Advertisements

Program Transformasi Belia Ternak JPVNJ

Advertisements

Program Transformasi Belia Ternak

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ) telah membuka permohonan bagi program Bantuan Transformasi Belia Ternak untuk tahun 2023.

Pemohon yang berkelayakan dialu-alukan untuk buat permohonan.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

Baca Juga : Geran Usahawan Bangsa Johor Untuk Usahawan Mikro

Tarikh Tutup Permohonan Program Transformasi Belia Ternak

Permohonan perlulah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 2 Februari 2023 (Khamis).

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis.
  • Mempunyai pendaftaran ID premis.
  • Mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi lain yang diiktiraf.
  • Keutamaan diberikan kepada belia yang telah menjalankan projek atau projek yang telah diusahakan oleh keluarga (ibu/bapa)
  • Permohonan daripada lepasan pelajar IPTA /IPTS perlu mengemukakan salinan pencapaian akademik.
  • Permohonan daripada kakitangan awam perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan. Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak dibenarkan untuk memohon.
  • Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima.
  • Projek sedia ada melbihi tempoh setahun beroperasi dan berdaya maju untuk diperluas kapasiti.
Program Transformasi Belia Ternak

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Bil Air atau Elektrik terkini
  • Salinan penyata gaji (jika ada), Pengesahan Pendapatan Penghulu atau Ketua Kampung
  • Salinan Sijil Pendaftaran SSM (jika ada)
  • Salinan kebenaran bagi status penggunaan tanah atau premis
  • Salinan sijil menghadiri kursus ternakan / penghasilan produk
  • Borang permohonan jenis bantuan yang diperlukan
  • Gambar projek ternakan / perusahaan perniagaan

Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati di pautan berikut :

BORANG PERMOHONAN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA TERNAK

Borang yang telah lengkap diisi serta dokumen sokongan perlulah dihantarkan ke mana-mana Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat untuk diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Transformasi Belia Ternak, sila hubungi Pejabat Veterinar Daerah berdekatan :

Pejabat Veterinar DaerahNombor Telefon
Johor Bahru 07-2443842
Kota Tinggi 07-8831514
 Pontian07-6871452
Kluang07-7721080
Mersing07-7991482
Batu Pahat 07-4342287
Muar06-9521058
Segamat07-9312131
Kulai 07-6631388
Tangkak 06-9781330

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment