ia juga boleh membantu dengan gejala seperti kembung perut, loya dan muntah. Tetapi Prokinetics boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. 

Ramai orang tidak boleh mengambilnya, adapun sesetengah pesakit boleh mengambil tetapi untuk masa yang sekejap.

Contoh prokinetik termasuk domperidone dan metoclopramide (Clopra, Maxolon, Metozolv, Reglan)

Selain itu, terdapat juga beberapa perubahan yang doktor cadangkan anda lakukan dalam gaya hidup untuk membantu mengurangkan gejala GERD ini.

1. Elakkan makanan dan minuman yang menyebabkan GERD

Jauhi makanan yang boleh melegakan LES, termasuk coklat, pudina, makanan berlemak, kafein dan minuman beralkohol. 

Anda juga harus mengelakkan makanan dan minuman yang boleh merengsakan lapisan esofagus seperti buah dan jus citrus, produk tomato dan lada.

2. Makan dalam hidangan yang lebih kecil

Makan dalam saiz yang lebih kecil juga boleh membantu mengawal simptom GERD. 

Selain itu, anda disarankan untuk makan makanan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur bagi membolehkan asid dalam perut turun dan perut anda separa kosong.

3. Makan perlahan-lahan

Elakkan dari makan dengan tergopoh-gapah dan laju. Pastikan makanan dikunyah dengan sehingga lumat dan mudah dihadam.

4. Berhenti merokok

Berhenti merokok adalah penting untuk mengurangkan gejala GERD.

5. Tinggikan kepala ketika tidur

Meninggikan bantal berkesan untuk mengurangkan refluks kandungan perut ke dalam esofagus anda

6. Kekal pada berat badan yang sihat 

Berat badan berlebihan biasanya akan memburukkan lagi masalah GERD.

7. Pakai pakaian longgar

Pakaian yang ketat dan sendat memberi tekanan pada perut dan bahagian bawah esofagus anda.

8. Akupunktur 

Dalam satu kajian, rawatan akupunktur menghentikan refluks. Namun kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanannya.

Jika GERD bertambah teruk, doktor biasanya akan menyarankan anda untuk melakukan pembedahan

Tetapi anda harus mencuba semua rawatan lain yang anda boleh terlebih dahulu.

1. Fundoplication

Ini adalah prosedur untuk meningkatkan tekanan di bahagian bawah esofagus anda. Doktor akan menggulung bahagian atas perut anda di sekeliling LES. 

Ini bagi mengetatkan otot dan meningkatkan tekanan di bahagian bawah esofagus untuk menghentikan refluks. 

Doktor akan melakukan rawatan ini melalui laparoskop (lubang kecil melalui perut) atau melalui pembedahan terbuka.

2. Transoral incisionless fundoplication (TIF)

Jenis pembedahan yang lebih terkini ini menggunakan endoskop (tiub kecil dengan kamera) untuk membalut perut di sekeliling LES dengan pengikat plastik. Ia kurang invasif daripada fundoplication standard.

3. Prosedur Stretta

Doktor akan meletakkan tiub kecil di bawah esofagus menggunakan haba frekuensi radio rendah untuk membentuk semula LES anda.

4. Pembedahan LINX

Doktor akan membalut pita manik titanium magnetik di sekeliling perut dan esofagus anda.

Daya tarikan magnetik manik menjadikannya cukup longgar untuk membiarkan makanan masuk ke dalam perut, tetapi cukup ketat untuk menghentikan refluks.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan simptom gerd dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Everything You Need To Know About Acid Reflux and GERD. Healthline
  2. Symptoms & Causes of GER & GERD. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases
  3. Home Treatments For Acid Reflux. Harvard Health Publishing
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut