Program Latihan Untuk Siswazah Ambilan Oktober 2022
Program Latihan Untuk Siswazah Yayasan Peneraju
Sukacita dimaklumkan bahawa Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) dengan kerjasama Yayasan Peneraju Bumiputera Malaysia kini menawarkan lepasan Diploma dan Ijazah untuk menyertai Program Latihan Untuk Siswazah bagi yang berminat.
Graduan yang berkelayakan dan berminat boleh memohon untuk sertai program ini. Program Latihan Untuk Siswazah ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 3 Oktober 2022.
Baca Juga : PROTEGE Trainee Programme Sime Darby 2022/2023
Program Yang Ditawarkan
Program latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- ECP Mechatronics (PLC Technology)
- ECP PLC
Syarat Kelayakan Program Latihan Untuk Siswazah
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Calon merupakan Bumiputera Warganegara (Lepasan Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan / Teknologi dengan pencapaian PNGK minimum 2.50)
- Berumur antara 21 hingga 24 tahun semasa memohon
- Tidak melebihi tempoh 3 tahun selepas bergraduasi.
- Calon tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan
Kelebihan Program
Antara manfaat yang program ini tawarkan adalah seperti berikut :
- Ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia
- Kemudahan asrama dan pengangkutan disediakan
- Peluang menimba pengalaman dengan sektor industri
- Makan dan minum disediakan sepanjang pengajian
- Latihan diiktiraf serta berkaitan dengan sektor industri
- Jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian
- Elaun RM 500 sebulan sepanjang pengajian
Cara Memohon
Graduan yang berminat untuk mengikuti program latihan ini boleh membuat pendaftaran sekarang dengan menghubungi pegawai bertugas di talian Whatsapp berikut :
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Puan Huda di talian +6013-6732766 atau hantarkan emel ke alamat [email protected].