Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah
Berikut dikongsikan niat puasa sunat bagi bulan Zulhijjah – tapi kenapa kita digalakkan berpuasa pada bulan ini?
Ini kerana sepuluh hari pertama Zulhijjah adalah waktu yang paling disukai Allah untuk beramal soleh. Puasa pada hari-hari ini, terutamanya Hari Arafah, dijanjikan ganjaran pahala yang besar dan pengampunan dosa.
Oleh itu, puasa sunat Zulhijjah amat digalakkan pada 1 hingga 9 Zulhijjah, khususnya pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) – khususnya bagi orang yang tidak mengerjakan Haji.
Puasa pada Hari Arafah juga mampu menghapuskan dosa setahun lalu dan akan datang.

Niat Puasa Sunat Zulhijjah
Niat Puasa Sunat Zulhijjah
(1-7 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”
Niat Puasa Sunat Tarwiyah
(8 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”
Niat Puasa Sunat Hari Arafah
(9 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

Tarikh Penting Puasa Zulhijjah (1447H/2026M di Malaysia)
- 1-7 Zulhijjah: Digalakkan puasa sunat.
- 8 Zulhijjah (Puasa Tarwiyah): 25 Mei 2026.
- 9 Zulhijjah (Puasa Arafah): 26 Mei 2026.
- 10-13 Zulhijjah (Aidiladha & Tasyrik): Haram berpuasa.

Kelebihan & Amalan Bulan Zulhijjah
KELEBIHAN BESAR 10 HARI AWAL ZULHIJJAH
Rasulullah SAW memberikan gambaran tentang keistimewaan 10 hari awal Zulhijjah. Disebutkan dalam sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik berbanding amalan pada 10 hari ini (10 hari awal Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Jihad juga tidak?”
Jawab Baginda: “Jihad juga tidak, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya lalu dia syahid dan tidak kembali lagi.”
(Sahih al-Bukhari, no. 969)
Ayuh kita semarakkan Zulhijjah dengan laungan takbir, tahlil dan tahmid seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Gunakan setiap detik untuk memperbanyakkan zikir, amalan soleh dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Baca juga: Doa Hari Arafah, Waktu Wukuf 2026 & Himpunan Zikir




