Price Catcher KPDN – Cara Semak Harga Barang Terkini di Seluruh Malaysia

Price Catcher KPDN
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Price Catcher KPDN memudahkan pengguna menyemak harga barang terkini di seluruh Malaysia dengan cepat dan tepat.

Melalui carian lokasi dan perbandingan harga antara premis, pengguna boleh membuat keputusan membeli dengan lebih bijak dan menjimatkan.

Apa itu Price Catcher KPDN

Price Catcher KPDN ialah sebuah aplikasi rasmi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dibangun untuk membantu pengguna memantau, menyemak dan membandingkan harga barang keperluan harian di seluruh Malaysia.

Aplikasi ini memudahkan pengguna membuat carian lebih 4,000 barangan di pasaran dengan harga terkini, secara mudah, cepat dan tepat.

Melalui Price Catcher, pengguna dapat melihat harga barangan yang dipantau setiap hari, minggu dan bulan merangkumi pelbagai jenis premis seperti pasar basah, pasar raya, pasar mini, kedai runcit serta hypermarket.

Aplikasi ini turut memaparkan harga 480 barangan terpilih secara lebih terperinci berdasarkan lokasi setempat.

Price Catcher KPDN juga memantau 6 kategori utama barangan, iaitu:

  • Barangan segar
  • Barangan kering
  • Minuman
  • Susu dan barangan bayi
  • Produk kebersihan
  • Barangan berbungkus/tin/pek/kotak/botol
Price Catcher KPDN

Kelebihan Price Catcher KPDN

  1. Mudah buat carian harga barang mengikut kategori dan lokasi.
  2. Paparan harga disusun mengikut premis yang menawarkan harga terendah kepada harga tertinggi.
  3. Ada kemudahan tunjuk arah ke lokasi premis yang dipilih menggunakan Google Maps/Waze.
  4. Hasil carian harga boleh dikongsi melalui media sosial seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
  5. Mudah menyimpan item barangan pilihan di dalam fungsi “Bakul Saya”.
  6. Boleh buat perbandingan harga berdasarkan premis dan anggaran keseluruhan harga barangan yang ada dijual di premis tersebut.

    Cara Menggunakan App Price Catcher

    1. Cara Buat Perbandingan Harga

    1. Muat turun aplikasi Price Catcher KPDN di telefon masing-masing menggunakan pautan ini:
    2. Buka aplikasi
    3. Klik “Mula Sekarang”
    4. Sahkan kebenaran untuk akses kepada lokasi anda
    5. Klik “Teruskan”
    6. Klik “Banding Sekarang”
    7. Pilih mana-mana 6 kategori barangan terpilih seperti segar, kering, berbungkus, produk bayi, kebersihan dan minuman.
    8. Pilih kategori barang
    9. Buat perbandingan harga dari semua senarai pasaraya yang berdekatan dengan anda (dalam lingkungan 10KM radius dari lokasi semasa & berdasarkan kutipan harga KPDN)
    Price Catcher KPDN
    Price Catcher KPDN
    Price Catcher KPDN
    Price Catcher KPDN

    2. Cara Kongsi Harga

    Melalui aplikasi Price Catcher, pengguna boleh berkongsi maklumat harga barangan dengan mudah dan cepat dengan pengguna lain. Berikut adalah caranya:

    1. Klik butang “Jom Kongsi” di halaman utama.
    2. Klik “Buka Kamera” untuk mengambil gambar.
    3. Isi maklumat dan klik hantar.
    4. Perkongsian dipaparkan di kongsi.

    Muat Turun App Price Catcher KPDN

    Sertai jutaan pengguna yang menggunakan aplikasi Price Catcher KPDN untuk membuat semakan dan perbandingan harga secara telus. Muat turun secara percuma hari ini.

    Soalan Lazim Price Catcher KPDN

    1. Apa itu Price Catcher?

    PriceCatcher adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan KPDN yang membolehkan pengguna membuat carian dan perbandingan harga barangan terpilih dari premis-premis terpilih di seluruh negara.

    2. Bagaimana saya mendapatkan Price Catcher?

    Anda boleh mendapatkan aplikasi PriceCatcher untuk peranti pintar anda dari Apple AppStore atau anda juga boleh mencuba fungsi yang sama di laman sesawang pricecatcher.infopengguna.com.

    3. Adakah perkhidmatan Price Catcher percuma?

    Ya, aplikasi serta perkhidmatan PriceCatcher adalah percuma.

    4. Apakah barangan yang tersenarai di Price Catcher?

    Kini PriceCatcher menyenaraikan lebih 480 barangan asas harian. Dalam masa yang terdekat, jumlah barangan akan dipertingkatkan untuk merangkumi pelbagai barangan lain juga.

    5. Lokasi dan premis perniagaan manakah yang disenaraikan di Price Catcher?

    PriceCatcher merangkumi lokasi di seluruh negara. Ia meliputi dan mendapatkan data harga dari pelbagai premis perniagaan termasuklah pasar basah, kedai runcit hinggalah gedung-gedung besar.

    6. Apakah cara bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan?

    Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:

    – Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat
    – Mengubah tanggapan negatif kepada positif
    – Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial yang berpusat dan mampan
    – Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna
    – Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud
    – Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan
    – Tahu hak dan tanggungjawab pengguna

    7. Apakah hak-hak pengguna?

    – Hak untuk mendapat keperluan asas
    – Hak untuk membuat pilihan
    – Hak untuk mendapatkan maklumat
    – Hak untuk mendapat ganti rugi
    – Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
    – Hak untuk menyuarakan pendapat
    – Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
    – Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

    8. Apakah perkara yang perlu diteliti oleh seorang pengguna semasa membeli sesuatu barang?

    1. Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal.
    2. Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang
    3. Nama sebutan sebenar barangan yang dijual
    4. Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik
    5. Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya dan batasannya
    6. Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan
    7. Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya
    8. Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. Maklumat seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu misalnya kanak-kanak

    9. Bagaimana menjadi pengguna yang bijak?

    Terdapat empat teras untuk menjadi pengguna bijak:

    1. Membeli barangan berkualiti
    2. Membuat perbandingan harga
    3. Memilih perkhidmatan terbaik
    4. Membuat pilihan yang tepat

    10. Jika harga barangan tinggi, tidak berkualiti. Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

    Pengguna boleh merujuk kepada KPDN melalui:

    1. Talian aduan pengguna (bebas tol) 1-800-886-800
    2. Layari portal rasmi e-aduan KPDN https://eaduan.kpdn.gov.my/
    3. Whatsapp kepada KPDN di talian 019-848 8000
    4. Emel aduan KPDN [email protected]
    5. Hadir sendiri ke pejabat KPDN yang berdekatan
    6. Surat rasmi ke pejabat KPDN berdekatan

    Baca juga:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut