Pucuk Ubi: Jenis, Khasiat Kesihatan & Cara Memasak

pucuk ubi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pucuk ubi memang enak dijadikan hidangan tengah hari bersama keluarga. Namun pasti tidak ramai yang tahu akan kelebihannya kepada kesihatan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pucuk ubi dan khasiatnya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu pucuk ubi?

Pucuk ubi (Maniahot esculenta) adalah sejenis sayuran yang berdaun yang diperoleh dari pokok ubi kayu.

Biasa kita dengar pokok ubi kayu ditanam untuk mendapatkan hasil umbisinya, namun sebenarnya pucuknya juga boleh dijadikan hasil sampingan yang boleh digunakan.

Sayuran ini sesuai dijadikan pelbagai jenis hidangan seperti masak lemak cili padi, urap atau kerabu daun ubi, sambal tempoyak dan pecal.

Sebelum dimasak, pucuk ini perlu direbus terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10 minit lalu dibuang air rebusannya sebelum dimakan.

Ini penting bagi mengurangkan kandungan asid hidrosianida yang terkandung di dalamnya.

Terdapat pelbagai jenis ubi kayu yang boleh ditanam dan sesuai untuk anda jadikan sayuran seperti yellow twig, white twig atau black twig Seri Pontian, Medan dan ubi pulut.

Kandungan nutrisi

Pucuk ubi boleh dijadikan sumber protein yang berasaskan sayuran. Berdasarkan kepada kajian penyelidikan, ia mengandungi 3.7 g protein sayuran yang terdiri daripada lysine, isoleucine, leucine, valine, dan arginine.

Selain itu, pucuk ini juga mengandungi karbohidrat, fiber, vitamin (C, B17 dan A) serta mineral seperti kalsium, fosforus dan zat besi yang diperlukan tubuh badan.

Jenis dan ciri-ciri

Terdapat pelbagai jenis pucuk ubi yang boleh anda temukan dan masak untuk dijadikan hidangan bersama keluarga. Berikut adalah antara jenisnya:

1. Pucuk ubi ajinamoto

pucuk ubi

Pucuk ini hampir mirip dengan daun betik. Daun dan batangnya berwarna hijau tua dan agak bergetah apabila dipetik.

Sesuai untuk dicelur dan dijadikan ulam-ulaman kerana teksturnya yang lembut, berlemak dan manis.

2. Pucuk ubi pulut

pucuk ubi

Ia mempunyai daun yang lebar dan tekstur yang lembut setelah dimasak.

3. Pucuk ubi kerinting

pucuk ubi

Pucuk yang satu ini agak unik kerana bentuk daunnya agak kerinting. Pucuk ubi kerinting juga paling lembut dan tidak memerlukan anda untuk celur terlalu lama.

4. Pucuk ubi batang merah

Jika tadi kesemua pucuk tadi berwarna hijau, yang jenis ini batangnya berwarna merah.

Bentuk daunnya hampir mirip dengan daun ubi pulut tetapi teksturnya sederhana lembut.

Ubi jenis ini paling kerap ditanam kerana ia mempunyai umbisi yang lebih sedap, empuk dan lembut.

5. Pucuk ubi ekor kucing

Keunikan pada pucuk ubi ekor kucing adalah kerana bentuk daunnya yang sedikit runcing seperti ekor kucing.

Untuk masak pucuk ini, anda perlukan masa yang sedikit lama kerana teksturnya yang agak kasar dan keras.

Khasiat dalam kesihatan

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Membantu metabolisme badan

Ia adalah sumber protein sayuran yang sangat bagus kerana ia mengandungi banyak vitamin B.

Vitamin B sangat diperlukan untuk membina sel-sel badan yang akan membentuk enzim yang membantu metabolisme badan.

2. Baik untuk penghadaman

Hampir semua orang tahu bahawa serat sayuran sangat baik untuk pencernaan sehingga dapat membantu menyihatkan kolon manusia.

Pengambilan pucuk ini secara berkala juga akan memberikan kesan yang cukup baik untuk penghadaman kita.

3. Mencegah cirit-birit

Selain itu, ia juga boleh boleh membantu anda untuk mencegah masalah cirit-birit atau diarea.

Hal ini berdasarkan kepada satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa ekstrak daun ubi kayu mampu mengurangkan pengumpulan cecair dalam usus dan mengurangkan pergerakan dalam usus.

4. Meningkatkan imuniti

Kelebihan pucuk ubi adalah kaya dengan folat dan vitamin C yang mana kedua-duanya sangat bermanfaat untuk sistem imun badan manusia.

Vitamin C boleh menguatkan sistem imun dengan membunuh bakteria dan virus dengan menyasarkan nukleus mereka.

Selain itu, ia juga adalah antioksidan yang kuat yang membantu badan menyingkirkan radikal bebas.

5. Mencegah penyakit reumatik

Gangguan reumatik termasuklah seperti osteoporosis, arthritis, lupus dan spondylitis yang boleh menganggu otot dan sendi.

Kandungan magnesium yang tinggi dalam pucuk ubi ini boleh menurunkan tekanan darah serta mengurangakn risiko reumatik.

Anda boleh cuba petua ini dengan merebus 150 gram pucu k ubi, 15 gram halia, sedikit serai dan garam.

Aneka resepi pucuk ubi

Berikut adalah antara resepi yang menarik untuk anda cuba di rumah.

1. Pucuk ubi goreng

RASA

Bahan-bahan:

  • 1-2 ikat pucuk ubi
  • 100 gram ikan bilis (dicuci)
  • 2 labu bawang besar
  • 20 tangkai cili keriing (dikisar)
  • Sedikit ikan bilis (dikisar)
  • Belacan
  • 1 asam keping
  • Sedikit garam dan gula

Cara memasak:

  1. Gorengkan pucuk tersebut dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan pucuk ubi goreng.
  2. Gaulkan rata ikan bilis dengan tepung beras supaya ranggup apabila digoreng.
  3. Masukkan ikan bilis tadi dalam minyak panas dan gorengkan ia dalam api yang sederhana. Angkat dan ketepikan ikan bilis goreng
  4. Gorengkan pula bawang besar sehingga garing. Angkat dan ketepikan bawang goreng.
  5. Kemudian tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing.
  6. Tambahkan belacan, asam keping, garam dan gula secukup rasa lalu kacaukan ia.
  7. Masukkan bawang dan gaul sehingga rata. Matikan api.
  8. Masukkan pula pucuk ubi dan ikan bilis goreng kemudian gaul sehingga rata.

2. Pucuk ubi labu manis

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sayur pucuk ubi (disiang)
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 biji cili padi (dikisar)
  • 1 ketul kecil kunyit hidup (dikisar)
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. 
  2. Masakkan ia dengan api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan pucuk tersebut dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan pucuk ubi dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Kompendium Sayuran Tradisional. MARDI
  2. Tapioca Leaves Information and Facts. Specialty Produce
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut