Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 16 Mac 2026.
Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Cuti Hari Raya Tambahan, HPIPT, Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026, tawaran PISMP, ISMP, dan Biasiswa Perguruan Persekutuan dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Cuti Raya Tambahan 2026
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan cuti tambahan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi memberi peluang kepada rakyat menyambut perayaan dengan lebih selesa bersama keluarga.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan bahawa rakyat akan menikmati cuti tambahan sama ada pada 20 Mac 2026 atau 23 Mac 2026, bergantung kepada tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri.

Namun ramai pekerja tertanya-tanya: adakah pekerja swasta turut mendapat cuti tambahan raya 2026 ini? Baca sini : Cuti Tambahan Raya 2026 – Swasta Cuti Tak? Ini Hak Pekerja Perlu Tahu
2. Pengumuman BDR / PdPR
Pengumuman PdPR BDR kini menjadi perhatian ramai selepas kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi menghadapi situasi semasa. Perkembangan ini menimbulkan persoalan sama ada sekolah akan kembali melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti yang pernah dilakukan ketika pandemik COVID-19 dahulu.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz untuk meneliti cadangan berkenaan.
Cadangan supaya penjawat awam melaksanakan BDR dijangka diputuskan dalam mesyuarat kabinet pada 17 Mac 2026.
Tujuan langkah ini adalah bagi memastikan operasi kerajaan dapat diteruskan dengan lancar walaupun berdepan cabaran akibat konflik geopolitik global.
Sementara itu, KPM dalam sebuah kenyataan bertarikh 16 Mac 2026 memaklumkan bahawa sesi persekolahan setakat ini berjalan seperti biasa kerana tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, Kementerian Pendidikan dilaporkan bakal mengadakan mesyuarat bagi meneliti secara terperinci cadangan pelaksanaan BDR termasuk kemungkinan PdPR.
3. Biasiswa Perguruan Persekutuan 2026 Bagi Lepasan STPM / STAM
Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi Pelajar Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) & Sijil Tinggi Agama (STAM) merupakan tawaran kewangan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelajar lepasan STPM atau STAM yang layak mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau universiti awam.
Tawaran ini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Program ini bertujuan melatih calon menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru bertauliah selepas tamat pengajian.
Permohonan dibuka bermula 17 Mac 2026 (10 pagi) sehingga 5 April 2026 (5 petang). Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal ePenawaran di pautan berikut: https://epenawaran.moe.gov.my/ting6/

4. Pengambilan Guru Lepasan SPM (PISMP)
Kalau Biasiswa Perguruan Persekutuan tadi untuk lepasan STPM, Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Bagi Latihan Praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2026 ini pula untuk lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Vokasional.
Bagi yang berminat, permohonan kini sedangdibuka sehingga 2 April 2026 (Khamis). Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://pismp.moe.gov.my

5. Biasiswa Perguruan Persekutuan (ISMP) Di Universiti Awam
Selain Biasiswa Perguruan Persekutuan dan PISMP, ada lagi satu pengambilan guru yang masih dibuka iaitu ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) khas untuk semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan. Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar universiti awam sepenuh masa sahaja ya.

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
Anda pening dengan semua permohonan / pengambilan guru ni? Baca je artikel ni kalau nak tahu lebih lanjut:
- Perbezaan Guru COS, ISMP, PDPP, PISMP dan PPC di Malaysia
- 7 Laluan Jadi Guru Malaysia -PISMP, ISMP, PDPP, CoS, DPP/DPLI
6. HPIPT (Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi)
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Bantuan ini khusus untuk pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan, dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.

Rujuk syarat-syaratnya di bawah:

Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/register atau imbas QR CODE tertera untuk semakan syarat permohonan dan pendaftaran.
Anda boleh juga rujuk artikel berikut: HPIPT 2026 – Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi
7. Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 – Berkuatkuasa 1 Jun 2026
Siapa yang nak beli kereta kena tahu pasal akta ni dan apa yang akan berubah mulai 1 Jun nanti.
Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 ialah pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang telah diwartakan pada 30 Januari 2026 dan akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026. Ia bertujuan menterjemahkan prinsip keadilan kredit pengguna serta memodenkan perjanjian sewa beli.

Pindaan ini akan memansuhkan dua kaedah lama yang sering digunakan dalam pinjaman sewa beli:
- Kadar Faedah Tetap Sama Rata (Flat Rate)
- Kaedah Peraturan 78 (Rule of 78)
Kenapa kaedah ini dimansuhkan? Mungkin ada yang perasan kan, di bawah sistem lama ini, kebanyakan bayaran awal yang kita buat sebenarnya digunakan untuk bayar faedah dahulu, bukan untuk kurangkan hutang pokok (prinsipal).
Akibatnya, baki pinjaman masih tinggi walaupun sudah lama membayar ansuran. Ramai peminjam rasa kurang adil apabila hutang masih besar walaupun dah bayar bertahun-tahun.
Melalui pindaan ini, pengguna di Malaysia dijangka menikmati sistem pembiayaan yang lebih mesra pengguna, jelas dan seimbang antara kepentingan peminjam serta institusi kewangan. Selain itu, institusi perbankan akan juga menawarkan diskaun ihsan atau goodwill discount bermula pada tarikh kuat kuasa Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026, iaitu 1 Jun 2026.
Baca kenyataan media rasmi KPDN berhubung pindaan akta ini : Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 – Berkuatkuasa Mulai 1 Jun 2026
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




