Pucuk Paku Punca Badan “Berangin”? Ini Jawapannya

Pucuk paku memang enak dijadikan hidangan tengah hari bersama keluarga. Namun pasti tidak ramai yang tahu akan kelebihannya kepada kesihatan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pucuk paku dan khasiatnya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu pucuk paku?

pucuk paku

Pucuk paku atau juga dikenali sebagai tunas paku pakis adalah salah satu dari pelbagai jenis sayur-sayuran liar yang boleh dijumpai di dalam belukar di Malaysia khususnya di kawasan tanah pamah yang lembap.

Dikatakan terapat 500 spesis paku pakis di Asia Tenggara. Walaupun begitu, tidak semua paku pakis ini boleh dimakan kecuali bahagian pucuk paku.

Bahagian ini sesuai untuk dimakan sebagai ulam. Namun, kebiasaannya ia dimakan dengan mencelur atau menggoreng bersama sumber protein lain seperti udang dan daging.

Selain itu, ia juga sedap dimasak sebagai rendang dan masak lemak cili api yang sangat digemari ramai.

Kandungan nutrisi

1 cawan pucuk paku yang dimasak mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Kalori: 46
  • Lemak: 1 gram, 0 lemak tepu atau trans
  • Kolesterol: 0 mg
  • Natrium: 1 mg
  • Karbohidrat: 8 gram
  • Serat: 3 gram
  • Gula: 3 gram, 0 gula tambahan
  • Protein: 6 gram
  • Vitamin C: 31 mg
  • Zat besi: 2 mg

Pucuk paku penyebab badan “berangin”?

Sayur ini sering dikategorikan sebagai makanan yang menyebabkan badan sesetengah orang “berangin” atau perut jadi sebu.

Untuk elakkannya, anda boleh cuba masukkan sedikit beras semasa merebus sayur tersebut dan rebus sehingga empuk dan lembut.

Khasiat dalam kesihatan

Berdasarkan artikel saintifik dari luar negara, sayur ini kaya dengan zat besu, mineral, fosforus, kalium dan protein. Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Membantu menurunkan berat badan

Setiap 100 gram paku pakis mengandungi 34 kalori yang bagus untuk dimasukkan ke dalam diet pemakanan kerana kalori yang rendah tetapi nutrisi yang tinggi.

Selain itu, kandungan serat dalam sayur ini juga boleh menghalang pembebasan hormon ghrelin atau hormon lapar yang fungsinya untuk memberitahu otak bahawa anda sudah bersedia untuk makan sesuatu.

2. Membantu melawan jangkitan

Sayur ini mengandungi 4% daripada keperluan harian vitamin C setiap 100 gram.

Vitamin C ialah antioksidan larut air semula jadi yang berkesan yang membantu tubuh membina daya tahan terhadap agen berjangkit dan menghapuskan radikal bebas penyebab kanser dalam badan.

3. Menstabilkan tekanan darah

Di samping itu, sayur ini juga mempunyai kandungan kalium yang sangat tinggi dan kandungan natrium yang rendah.

100 gram sayur ini mengandungi 370 miligram kalium, berbanding hanya satu miligram natrium.

Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi boleh mendapat manfaat positif daripada memakan sayur ini.

4. Membantu memastikan mata yang sihat

Pucuk paku kaya dengan vitamin A dengan 100 gram yang mengendalikan 72 peratus daripada cadangan pemakanan harian.

Vitamin A berfungsi untuk meningkatkan penglihatan, menghalang rabun malam dan degenerasi makula daripada berkembang seiring dengan peningkatan usia.

5. Mengawal masalah anemia

Sekiranya anda seorang pesakit anemia (kekurangan sel darah merah), pucuk paku boleh membantu badan mencipta sel darah merah baru yang sihat.

Hal ini kerana, ia mengandungi kuprum dan zat besi adalah penting untuk pembentukan sel darah yang baru.

Aneka resepi pucuk paku

Berikut adalah antara resepi yang menarik untuk anda cuba di rumah.

1. Pucuk paku masak lemak cili padi

pucuk paku
Resepi Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sayur pucuk paku (disiang)
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 biji cili padi (dikisar)
  • 1 ketul kecil kunyit hidup (dikisar)
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. 
  2. Masakkan ia dengan api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.

2. Pucuk paku goreng dengan bilis

Bahan-bahan:

  • Seikat pucuk paku
  • 6 biji cili padi (ditumbuk)
  • Segenggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • Bawang merah 5 ulas (ditumbuk)
  • Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • Belacan 1 inci (ditumbuk)
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang serta belacan.
  2. Lepas tumisan naik bau, masukkan cili padi dan seterusnya pucuk paku.
  3. Kacau sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Kerabu pucuk paku

Butterkicap

Bahan-bahan:

  • Sedikit taugeh
  • Pucuk paku (dicelur)
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi (ditumbuk)
  • 2 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu besar kerisik

Cara memasak:

  1. Masukkan taugeh, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan tumbuk dalam mangkuk.
  2. Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, gaul sebati.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan pucuk paku dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Kompendium Sayuran Tradisional. MARDI
  2. What Are the Health Benefits of Fiddlehead Ferns? WebMD
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!