Petua Turunkan Darah Tinggi Cepat dan Tips Kawal Tekanan Darah

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda sedang mencari petua turunkan darah tinggi? Sebenarnya terdapat beberapa kaedah yang anda boleh cuba amalkan di rumah.

Namun, adalah penting untuk anda ketahui tips untuk turunkan tekanan darah rendah secara semulajadi.

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

petua turunkan darah tinggi cepat

Petua Turunkan Darah Tinggi Cepat

Terdapat beberapa cara atau petua turunkan darah tinggi cepat yang anda boleh cuba di rumah tanpa bantuan ubat antaranya :

  • Tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang. Stress dan rasa cemas boleh membuatkan darah tinggi meningkat. Anda juga boleh pelajari senaman pernafasan untuk memperlahankan kadar degupan jantung.
  • Minum air kosong kerana dehidrasi boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.
petua turunkan darah tinggi cepat
  • Sesetengah minuman yang mengandungi kalium, dan lycopene dikatakan mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan pantas seperti teh hijau, jus tomato dan jus limau gedang (grapefruit).
  • Cuba lakukan aktiviti fizikal seperti regangan atau berjalan. Anda juga sangat digalakkan untuk lakukan senaman secara kerap untuk kawal tekanan darah.
  • Makan coklat gelap. Kajian mendapati kandungan flavonoid dalam coklat gelap ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah, namun ia perlu dimakan dalam jumlah sedikit sahaja.
  • Mandian dengan air sejuk juga dikatakan membantu kerana ia dapat membuatkan salur darah mengecut dan sekaligus menurunkan tekanan darah.
  • Elakkan pengambilan kafein atau alkohol kerana kedua-dua minuman ini boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi. Untuk mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat, anda juga dinasihatkan untuk tidak minum kopi 3 jam sebelumnya.

Tips Kawal Darah Tinggi Secara Semulajadi

Untuk mendapatkan tekanan darah pada paras yang optimum, anda perlulah lakukan beberapa perubahan pada gaya hidup serta pemakanan.

Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh amalkan :

1. Kurangkan Berat Badan

Badan yang kurang lemak bukan sahaja lebih sihat, malah ia juga membantu jantung untuk kurangkan tekanan dalam mengepam darah ke seluruh badan.

Sekiranya anda obesiti dan mempunyai tekanan darah tinggi, turunkan berat badan dapat membantu dalam mengembalikan paras tekanan darah yang normal.

2. Dapatkan Tidur Mencukupi

The American Heart Association mencadangkan tempoh tidur selama 6 hingga 8 jam setiap malam bagi mengelakkan masalah jantung.

Terdapat beberapa tips yang anda boleh cuba untuk mudah tidur pada waktu malam seperti mengelakkan tidur siang, elak minuman berkafein dan tidur dalam bilik yang gelap dan dingin.

3. Berhenti Merokok

Merokok bukan sahaja tidak memberikan sebarang faedah kepada kesihatan, malah ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Oleh itu, anda dinasihati untuk berhenti merokok secepat mungkin.

4. Lakukan Senaman

The American Heart Association mencadangkan senaman selama 150 minit dalam seminggu untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik.

Antara senaman yang anda boleh lakukan adalah berjalan, berenang, angkat berat dan berbasikal.

5. Ubah Pemakanan

Untuk dapatkan bacaan tekanan darah yang optimum, anda perlulah lakukan sedikit perubahan pada diet harian seperti mengurangkan pengambilan garam berlebihan dan amalkan makanan yang kaya dengan kalsium (produk tenusu, sayuran berdaun hijau), kalium (pisang, kekacang, keledek, avokado) dan magnesium (daging, brokoli, karbohidrat kompleks)

petua untuk turunkan darah tinggi cepat

Tangani Stres

Persekitaran atau situasi yang stres boleh membuatkan tekanan darah seseorang meningkat untuk sementara waktu.

Namun, ia boleh memberikan kesan jangka masa panjang sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Disebabkan itu, adalah penting untuk anda belajar mengurus stres untuk menurunkan tekanan rendah secara semulajadi.

Antara teknik mengurangkan stres yang anda boleh cuba adalah :

  • Meditasi atau senaman pernafasan.
  • Gunakan planner atau buat senarai untuk uruskan tugasan harian
  • Amalkan yoga
  • Lakukan aktiviti yang meredakan stres seperti berjalan mengambil udara segar atau bercuti.
Petua Turunkan Darah Tinggi Cepat

Dalam mengamalkan petua turunkan darah tinggi cepat ini, anda perlu ingat bahawa ia hanya berkesan buat sementara waktu dan tidak bertujuan untuk menggantikan rawatan perubatan.

Sekiranya anda ingin dapatkan nasihat untuk kawalan darah tinggi, sila berunding dengan doktor di klinik atau hospital.

Sumber : verywellhealth.com

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut