Scam E-Dagang: Maksud, Contoh & Tips Elak Ditipu

scam e-dagang
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan penipuan Scam E-Dagang atau penipuan secara atas talian yang boleh merugikan anda.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai penipuan ini.

Mengenai Scam E-Dagang

Scam E-Dagang bermaksud penipuan dalam talian di mana penipu memperdaya pengguna atau perniagaan untuk membuat pembelian, berkongsi maklumat peribadi, atau memindahkan wang bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak dihantar atau tidak seperti yang diiklankan.

Penipuan ini berlaku di atas talian bagi memperdaya seseorang individu untuk membuat pembelian sehingga akhirnya barang yang dibeli tersebut tidak sampai kepada individu terbabit.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, daripada lebih 136,000 aduan yang diterima di seluruh negara, jumlah tertinggi melibatkan dakwaan penipuan dalam talian dengan sebanyak 33,400 kes.

Ini menunjukkan gejala penipuan ini semakin berleluasa di dalam negara dan orang diingatkan berhati-hati agar tidak terjerat dalam penipuan ini.

Ciri-Ciri Scam E-Dagang

Ciri-ciri penipuan ini adalah sepert berikut:

  • Harga Terlalu Murah: Barang dijual jauh lebih murah daripada harga pasaran untuk menarik perhatian mangsa.
  • Tiada Alamat atau Maklumat Jelas: Penjual mengelak daripada berkongsi maklumat sah seperti alamat atau nombor telefon, hanya guna WhatsApp atau media sosial.
  • Tiada Ulasan atau Ulasan Palsu: Tiada maklum balas pelanggan atau hanya ulasan yang terlalu sempurna dan mencurigakan.
  • Bayaran ke Akaun Peribadi: Pembayaran dibuat ke akaun individu, bukan melalui platform pembayaran rasmi.
  • Desakan untuk Beli Segera: Anda didesak untuk “tempah segera” kerana stok kononnya terhad.
  • Kualiti Laman Web yang Rendah: Reka bentuk laman web yang tidak berkualiti, banyak kesalahan ejaan dan tiada maklumat syarikat.
  • Barang Tidak Pernah Dihantar: Sudah bayar, tetapi barang tidak sampai dan penjual hilang.

Cara & Contoh Scam E-Dagang Berlaku

Penipuan ini lazimnya berlaku seperti berikut:

  1. Anda terjumpa tawaran dalam talian yang sangat menarik.
  2. Setelah dihubungi, mereka akan menggesa anda untuk membuat pembayaran dengan cepat dan memberitahu anda bahawa stok/tawaran adalah terhad.
  3. Penjual gagal menghantar barang atau akan menghantar produk palsu dan akan menyekat nombor/akaun anda.
  4. Mereka juga mungkin melambatkan penghantaran barang anda dan akan meminta lebih banyak bayaran untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana penipuan ini berlaku, berikut adalah contoh kejadian penipuan ini:

Hafiz melihat iklan di Instagram yang menawarkan kasut jenama terkenal dengan harga promosi RM130 jauh lebih murah daripada harga biasa. Laman penjual nampak meyakinkan dengan beberapa gambar dan komen, serta link untuk membuat pesanan terus melalui WhatsApp. Penjual memberitahu tawaran itu akan tamat tidak lama lagi dan meminta Hafiz memindahkan wang ke akaun peribadi untuk “menempah harga promosi.” Hafiz kemudiannya membuat bayaran dan dijanjikan nombor tracking akan diberi kemudian. Beberapa hari berlalu tetapi tiada kemas kini, tiada nombor tracking. Penjual hilang dan tidak lagi membalas mesej. Hafiz tidak pernah menerima kasut yang dijanjikan.

Tips Untuk Elak Ditipu

Untuk mengelakkan menjadi mangsa Scam E-Dagang, berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan:

  • Beli dari platform yang dikenali atau laman e-dagang yang mempunyai polisi perlindungan pembeli.
  • Sahkan penjual dengan menyemak ulasan, penilaian, dan maklum balas pelanggan sebelum membeli.
  • Waspada dengan harga yang terlalu murah. Jika harga nampak terlalu menarik, mungkin ia satu penipuan.
  • Perhatikan tanda-tanda yang mencurigakan seperti laman web tidak berkualiti, tiada maklumat sah dan hanya menggunakan WhatsApp sahaja.
  • Jangan kongsi maklumat peribadi seperti butiran perbankan atau OTP melalui mesej/chat.
  • Sahkan identiti penjual dengan menggunakan Semak Mule untuk periksa nombor akaun bank, nama syarikat atau nombor telefon.
  • Jika ada keraguan, jangan teruskan pembelian. Lebih baik berhati-hati daripada menjadi mangsa penipuan.

Semak Melalui SemakMule PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu sistem yang membolehkan orang ramai menyemak scammer di atas talian iaitu Semak Mule PDRM.

Semak Mule PDRM ialah portal dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu orang ramai menyemak akaun bank, nombor telefon, atau nama syarikat yang berpotensi terlibat dalam aktiviti penipuan atau digunakan sebagai akaun keldai (mule account).

Untuk membuat semakan, sila ikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari https://semakmule.rmp.gov.my/.
  2. Pilih kategori sama ada no akaun bank, no telefon atau nama syarikat.
  3. Klik butang “Semak.”
  4. Rekod semakan dipaparkan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Scam E-Dagang?

Scam E-Dagang ialah penipuan dalam talian di mana penipu memperdaya pengguna atau perniagaan untuk membuat pembelian, berkongsi maklumat peribadi, atau memindahkan wang bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak dihantar atau tidak seperti yang diiklankan.

Apakah ciri-ciri penipuan ini berlaku?

– Harga Terlalu Murah
– Tiada Alamat atau Maklumat Jelas
– Tiada Ulasan atau Ulasan Palsu
– Bayaran ke Akaun Peribadi
– Desakan untuk Beli Segera
– Kualiti Laman Web yang Rendah
– Barang Tidak Pernah Dihantar

Bagaimanakan cara untuk mengelakkan untuk ditipu menerusi atas talian?

– Beli dari platform yang dikenali.
– Sahkan penjual dengan menyemak ulasan, penilaian, dan maklum balas pelanggan.
– Waspada dengan harga yang terlalu murah.
– Perhatikan tanda-tanda yang mencurigakan.
– Jangan kongsi maklumat peribadi.
– Sahkan identiti penjual dengan menggunakan Semak Mule.
– Jika ada keraguan, jangan teruskan pembelian.

Adakah terdapat laman web yang boleh saya semak maklumat penjual untuk elak ditipu?

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak melalui Semak Mula PDRM iaitu https://semakmule.rmp.gov.my/.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Scam E-Dagang, sila layari laman web https://www.jangankenascam.com/.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut