MyPsyD: Profiling Digital Kesihatan Psikologi Perkhidmatan Awam

Tahukah anda, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membangunkan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) untuk mengenal pasti tahap risiko kesihatan Psikologi.

Bagi mengenalpasti tahap risiko kesihatan psikologi pegawai perkhidmatan awam, maka kerajaan telah memperkenalkan portal Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD).

Arahan bagi mengambil ujian ini telah dikeluarkan melalui pekeliling oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui surat pekeliling JPA.(S).600-21/5/5(46).

Setiap pegawai dikehendaki melengkapkan semua soalan dalam sistem portal profiling kaunseling ini.

Profiling Digital Kesihatan Psikologi Perkhidmatan Awam mypsyd

Apa itu MyPsyD

MyPsyD merupakan sebuah sistem profiling digital kesihatan psikologi pegawai perkhidmatan awam yang berperanan mengenalpasti tahap risiko kesihatan psikologi pegawai awam.

Melalui sistem ini, proses saringan akan dijalankan bagi mengetahui tahap kesihatan psikologi penjawat awam dan seterusnya akan mewujudkan panduan intervensi bersasar dan komprehensif mengikut keperluan.

Pengenalpastian risiko tahap kesihatan psikologi ini membolehkan setiap pegawai mengekalkan kesejahteraan di samping mengambil tindakan intervensi yang bersesuaian sekiranya tahap risiko kesihatan psikologi tinggi.

Keputusan ujian digunakan sebagai saringan awal untuk mengenalpasti tahap risiko kecenderungan anda mengalami isu kesihatan mental.

Maklumat ujian juga dapat digunakan sebagai panduan ke arah membangunkan kesihatan mental yang baik dalam kalangan pegawai.

Mengikut surat arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JPA, semua pegawai perkhidmatan awam WAJIB untuk melengkapkan profiling MyPsyD.

Tempoh pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan MyPsyD adalah mulai 1 Mac 2024 – 1 Ogos 2024.

Pelaksanaan ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut Kementerian / Jabatan / Agensi seperti yang telah dijadualkan.

jadual mypsyd
jadual pelaksanaan mypsyd

Cara login MyPsyD: Profiling Digital Kesihatan Psikologi Perkhidmatan Awam

Bagi pegawai kerajaan yang mahu melakukan profiling di portal MyPsyD, anda boleh melakukannya dengan melayarinya di pautan https://mypsyd.jpa.gov.my/#/login

  1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  2. Masukkan Kata Laluan
  3. Klik butang “Log Masuk”

Artikel menarik: Maksud Healing & Cara Untuk Healing

MyPsyD

Garis panduan penggunaan

Berikut merupakan garis panduan umum penggunaan portal profiling MyPsyD:

  • Setiap pegawai dikehendaki mengemas kini maklumat Saringan Kesihatan Kendiri mengikut urutan berikut:
    • Halaman Utama > Kemas kini Rekod Peribadi > Kesihatan > Saringan Kesihatan Kendiri
  • Data yang dikemaskinikan akan disalurkan kepada pegawai sistem.
  • Pegawai hendaklah melengkapkan semua soalan dalam profil dengan menekan butang “Ambil Ujian”
  • Setiap pegawai akan menerima cadangan tindakan berdasarkan keputusan profiling kesihatan psikologi yang dijawab. Maklumat dalam sistem ini akan disimpan dalam tempoh 2 tahun dan setiap pegawai tidak boleh mengulangi ujian dalam tempoh 2 tahun. Pegawai dihendaki untuk menemas kni semula data profiling setiap 2 tahun.
  • Data raya yang dikumpul akan diselaras dan dipantau oleh urus setia di Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tujuan pemantauan tahap kesihatan psikologi pegawai sepanjang perkhidmatan.

CONTOH PAPARAN UTAMA

LOG MASUK & SEMAKAN STATUS

CONTOH SOALAN PROFILING MYPSYD

SELESAI UJIAN

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MYPSYD di pautan https://mypsyd.jpa.gov.my ATAU

Muat turun Surat Edaran: JPA.(S).600-21/5/5(46)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!