Institut Kraf Negara 2026 (IKN) mempelawa mana-mana pelajar yang berminat untuk sambung belajar dalam bidang seni kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik atau Rotan di Institut Kraf Negara (IKN) dengan tajaan sepenuhnya Kerajaan Malaysia memohon kemasukan ke IKN untuk sesi 2026/2027.
Pengambilan adalah untuk kemasukan sesi Julai 2026.
Permohonan boleh dilakukan bermula 15 Januari 2026 hingga 31 Julai 2026 melalui portal IKN https://ikn.edu.my/mohon ATAU melalui portal UP TVET https://mohon.tvet.gov.my
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Institut Kraf Negara dan bidang pengajian yang ditawarkan bagi sesi kemasukan Julai 2026.
Ringkasan Kemasukan Institut Kraf Negara 2026 (Sesi Julai)
- Tarikh Permohonan Dibuka: 15 Januari 2026 hingga 31 Julai 2026
- Semakan (Fasa Pertama): 27 April 2026
- Cara Permohonan: Portal IKN, portal UP TVET, Borang Manual
- Bidang: Sijil, Diploma, SKM

Apa Itu Institut Kraf Negara (IKN)?
Institut Kraf Negara (IKN) merupakan sebuah institusi yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri.
Penubuhan Institut Kraf Negara (IKN) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Ogos 2001.
Ia melambangkan satu detik peralihan (turning point) yang penting serta menjadi satu mercu tanda dalam perkembangan industri kraf di negara ini.

Iklan Institut Kraf Negara (IKN) 2026/2027 – Sesi Julai
Permohonan Kemasukan Ke IKN Dibuka Bagi Pengambilan Julai 2026 Dibuka!
Sila daftar akaun dan buat permohonan di Sistem MyIKN (www.myikn.edu.my) untuk permohonan kemasukkan dalam talian.
- Tempoh permohonan adalah dari 15 Januari 2026 hingga 31 Julai 2026
- Semakan Keputusan Permohonan bermula 27 April 2026.
Jika Menghadapi Kesulitan, Sila Hubungi Kami Melalui Aplikasi Whatapps Rasmi IKN: Â 03 6091 5322


Syarat Kelayakan
Berikut ialah syarat am dan syarat khusus kemasukan ke Institut Kraf Negara (IKN):
SYARAT AM INSTITUT
1. Warganegara Malaysia yang berumur 18-35 tahun.
2. Berminat dan berbakat dalam bidang kraf.
SYARAT PROGRAM SIJIL SENI KRAF
1. Memenuhi Syarat Am Institut;
DAN
2. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 1 (Satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan;
DAN
4. Lulus temu duga dan ujian lukisan.
SYARAT PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF
1. Memenuhi Syarat Am Institut;
DAN
2. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 3 (Tiga) Kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
3. Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara atau setara (Tahap 3, MQF);
ATAU
4. Lulus STPM atau yang setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
5. Lulus STAM dengan minimum gred Maqbul;
ATAU
6. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan;
DAN
5. Lulus temu duga dan ujian lukisan.
SYARAT PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
ATAU
2. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
Cara Permohonan Ke Institut Kraf Negara (IKN)
Permohonan ke Institut Kraf Negara (IKN) Sesi Julai 2026/2027 boleh dilakukan melalui kaedah berikut:
Mohon secara talian:
- Portal IKN :Â Borang Permohonan Dalam Talian
- Portal UP TVET: https://mohon.tvet.gov.my
Mohon secara manual:
- Sila muat turun :Â BORANG PERMOHONAN KEMASUKKAN KE INSTITUT KRAF NEGARA
- Sila kemukakan dokumen permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap dan emelkan kepada [email protected] atau [email protected]
- Untuk pertanyaan lanjut boleh whatsapps ke www.wasap.my/+60193005709/jom+masuk+ikn
Tempoh permohonan adalah dari: 15 Januari 2026 hingga 31 Julai 2026

Tarikh Permohonan Dibuka
Tempoh permohonan IKN dibuka adalah bermula dari 15 Januari 2026 hingga  hingga 31 Julai 2026.
Tempoh Pengajian
- Program Sijil Kemahiran Malaysia – 1 1/2 tahun, 2 Tahun (Program Penuh).
- Program Diploma – 3 Tahun.
- Program Sijil – 2 Tahun.
Kesemua program yang ditawarkan mempunyai pengiktirafan seperti berikut:
- Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Akreditasi program penuh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
- Diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam disesuaikan mengikut Skim Perkhidmatan.
- Diiktiraf untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.
Bidang Yang Ditawarkan
Di Institut Kraf Negara ada tiga (3) program pengajian dan enam (6) jurusan yang boleh dipilih.
Adik-adik boleh pilih untuk menyambung pengajian di Diploma, Sijil Seni Kraf atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang :
- BATIK
- TENUNAN
- KAYU
- LOGAM
- SERAMIK
- ROTAN
Rujuk pautan berikut untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai setiap bidang dan program yang ditawarkan: https://myikn.edu.my/about

Senarai Program
Program Sijil/Diploma
- Jurusan Seni Kraf Batik
- DK100 – Diploma Seni Kraf Batik
- SK100 – Sijil Seni Kraf Batik
- Jurusan Seni Kraf Tenunan
- DK101 – Diploma Seni Kraf Tenunan
- SK101 – Sijil Seni Kraf Tenunan
- Jurusan Seni Kraf Kayu
- DK102 – Diploma Seni Kraf Kayu
- SK102 – Sijil Seni Kraf Kayu
- Jurusan Seni Kraf Logam
- DK103 – Diploma Seni Kraf Logam
- SK103 – Sijil Seni Kraf Logam
- Jurusan Seni Kraf Seramik
- DK104 – Diploma Seni Kraf Seramik
- SK104 – Sijil Seni Kraf Seramik
- Jurusan Seni Kraf Rotan
- DK105 – Diploma Seni Kraf Rotan
- SK105 – Sijil Seni Kraf Rotan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Jurusan Seni Kraf Tenunan
- SKM101-2 – Pengeluaran Tenunan Warisan (Induk)
- SKMWS101-2 – Pengeluaran Tenunan Warisan (Kuching, Sarawak)
- SKMC101 – Pengeluaran Tenunan Warisan (IKTPD, Pahang)
- SKMB101-2 – Pengeluaran Tenunan Warisan (Kota Belud, Sabah)
- SKMWP101-2 – Pengeluaran Tenunan Warisan (Betong, Sarawak)
- Jurusan Seni Kraf Rotan
- SKMB105-2 – Kraf Tangan Anyaman Warisan (Inanam, Sabah)
- SKM105-2 – Kraf Tangan Anyaman Warisan
- Jurusan Seni Kraf Logam
- SKM103-2 – Seni Dan Kraf Barang Kemas Kontemporari
- Jurusan Seni Kraf Kayu
- SKM102 – Pengukiran Kayu (IKN)
- Jurusan Seni Kraf Batik
- SKM100 – Operasi Pengeluaran Batik (IKN)
- Jurusan Seni Kraf Seramik
- SKM104 – Pengeluaran Kraf Seramik (IKN)
Semakan Keputusan Permohonan
Semakan Keputusan Permohonan kemasukan ke IKN boleh dilakukan bermula 27 April 2026 melalui https://myikn.edu.my/
Tarikh Penting
SIJIL/DIPLOMA
- Permohonan Kemasukan Dalam Talian: 15/01/2026 – 31/07/2026
- Semakan Keputusan Permohonan: 27/04/2026
- Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu: 01/07/2026
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- Permohonan Kemasukan Dalam Talian: 15/01/2026 – 31/07/2026
- Semakan Keputusan Permohonan: 27/04/2026
- Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu: 01/07/2026
Kelebihan & Keistimewaan Menyambung Pengajian Di IKN
Pengajian di IKN adalah secara PERCUMA! Bebas Hutang PTPTN!
Jadi tak perlu risau bila habis belajar tak perlu tanggung hutang pengajian.
Kemudahan disediakan :
- Asrama PERCUMA
- Makan Minum PERCUMA
- Bahan dan Alat Bengkel DISEDIAKAN
- Elaun Sara Hidup Bulanan
Laluan Kerjaya
Lepas habis belajar nak ke mana?
Pelajar berpeluang menceburi pelbagai bidang kerjaya kreatif seperti:
- Pereka Produk (Designer)
- Pakar Bidang Kraf
- Pekerja Mahir Kraf
- Usahawan Kraf
- Artisan Kreatif
- Pekerja Mahir Kraf
- Penjawat Perkhidmatan Awam dan Swasta.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Institut Kraf Negara, sila ikuti saluran rasmi dan media sosial IKN berikut:
Pertanyaan dan bantuan teknikal sila hubungi:
Unit Hal Ehwal Pelajar, Institut Kraf Negara.
1. Puan Nabila Huda – 03-60915322 (ext 160)
2. Puan Jusnita – 03-60915322 (ext 163)
- Aplikasi Whatsapp : www.wasap.my/+60193005709/jom+masuk+ikn
- Emel :Â [email protected]
Soalan Lazim Institut Kraf Negara
Institut Kraf Negara (IKN) merupakan sebuah institusi yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri.
Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia (Lelaki dan Perempuan) yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun (bagi program Sijil/Diploma) dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni kraf.
Ya. Calon yang melepasi tapisan syarat akademik dikehendaki menduduki Sesi Temuduga dan Ujian Bakat (Melukis) untuk menilai minat serta kreativiti calon.
Terdapat enam (6) jurusan utama iaitu:
– Seni Kraf Batik
– Seni Kraf Tenunan
– Seni Kraf Kayu
– Seni Kraf Logam (Perak & Tembaga)
– Seni Kraf Seramik
– Seni Kraf Rotan & Buluh
Program Sijil Kemahiran Malaysia – 1 1/2 tahun, 2 Tahun (Program Penuh).
Program Diploma – 3 Tahun.
Program Sijil – 2 Tahun.
Ya. Program Diploma dan Sijil IKN diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), membolehkan graduan bekerja di sektor awam mahupun swasta.




