Banyak sangat petua untuk mudah buang air besar yang orang cadangkan di internet.
Ada yang sarankan berdasarkan pengalaman, petua orang dulu-dulu, dan ada juga yang merujuk kepada kajian penyelidikan sains.
Masalah sembelit ini bukan saja mengganggu keselesaan harian, malah boleh menjejaskan kesihatan jika dibiarkan terlalu lama.
Jadi, cara paling mudah untuk tahu petua hilangkan sembelit adalah dengan membuat carian di internet.
Buat pengetahuan anda, ramai yang mengalami sembelit tanpa disedari, kerana kekerapan buang air besar setiap orang tidak sama.
Ada yang buang air setiap hari, ada yang selang dua hari, tapi bila najis keras dan sukar dikeluarkan – itu tanda sembelit yang anda perlu beri perhatian.
Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa petua untuk mudah buang air besar yang boleh diamalkan supaya pencernaan lebih lancar dan tubuh rasa lebih selesa.
Jom baca!
Punca dan Tanda Sembelit
Sebelum anda amalkan pelbagai petua untuk mudah buang air besar, penting untuk kenal pasti punca dan tanda sembelit supaya rawatan yang dipilih lebih berkesan.
Punca Sembelit:
- Kurang minum air: Apabila badan tidak cukup air, najis jadi keras kerana usus menyerap lebihan air daripada makanan yang dicerna.
- Kekurangan serat dalam diet: Serat membantu melancarkan pergerakan usus. Jika diet kurang sayur, buah dan bijirin penuh, risiko sembelit meningkat.
- Kurang bergerak atau bersenam: Aktiviti fizikal merangsang usus. Gaya hidup pasif menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan.
- Menahan buang air besar: Kebiasaan ini menjadikan najis semakin keras dan sukar dikeluarkan.
- Kesan sampingan ubat: Ubat tahan sakit, suplemen zat besi, dan sesetengah ubat gastrik boleh mengganggu sistem pencernaan.
- Masalah kesihatan tertentu: Seperti sindrom usus malas (lazy bowel syndrome) atau gangguan tiroid.
Tanda-Tanda Sembelit:
- Najis keras, kering dan sukar dikeluarkan
- Kerap meneran semasa membuang air besar
- Rasa tidak puas selepas membuang, seperti ada najis yang masih tertinggal
- Buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
- Sakit perut atau kembung perut
Kalau anda alami beberapa tanda di atas, jangan tunggu lama.
Cuba amalkan petua untuk mudah buang air besar supaya masalah sembelit tidak melarat menjadi lebih serius.
Petua untuk mudah buang air besar #1. Banyak minum air kosong
Antara petua untuk mudah buang air besar yang paling asas dan sering diabaikan ialah memastikan tubuh cukup air.
Apabila badan dehidrasi, usus akan menyerap lebih banyak air daripada makanan yang dimakan, menjadikan najis keras dan sukar dikeluarkan.
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari sangat membantu melembutkan najis.
Selain air kosong, air mineral berkarbonat (tanpa gula) atau air sparkling boleh menjadi pilihan, kerana ia membantu merangsang sistem penghadaman.
Elakkan minuman manis atau bergas kerana ia boleh memburukkan masalah sembelit anda.
Amalan minum air yang cukup bukan sahaja baik untuk pencernaan, malah bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan.
Baca juga:
2. Lebihkan serat dalam pemakanan
Pengambilan serat yang mencukupi adalah antara petua untuk mudah buang air besar yang berkesan.
Serat berfungsi sebagai ‘penggerak’ dalam usus, membantu najis bergerak dengan lebih mudah.
Sumber serat semula jadi boleh didapati daripada sayur-sayuran hijau, buah-buahan (terutama yang ada kulit seperti epal dan pir), bijirin penuh, kekacang dan oat.
Cuba tambahkan serat dalam setiap hidangan.
Sebagai contoh, mulakan hari dengan semangkuk oat, snek dengan buah segar, dan lebihkan sayur dalam makan tengah hari serta malam.
Namun, jika anda baru mula menambah serat, lakukan secara berperingkat untuk mengelakkan perut kembung.
3. Kerap bersenam, petua untuk mudah buang air besar
Ramai tak sedar bahawa aktiviti fizikal juga adalah petua untuk mudah buang air besar yang sangat berkesan.
Pergerakan tubuh membantu merangsang pergerakan usus, menjadikan proses pembuangan lebih mudah dan teratur.
Tidak perlu aktiviti berat, cukup sekadar berjalan kaki 30 minit sehari atau lakukan regangan ringan.
Bagi mereka yang jarang bersenam, usus boleh menjadi ‘malas’ sehingga najis bergerak lebih perlahan.
Aktiviti seperti yoga juga dikatakan mampu membantu pencernaan kerana beberapa posisi tertentu memberi kesan positif pada perut.
Yang penting, cuba kekalkan gaya hidup aktif untuk kesihatan jangka panjang.
Petua untuk mudah buang air besar #4. Ambil Probiotik
Makanan yang mengandungi probiotik boleh dijadikan cara hilangkan sembelit, terutamanya bagi mereka yang sukar membuang air besar.
Probiotik ialah bakteria baik yang membantu menjaga keseimbangan mikroflora dalam usus. Apabila usus sihat, proses pembuangan pun jadi lebih lancar.
Contoh makanan yang kaya probiotik termasuk yogurt, tempe, kimchi, tapai, dan kefir.
Anda juga boleh pilih suplemen probiotik jika sukar mendapatkan sumber semula jadi.
Namun, pastikan pilih produk yang sah dan dapatkan nasihat doktor jika ada masalah kesihatan lain.
5. Cuba cara tradisional hilangkan sembelit
Petua mudah buang air besar orang dulu-dulu ialah pengambilan herba seperti daun senna.
Senna mengandungi kompaun yang membantu merangsang pergerakan usus.
Anda boleh dapatkan teh senna di farmasi atau kedai herba.
Namun, herba ini tidak sesuai untuk semua orang, terutamanya wanita hamil atau menyusu.
Selain itu, minuman seperti air rendaman kismis, jus prun, atau air madu suam juga sering diamalkan untuk melembutkan najis.
Petua untuk mudah buang air besar ini mungkin sesuai diamalkan sebagai langkah awal sebelum bergantung kepada ubat.
6. Jangan Tahan Bila Rasa Nak Berak
Kebiasaan menahan diri daripada buang air besar boleh mengganggu rutin usus dan menjadi punca sembelit.
Antara cara mengatasi sembelit yang mudah ialah segera ke tandas apabila rasa mahu membuang air besar.
Jika kerap ditahan, najis akan semakin keras dan sukar dikeluarkan.
Cuba jadikan buang air besar sebagai sebahagian rutin harian – contohnya selepas sarapan, kerana usus biasanya lebih aktif pada waktu pagi.
Kesimpulan
Sembelit bukan sekadar masalah kecil, tetapi boleh memberi kesan kepada kualiti hidup jika tidak ditangani dengan betul.
Dengan mengamalkan beberapa petua untuk mudah buang air besar seperti di atas, anda boleh membantu tubuh membuang dengan lebih lancar.
Namun, jika masalah sembelit berlarutan lebih dua minggu atau disertai simptom lain seperti sakit perut yang teruk, pendarahan, atau penurunan berat badan tanpa sebab, sebaiknya segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Jangan biarkan sembelit mengganggu kehidupan anda.
Amalkan gaya hidup sihat dan cuba petua untuk mudah buang air besar yang dikongsikan ini untuk kesihatan pencernaan yang lebih baik.
Baca juga:
Makanan Untuk Buasir – 10 Makanan Untuk Kecutkan Hemoroid
Sumber:
How to Encourage a Bowel Movement when Constipated. https://www.bladderandbowel.org/bowel/bowel-treatments/8-remedies-to-relieve-constipation-bladder-bowel-community/. Accessed on June 27, 2025.
Foods for Constipation. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/foods-for-constipation. Accessed on June 27, 2025.
Constipation. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation/diagnosis-treatment/drc-20354259. Accessed on June 27, 2025.
Natural ways to relieve constipation. https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/natural-ways-to-relieve-constipation. Accessed on June 27, 2025.
Constipation. https://www.nhs.uk/conditions/constipation/. Accessed on June 27, 2025.
How to Relieve and Avoid Constipation Naturally. https://www.cedars-sinai.org/blog/constipation-relief.html. Accessed on June 27, 2025.