Bulan Syaaban 2026 akan bermula pada 20 Januari 2026. Manakala, Malam Nisfu Syaaban jatuh pada 2 Februari 2026 dan hari Nisfu Syaaban ialah pada 3 Februari 2026 (Selasa). Untuk mengetahui tarikh-tarikh penting dalam Islam 2026, sila rujuk takwim yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/
Puasa di bulan Syaaban adalah salah satu amalan sunnah yang sangat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan salah satu persediaan sebelum melangkah ke bulan Ramadan.
Bagi mengetahui lebih lagi tentang kelebihan pada bulan Syaaban ini dan juga tarikh penting malam Nisfu Syaaban 2026, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Pengenalan Bulan Syaaban
Bulan Syaaban adalah bulan ke-8 mengikut kalendar Hijriah. Bulan Sya’ban menandakan bahawa berbaki satu Bulan lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Pada bulan Syaaban ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, puasa, sedekah, dan berdoa. Hal ini demikian kerana, selain bulan Ramadan bulan ini juga merupakan antara bulan mulia dalam agama kita.
Perkara ini telah banyak diperkatakan dalam hadis-hadis nabi. Antaranya:
Kata al-Hafiz Ibn Rajab dalam Lata’if al-Ma’arif (hlm. 258):
“Oleh kerana Syaaban seperti mukadimah kepada Ramadan, maka disyariatkan padanya perkara yang disyariatkan pada bulan Ramadan seperti berpuasa dan membaca al-Quran, agar dapat bersiap sedia bagi menyambut Ramadan serta dapat membiasakan diri dengannya dalam usaha mentaati Allah SWT. Kami telah meriwayatkan dengan sanad daif daripada Anas RA, katanya:
‘Kaum Muslimin dahulu apabila masuknya Syaaban, mereka akan memberi tumpuan kepada mashaf al-Quran dan membacanya serta mengeluarkan zakat harta mereka bagi membantu orang lemah dan miskin untuk menghadapi puasa Ramadan.’ “

Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]
Kredit: JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hukum Puasa Syaaban
Untuk pengetahuan anda, hukum berpuasa di bulan Syaaban ini adalah sunat. Perkara ini sendiri telah dibincangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, dan beliau mendapati banyak hadis-hadis yang menyokong perbuatan puasa sunat Syaaban ini.
Antara hadis yang menekankan kepentingan berpuasa sunat ini, boleh dilihat di bawah:
Pertanyaan Usamah bin Zayd RA kepada Nabi SAW:
Trending sekarangوَلَمْ أَرَكَ تَصُومُ مِنْ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ: ذَاكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya :
Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]

Syaaban adalah bulan persiapan menuju Ramadan. Kita dituntut untuk sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Oleh itu, sebagai umat Islam kita sangat digalakkkan mengikuti segala amalan baik yang dilakukan oleh Rasullah S.A.W sendiri, dan puasa sunat pada bulan ini merupakan salah satu amalan yang yang boleh kita ikuti.
Semoga setiap amal kita diterima oleh Allah SWT
Baca juga: Doa Bulan Syaaban: Senarai Doa & Pengertian Bulan Syaaban
Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2026
Antara sebab lain yang menyebabkan bulan Syaaban ini begitu istimewa adalah terdapatnya satu malam di dalamnya yang mempunyai banyak kebaikan, dan malam itu disebut sebagai malam Nisfu Syaaban.
Kebaikan malam nisfu syaaban ini telah disebut oleh Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Pada malam ini, kita umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan dan doa, agar segala dosa kita dapat dihapuskan oleh Allah S.W.T.
Bagi anda yang ingin melakukan puasa sunat Syaaban ini, anda boleh mula melakukannya bermula 20 Januari 2026. Hal ini demikian kerana pada tarikh tersebut telah bermulanya bulan Syaaban ini.
Malam nisfu Syaaban bagi tahun 2026 ialah ketika masuk maghrib pada 2 Februari (14 Syaaban) sehingga waktu siang 3 Februari (15 Syaaban).
Anda boleh lihat pada kalendar dibawah untuk maklumat yang lebih jelas lagi:

Oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan puasa Syaaban ini, bagi menambah amalan dan pahala kita. Semoga puasa kita dan segala amal kebaikan yang dilakukan pada bulan mulia ini, diredai dan diterima Allah S.W.T.

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2026
Berdasarkan kalendar Islam (Takwim Hijri) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi hari kebesaran Islam di Malaysia untuk tahun 2026 (1447H – 1448H):

NOTA:
Tarikh bagi Awal Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, dan Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas aktiviti cerapan anak bulan (rukyah).
Cuti Umum:
- Awal Ramadan: Cuti umum bagi negeri Johor, Kedah, dan Melaka.
- Aidilfitri & Aidiladha: Merupakan cuti umum kebangsaan (seluruh Malaysia).
- Awal Muharram & Maulidur Rasul: Cuti umum kebangsaan.
- Nuzul Al-Quran: Cuti umum bagi kebanyakan negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak.
Contoh Doa Nisfu Sya‘ban : Doa Yang Masyhur (يَا ذَاالمَنِّ )
Adapun lafaz doa yang masyhur yang sering dibacakan pada malam nisfu syaaban ini, diambil seperti mana yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf (المصنَّف ), Ibn Abi al-Dunya di dalam al-Dua’, daripada Ibn Mas‘ud r.a dan disebut juga daripada Ibn Umar:
عن عبد الله بن مسعود قال: ما دعا قط عبد بهذه الدعوات إلا وسَّع الله عليه فى معيشته: يَا ذَاالمَنِّ وَلَا يَمُنُّ عَلَيْكَ، يَا ذَا/ الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ يَا ذَاالطَّوْلِ (وَالإِنْعَامِ)، لَا اِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، ظَهْرَ اللَّاجِئينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، إِنْ (كُنْتَ) كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا فَامْحُ عَنِّي اسم الشَّقَاء، وَأَثْبِتْنِي عِنْدَكَ سَعِيدًا (وَإِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فِى أُمِّ الكِتَابِ مُقْتَرًّا عَلَيَّ رِزْقِي، فَامْحُ حِرْمَانِي، وَتَقْتِير رِزْقِي، وَأَثْبِتْنِي عِنْدكَ سَعِيدًا) مُوَفِّقًا لِلْخَيْرِ، فَإِنَّكَ تَقُولُ فِى كِتَابِكَ: يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ (الرعد: 39).
Yang bermaksud, Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a berkata: Mana-mana hamba yang berdoa dengan doa ini akan diluaskan oleh Allah akan kehidupannya:
يَا ذَاالمَنِّ وَلَا يَمُنُّ عَلَيْكَ، يَا ذَا/ الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ يَا ذَاالطَّوْلِ (وَالإِنْعَامِ)، لَا اِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، ظَهْرَ اللَّاجِئينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، إِنْ (كُنْتَ) كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا فامح عني اسم الشقاء، وأثبتني عندك سعيدا (وإن كنت كَتَبْـتَنِي فِى أُمِّ الكِتَابِ مقترا عليَّ رزقي، فامح حرماني، وتقتير رزقي، وأثبتني عندك سعيدا) موفقا للخير، فإنك تقول فى كتابك: يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ (الرعد: 39).
وأخرجه ابن جرير وابن المنذر والطبراني عن ابن مسعود أيضا بلفظ: اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فِى السُّعَدَاءِ فَأَثْبِتْنِي فِى السُّعَدَاءِ، وَإِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فِى الأَشْقِيَاءِ فَامْحنِي مِنَ الأَشْقِيَاءِ وَأَثْبِتْنِي فِى السُّعَدَاءِ، فَإِنَّكَ تَمْحُو مَا تَشَاء وَعِنْدَكَ أُمُّ الكِتَابِ.
Yang bermaksud: Dikeluarkan oleh Ibn Jarir, Ibn Munzir dan al-Tabraniy, daripada Ibn Mas‘ud juga dengan lafaz:
اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فى السعداء فأثبتني فى السعداء، وَإِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فى الأشقياء فامحني من الأشقياء وأثبتني فى السعداء، فإنك تمحو ما تشاء وَعِنْدَكَ أُمُّ الكِتَابِ.
Disandarkan juga sebahagian lafaz doa ini kepada Saidina Umar r.a. Ini bermaksud makna daripada doa ini makruf di kalangan sahabat.
Al-Qurtubi menyebut pada syarah ayat:
يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ (الرعد: 39)
Bahawa Saidina Umar berdoa dengan doa ini sambil menangis ketika melakukan tawaf di Baitullah. Hal ini sebagaimana yang dikeluarkan oleh Ibn Jarir al-Tabariy di dalam tafsirnya:
عن عمر بن الخطّاب رضى الله عنه: أنَّه قال بالبيت ويبكى: اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَ عَلَيَّ شَقَاوَة أَوْ ذَنْبًا فَامْحَهُ فَإِنَّكَ تَمْحُو مَا تَشَاءُ، وَتُثْبِتُ وَعِنْدَكَ أُمُّ الكِتَابِ فَاجْعَلْهُ سَعَادَة وَمَغْفِرَة.
Daripada Umar bin al-Khattab r.a, sesungguhnya beliau berdoa di Baitullah dan menangis:
اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَ عَلَيَّ شَقَاوَة أَوْ ذَنْبًا فَامْحَهُ فَإِنَّكَ تَمْحُو مَا تَشَاءُ، وَتُثْبِتُ وَعِنْدَكَ أُمُّ الكِتَابِ فَاجْعَلْهُ سَعَادَة وَمَغْفِرَة.
Dan dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sya‘bu al-Iman dan al-Dailimiy dalam Firdaus al-Akhbar:
عن عمر بن الخطّاب رضى الله عنه: أنَّه ذكر خطبة للنبي صلى الله عليه وآله وسلم جاء فيها: استعينوا بالله فإنَّه يَمْحُو مَا يَشَاءُ، ويُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ.
Yang bermaksud: Daripada Umar r.a, beliau menceritakan khutbah Nabi saw yang terdapat padanya: Hendaklah kamu memohon pertolongan dengan Allah kerana Dia menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ibu segala suratan.
Adapun doa selepas (اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ ) sehingga akhir doa merupakan tambahan seperti mana yang dilakukan oleh Syeikh ( ماء العينين الشنقيطي ) di dalam kitabnya (نعت البدايات).
Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.
- Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
- Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
- Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.

Lafaz doa malam nisfu Syaaban yang masyhur adalah seperti berikut:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلَا يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلَالِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لَا اِلَـهَ إِلَّا أَنْتَ ظَهْرَ اللَّاجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلَاءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لَا نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Rujukan
1.Majmu‘ah Musammah bi Tuhfah al-Autan wa al-Ikhwan, Syeikh Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi, m/s 78.
2.Kanz al-Najah wa al-Surur, Imam Abdul Hamid bin Muhammad Ali bin Abdul Qadir al-Syafie, Darul Hawi, 2009, hlmn 158.
3.Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Alamah al-Sayyid Muhammad bin Mihammad al-Husaini al-Zabidi, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, jilid 3, hlmn 708.
4.Mujarobat al-Alamah al-Syeikh Ahmad al-Dairibi, hlmn 13.
5.Nihayah al-Amal, al-Syeikh Muhammad Abi Khidir al-Dumyati, hlmn 280.
6.Lailah al-Nisf min Sya‘ban, al-Imam al-Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim, hlmn 52
Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Contoh Doa Ringkas Yang Turut Boleh Dibacakan
Selain doa di atas, antara doa ringkas yang boleh dibacakan ialah:
DOA 1
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”
DOA 2
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”
Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.
Contohnya doa harian / lazim yang boleh dibacakan adalah :
1 ) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)
2) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT
Firman Allah SWT:
رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)
3) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )
4) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: 74)
5) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR
Firman Allah SWT:
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)
6) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Ya Tuhan
Soalan Lazim Malam Nisfu Syaaban 2026
Nisfu Syaaban 2026 adalah pada 3 Februari 2026 (Selasa).
Boleh. Niatkan utama untuk puasa qadha, insyaAllah seseorang akan mendapat pahala sunat Syaaban.
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, puasa selepas daripada 15 Sya’ban adalah dibenarkan kerana hadith yang melarang untuk berpuasa adalah lemah dan bercanggah dengan hadith yang sahih. Lebih-lebih lagi jika seorang wanita itu ingin menggantikan puasa Ramadhannya, maka ianya dituntut. Ini kerana, Saidatina Aisyah RA menggantikan puasa Ramadhannya pada bulan Sya’ban.
Nawaitu sauma Sya’bana lillahi ta’ala (Sahaja aku puasa sunat Syaaban kerana Allah Ta’ala).
Ia adalah malam pengampunan dosa. Allah SWT melihat hamba-Nya dan mengampunkan semua kecuali orang yang syirik dan mereka yang bermusuhan (belum berdamai).
Tidak ada hadis tentang amalan khusus pada nisfu Syaaban. Namun, ia adalah sunat muakkad (sangat digalakkan) kerana termasuk dalam Ayyamul Bidh (hari-hari putih/pertengahan bulan Islam).
Boleh. Tiada paksaan untuk membaca Yasin. Anda boleh membaca surah lain, beristighfar, atau berselawat. Yang penting adalah menghidupkan malam tersebut dengan ibadah.
Untuk puasa sunat, anda boleh niat pada waktu pagi (sebelum Zohor) asalkan anda belum makan atau minum apa-apa sejak Subuh.




