Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru & (LDP)

Program Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan sebuah program pembangunan profesional yang dilaksanakan untuk meningkatkan profesionalisme kakitangan sesebuah organisasi. 

Bagi pegawai kerajaan, program yang disertai bagi LDP ini perlulah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

LDP ini sudah semestinya berbeza berbanding Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) yang mana LDP adalah untuk penjawat awam yang sudah berada dalam perkhidmatan.

LDP secara ringkasnya adalah program-program penajaan untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan.

Selain itu, terdapat juga beberapa program penajaan yang turut dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Objektif Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Objektif Latihan Dalam Perkhidmatan ini adalah:

  1. Memupuk budaya sentiasa menimba ilmu dan menajamkan kemahiran sedia ada
  2. Mewujudkan kepercayaan dan komitmen menyeluruh dalam proses pembelajaran dan pembangunan
  3. Komunikasi yang jujur, terbuka dan gaya kepimpinan yang berwawasan.
  4. Budaya organisasi yang kreatif, terbuka, inovatif serta struktur organisasi yang kondusif
  5. Amalan proses menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan teknik yang betul
  6. Proses kemahiran projek yang fleksibel serta sumber dan kemahiran yang berkualiti.

Arrtikel menarik: ePromise: Sistem Tandatangan Digital Dokumen Perjanjian JPA

Contoh LADAP

Terdapat banyak latihan atau kursus yang boleh disertai oleh pegawai kerajaan dan guru-guru bagi melengkapkan keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ini antarnaya:

  • Kursus Membina Blog
  • Kursus Pengucapan Bahasa Inggeris
  • Menyambung pengajian peringkat Ijazah (Masters) atau Ijazah Kedoktoran (PhD)
  • … dan sebagainya

Pengumuman Tawaran

Bagi penjawat awam, pihak JPA akan membuat hebahan tawaran LDP ini dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di pautan https://esilav2.jpa.gov.my/

Sila lawati halaman tersebut dan lihat pada kotak hebahan Latihan Dalam Perkhidmatan ini seperti gambar di bawah:

Senarai program LaDaP yang sedang dibuka untuk permohonan akan dipaparkan dalam ruangan seperti gambar di atas – buat masa ini tiada permohonan baru dibuka.

Penjawat awam yang berminat untuk memohon LADAP perlulah sentiasa menyemak halaman ini untuk hebahan terbaru.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan maklumat lanjut, sila semak halaman soalan lazim di pautan https://www.jpa.gov.my/soalan-lazim-sm/pembangunan-modal-insan/latihan-dalam-perkhidmatan-ldp atau bertanyakan kepada Bahagian Sumber Manusia tempat kerja anda.

Bantu kami share artikel ini: