Perut Kembung : Punca, Gejala dan Cara Mencegah

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Perut kembung boleh menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan ada kalanya memalukan.

Ia berlaku apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur.

Ia juga boleh dialami oleh semua peringkat umur.

Namun, apakah punca bagi masalah ini dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Punca Perut Kembung

Dari sudut perubatan, keadaan yang biasanya mengakibatkan perut kembung adalah :

  • Irritable bowel syndrome (IBS)
  • Diverticlosis atau diverticulitis
  • Penyakit seliak (coeliac disease)
  • Ketidakhadaman
  • Gastroenteritis

Di samping itu, kembung perut juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa jenis makanan seperti :

  • Kekacang
  • Gula getah
  • Minuman berkarbonat
  • Produk tenusu
  • Makanan berlemak dan bergoreng

Tabiat seperti di bawah juga mungkin boleh membuatkan sesetengah orang mudah kembung perut :

  • Makan dengan jumlah yang banyak dalam satu masa
  • Makan dengan laju
  • Makan dalam keadaan tertekan
  • Merokok
  • Penggunaan gigi palsu

Gejala

Kembung perut yang berlebihan boleh mengakibatkan beberapa gejala akibat gas dalam usus :

Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut menerusi tindakan refleks secara tiba-tiba. Ia berlaku apabila perut penuh dengan angin berlebihan yang biasanya berpunca daripada minuman, makanan atau merokok.

Kembung – Perut akan terasa sangat penuh dan seseorang akan cenderun untuk sendawa. Perkara ini biasanya berlaku disebabkan pengambilan makanan berat yang memerlukan tempoh lama untuk dicernakan.

Perut Meragam – Gejala ini berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat. Akibatnya, isi perut akan bergerak ke depan dan belakang. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang mengalami kemurungan atau jantung berdebar.

perut kembung

Rawatan dan Pencegahan

Perut kembung biasanya dirawat menerusi rawatan pemakanan, pengubahsuaian cara hidup serta ubatan tanpa preskripsi doktor.

Ubat-ubatan ini boleh dibeli di farmasi dan boleh dicuba bagi mengatasi masalah kembung perut :

Suplemen Laktosa : ubat ini sesuai untuk individu dengan masalah penghadaman laktosa. Anda juga boleh cuba produk tenusu tanpa laktosa sebagai pengganti.

Simethicone : ubat ini membantu dalam memecahkan gelembung gas dan sendawa berterusan.

Activated Charcoal : Pil ini boleh diambil sebelum dan selepas makan bagi mencegah kembung.

Selain pemgambilan ubat, anda juga dinasihatkan untuk pantau semula apa yang anda makan dan tabiat pemakanan :

  • Kenalpasti dan elakkan makanan yang boleh memberi kesan kepada perut seperti kekacang, produk tenusu, makanan berlemak dan minuman berkarbonat.
  • Elakkan pengambilan tinggi serat seperti buah dan sayuran dan produk tenusu buat sementara waktu.
  • Amalkan secawan teh pudina untuk elakkan angin dalam perut.
  • Ubahsuai tabiat makan yang boleh menyebabkan kembung perut seperti makan terlalu laju serta banyak dalam satu-satu masa dan sebagainya.

Kembung Perut Bayi

 Masalah kembung juga sering dikaitkan dengan bayi. Walaupun tiada punca spesifik yang boleh dikenalpasti, masalah ini mungkin berlaku disebabkan beberapa perkara seperti :

  • Alahan kepada laktosa,
  • Angin dalam perut,
  • Cara penyusuan yang salah
  • Sembelit

Bayi yang mengalami perut kembung biasanya akan menunjukkan gejala seperti :

  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa lama
  • Kekejangan tangan dan kaki
  • Tidak mengalami muntah, demam atau tanda-tanda penyakit lain.

Antara kaedah untuk mengatasi kembung perut bayi adalah :

  • Tukar cara atau alat penyusuan sekiranya bayi menggunakan botol susu
  • Tukarkan posisi penyusuan bagi para ibu yang menyusu badan
  • Membedung bayi semasa dan selepas penyusuan
  • Anda boleh cuba ubat angin bernama ‘dimethicone’ untuk kurangkan rasa kembung perut bayi.
perut kembung

Pada kebanyakan masa, kes kembung tidak berbahaya kepada pesakit. Ia juga boleh ditangani dengan rawatan, ubahsuai makanan serta gaya hidup. Namun, ia boleh menjadi salah satu gejala bagi masalah ketidakhadaman lain seperti cirit birit atau IBS.

Sekiranya anda alami gejala lain seperti najis berdarah, sakit perut atau sembelit, sila dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.

Sumber : myhealth.gov.my (1), (2)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut