Program Sijil Veterinar Malaysia Kemasukan Tahun 2023

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM SIJIL VETERINAR MALAYSIA SESI 2023/2025 BAGI KEMASUKAN TAHUN 2023

Pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia untuk mengikuti Kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sijil Veterinar Malaysia, cara permohonan dan kelebihannya untuk makluman bersama.

APAKAH SIJIL VETERINAR MALAYSIA?

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Selaras dengan pengiktirafan tersebut, perbekalan syarat lantikan skim perkhidmatan Pembantu Veterinar diubah sewajarnya bagi memasukkan kelayakan Sijil Veterinar sebagai syarat lantikan yang baru.

Institut Veterinar Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan melalui Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya. Institut ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 dengan tujuan melengkapkan para pegawai Jabatan dan juga penternak dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan.

Objektif Kursus

1. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik pengurusan, pemakanan, pembiakan dan kawalan penyakit lazim bagi semua jenis ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir, ayam, itik, arnab, kuda, anjing dan kucing;

2. Membina dan mempertingkatkan kemahiran manipulatif di dalam pengurusan sistem pengeluaran ternakan moden yang cekap dan produktif;

3. Melatih menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi bagi merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pengeluaran dan kawalan penyakit ternakan supaya produk yang dihasilkan seperti daging, susu dan telur, adalah bermutu dan selamat untuk dimakan;

4. Memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran di dalam kaedah-kaedah pengembangan dan komunikasi supaya pemindahan teknologi dan penyampaian maklumat kepada pelanggan akan lebih berkesan; dan

5. Melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai pengurusan pejabat, kewangan dan perundangan serta penguat kuasa yang berdasarkan Akta Binatang, 1953 (Akta 647) (Pindaan 2006) dan undang-undang semasa.

TEMPOH / LOKASI

Tempat latihan dan kemudahan bagi pelaksanaan Sijil Veterinar Malaysia adalah bertempat di Institut Veterinar Malaysia, Kluang Johor.

Pengajian ini akan bermula pada Julai 2023 dan mengambil masa selama 2 tahun.

Pelajar akan diberikan kuliah dan latihan amali secara intensif. Semasa menjalankan program latihan ladang di hujung Semester 4 pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta yang akan ditentukan oleh Institut. Kursus ini dijalankan sepenuh masa dan merangkumi 64 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Veterinar.

sijil veterinar malaysia

Prospek Kerjaya

Pelatih lepasan Institut Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
•        Perladangan
•        Pemprosesan
•        Agro Pelancongan

Struktur Pengajian

Pelajar diberi kuliah teori dan amali berjumlah 64 jam kredit atas subjek seperti di Jadual 1. Pelajar diberi latihan semua subjek ‘Teknikal’ dan ‘Industri’ secara terperinci supaya dapat melengkapkan diri mereka ke arah menjadi seorang usahawan selepas tamat latihan sekiranya tidak bekerja dengan agensi Kerajaan atau swasta. Subjek ‘Am’ dan ‘Industri’ juga diberikan supaya pelajar boleh menjadi seorang yang dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara sistematik untuk menjayakan program penternakan dengan berkesan.

Jadual Latihan

JADUAL LATIHAN
Subjek Yang Wajib diikuti oleh Pelajar
TAHUN 1TAHUN 2
SUBJEK AMSUBJEK AM
Asas SainsAsas Sains
Tamadun IslamBahasa Inggeris
Bahasa InggerisPengembangan Veterinar
Pengembangan Veterinar 
Pengurusan & PentadbiranSUBJEK TEKNIKAL
 Anatomi & Fisiologi
SUBJEK TEKNIKALAsas Klinikal
Anatomi & FisiologiAgrostologi
Asas KlinikalKesihatan Ternakan
AgrostologiKesihatan Awam Veterinar
Kesihatan TernakanAplikasi Komputer
Kesihatan Awam VeterinarPembedahan Asas
FarmakologiPatologi
Pembedahan AsasSains Tenusu
PatologiKejuruteraan ladang
Sains Tenusu 
Kejuruteraan LadangSUBJEK INDUSTRI
 Teknologi Penternakan
SUBJEK INDUSTRIPenternakan Unggas
Teknologi PenternakanSains Pembiakan
Penternakan UnggasSains Pemakanan
Sains PembiakanEkonomi & Perniagaan Ternakan
Sains PemakananHaiwan Kesayangan
Ekonomi & Perniagaan TernakanSimulasi Penternakan
Haiwan KesayanganLatihan Ladang

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2023

(i) Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun pada masa mendaftar kursus.

