Rempah Sekawan: Ciri, Kandungan Nutrisi & Khasiat Kesihatan

Herba dan rempah seperti rempah sekawan banyak digunakan dalam masakan Melayu dan masakan India.

Namun tidak sekadar pelengkap kepada masakan, ia juga mengandungi pelbagai kandungan nutrisi yang memberi kesan positif kepada kesihatan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat rempah sekawan yang boleh dapat apabila digunakan dalam masakan.

Baca juga:

Apa itu rempah sekawan?

Rempah sekawan atau rempah empat sekawan ini merujuk kepada 4 jenis rempah iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.

Keempat-empat jenis rempah sekawan ini juga ada digunakan dalam “‘chinese 5 spice” dan “garam masala”. Jom kita kenal satu persatu jenis rempah penting ini.

1. Kayu manis

rempah sekawan

Kayu manis (Cinnamomum verum) adalah rempah yang berasal dari Sri Lanka dan dikenali sebagai rempah ratus tertua dalam Kitab Bibble.

Terdapat empat kayu manis yang boleh anda dapatkan tetapi yang paling biasa adalah Ceylon dan Cassia.

Kayu Manis Ceylon berasal dari Sri Lanka dan bahagian selatan India. Ia mengandungi zat coumarin yang jauh lebih sedikit berbanding Cassia

Manakala Kayu Manis Cassia pula berasal dari Cina Selatan dikenali sebagai kayu manis saigon. Ia mengandungi zat coumarin lebih banyak berbanding Ceylon.

Untuk membezakan kedua-dua kayu manis ini, Ceylon mempunyai permukaan yang licin, nipis, lebih berserat, rapuh, lebih ringan warna coklat muda atau kekuningan, bergulung penuh, tidak berlubang ditengah, mudah digiling, beraroma lembut dan manis.

Berbeza dengan Cassia di mana bentuknya tidak rata, teksturnya keras, padat tidak mudah pecah, susah digiling, rasa pedas, dan warna coklat kemerahan gelap.

2. Bunga cengkih

rempah sekawan

Rempah sekawan yang seterusnya adalah bunga cengkih (Eugenia caryophyllus).

Ia berasal daripada tunas bunga pokok cengkih yang dituai dalam keadaan belum matang dan dikeringkan.

Bunga cengkih banyak ditanam di India dan Madagascar tetapi Indonesia yang paling banyak pengeluarannya. Ia mempunyai rasa yang hangat, pedas dan beraroma.

3. Buah pelaga

rempah sekawan

Buah pelaga (Elettaria cardamomum) di antaa rempah ratus paling tertua di dunia. Benihnya mempunyai aroma manis dan rasa sedikit pedas.

Ianya juga merupakan sebagai rempah ketiga paling mahal di dunia dan dianggap sebagai “Ratu Rempah”. Di Malaysia, kebiasaannya buah pelaga di tanam di kawasan tanah tinggi.

4. Bunga lawang

Bunga lawang (Illicium verum) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu.

Rupanya seakan-akan bintang, berbau wangi dan kuat menjadikan masakan kari dan sup bertambah enak.

Walaupun namanya bunga, namun ia bukanlah sejenis bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.

Kandungan nutrisi rempah sekawan

Berikut adalah nutrisi rempah sekawan ini bagi setiap sudu teh:

Kandungan NutrisiKayu manis Bunga cengkih Buah pelaga Bunga lawang
Kalori666.227
Protein0 g0.13 g0.22 g0.4 g
Karbohidrat2 g1.4 mg1.37 mg1.1 mg
Serat makanan2 g0.7 g0.56 g 1 g
Jumlah gula0 g0.05 g2 g
Jumlah lemak0 g0.42 g0.13 g0.3 g
Kolesterol0 mg0 mg0 mg0 mg
Natrium0 mg5.1 mg0.36 mg0 mg
Kalsium26 mg13 mg7.66 mg4%
Kalium11 mg23.14 mg22.38 mg
Magnesium2 mg5.4 mg4.58 mg3%
Fosforus2 mg2.2 mg3.56 mg3%
Vitamin K1 μg2.98 μg
Vitamin A8 μg11.13 μg0 μg0 μg

Khasiat kepada kesihatan

Terdapat pelbagai khasiat yang boleh anda dapatkan dari rempah sekawan ini. Berikut adalah antara manfaat dan kelebihannya:

1. Kayu manis (Cinnamon)

  • Mengawal bakteria penyebab jerawat
  • Mengawal tekanan darah rendah dan tinggi
  • Untuk rawatan dispersia (ketidakhadaman makanan), kembung perut, disentri (cirit-birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara dikerongkong) dan gangren (pereputan tisu) pada paru-paru
  • Merawat bisul yang bernanah
  • Merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik
  • Merawat kekejangan urat perut, sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah
  • Merawat kanser
  • Melawan nafas berbau, sakit gigi, dan jangkitan mulut
  • Meringankan gejala arthritis rheumatoid pada sesetengah orang,

2. Bunga cengkih (Clove)

  • Tinggi dengan sebatian antioksidan dan anti-radang
  • Membantu melawan jangkitan
  • Mengurangkan paras gula dalam darah
  • Melancarkan pencernaan
  • Mengeringkan dan menghilangkan bekas lula
  • Meredakan batuk dan sakit tekak
  • Mengatasi masalah gigi
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Menguatkan tulang
  • Meredakan kembung perut dan masalah angin

3. Buah pelaga (Cardamon)

  • Membantu dalam penghadaman
  • Bantu tubuh menyingkirkan sisa buangan melalui buah pinggang
  • Penyahtoksin yang baik
  • Anti-murung
  • Membasmi bau mulut
  • Melegakan simptom selesema dan flu
  • Menghalang pembekuan darah
  • Membantu menghilangkan sedu
  • Membantu menguruskan kencing manis
  • Mengurangkan ketidakselesaan gastrousus semasa kehamilan
  • Membantu merawat ulser perut
  • Menyeimbangkan paras gula dalam darah
  • Membantu merawat bronkitis

4. Bunga lawang (Star anise)

  • Meningkatkan kesihatan ibu hamil
  • Mengatasi masalah gangguan tidur
  • Mengatasi flu dan batuk
  • Menyihatkan sistem pencernaan
  • Menurunkan kadar gula dalam darah
  • Mencegah peningkatab berat badan
  • Mengandungi flavonoid dan tanin
  • Mengatasi kekejangan ketika menstruasi
  • Menjaga kesihatan dan kecantikkan kulit
  • Tinggi kandungan antioksidan

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan rempah sekawan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Kayu Manis. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  2. Health Benefits of Cardamom. Good Food
  3. Clove (Laung): Uses, Benefits, Side Effects and More! PharmEasy
  4. Cinnamon 101: A Complete Guide. Everyhealth
  5. Health Encyclopedia. University of Rochester Medical Center
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!