(ii) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia (Agroindustri Ternakan Ruminan/Agroindustri Poltri) dan;

(iii) Wajib mendapat kepujian (Gred C/6C) dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu;
• Matematik;
• Bahasa Inggeris;

Dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C/6C) dalam satu mata pelajaran berikut:
• Sains;
• Biologi;
• Kimia;
• Sains Pertanian;
• Sains Tambahan;
• Pengurusan Ternakan Ruminan;
• Pengurusan Ladang Ternakan Ruminan;
• Pengurusan Makanan Ternakan;
• Kesihatan Ternakan;
• Pembiakan Ternakan;
• Pengurusan Pastura dan Folder; atau
• Pengurusan Hasil Ternakan Ruminan;
• Penyelenggaraan Perumahan Ternakan Poltri
• Pengawalan Makhluk Perosak dan Pembersihan Reban
• Nyahkuman Reban dan Rawatan Air Minuman
• Penyediaan Tempat Perindukan
• Pengendalian Kemasukan Poltri Umur Sehari
• Pengurusan Poltri Peringkat Didik
• Pengurusan Poltri Peringkat Pembesaran
• Pengendalian Pengeluaran Telur Sajian
• Pengendalian Telur Tetasan
• Operasi Pengeluaran Poltri Umur Sehari
• Sanitasi dan Penyeliaan Operasi Penetasan
• Pengendalian Operasi Biosekuriti Ladang Poltri
• Pengurusan Sisa Buangan Ladang Poltri

(iv) Belum berkahwin (kecuali untuk pegawai kerajaan);

(v) Sihat tubuh badan dan melepasi ujian pemeriksaan kesihatan.

Syarat-syarat khas bagi kakitangan Kerajaan:

(i) Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa mendaftar masuk;

(ii) Pembantu Veterinar Gred G19 dan telah disahkan jawatan;

(iii) Mendapat pelepasan daripada Ketua Jabatan;

(iv) Mencapai tahap Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tiga tahun Terkini;

(v) Peratus gaji bersih di dalam penyata gaji tidak kurang daripada 70%.

TEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN

(i) Kursus ini dijalankan di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor.

(ii) Tempat penginapan dan makanan disediakan.

(iii) Elaun bulanan sebanyak RM 200.00 akan diberikan. (hanya kepada pelajar bukan daripada kakitangan DVS)

CARA PERMOHONAN

Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya atau di Institut Veterinar Malaysia, Kluang atau di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau dimuat turun dengan melayari laman web rasmi di https://www.dvs.gov.my atau https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560df0db70eb4.pdf?fbclid=IwAR2CpFG0XTSCgYtP_6FW-ZBDHiFFEzH0vioUpeEQxqC1qrx9XYASh1kWl5U

Sila majukan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada:

Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani
Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 Putrajaya.

atau

Institut Veterinar Malaysia
Beg Berkunci 520
KM 13, Jalan Batu Pahat
86009 Kluang
Johor.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2023

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 JANUARI 2023.

Lengkapkan borang permohonan dan hantarkan ke alamat yang dinyatakan.

Sekiranya tuan / puan layak untuk kemasukan, sesi temuduga akan dilaksanakan pada bulan Mac 2023.

Institut Latihan DVS

MAKLUMAN mengenai Institut Latihan DVS peringkat Persekutuan.

Institut Pengurusan Veterinar, Cheras.

  • Menyediakan kursus kepada Pegawai DVS dan Penternak.

Institut Teknologi Unggas, Melaka

  • Menyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak.
  • Sijil Kemahiran Malaysia (Bidang Poltri)
  • Penyelidikan Puyuh IKTA.

Institut Veterinar Wilayah Timur, Terengganu

  • Menyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak.

Institut Veterinar Malaysia, Kluang

  • Menyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak.
  • Sijil Veterinar Malaysia
  • Sijil Kemahiran Malaysia (Bidang Ruminan)
  • Penyelidikan Agronomi.

Sebarang pertanyaan mengenai kursus dan latihan kepada penternak boleh hubungi Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya DVS ditalian 03-8870 2000.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi di https://www.dvs.gov.my atau di talian 03–88702000/2207/2183/2185/2191 dan 07-7597000.

Info tentang Sijil Veterinar Malaysia : https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/1061

Rujuk pautan iklan rasmi di laman web: Iklan Kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM) sesi 2022/2023

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!