Kulit Kering Sebab Apa? Ini Punca, Cara Cegah & Tips Pilih Produk

kulit kering
Punca kulit kering, cara mencegah dan merawatnya.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kenapa kulit kering dan gatal?

Kulit kering merupakan salah satu daripada masalah kulit yang kerap berlaku kepada setiap orang tidak kira jantina dan umur.

Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan kesan yang teruk kepada penampilan dan kesihatan jangka masa panjang.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah kulit kering, punca, dan cara cegah atau cara merawat kulit kering dari dalam dan luar yang berkesan.

Kami juga sediakan tips untuk memilih produk yang sesuai bagi kulit kering.

Baca juga:

Apa itu kulit kering?

kulit kering
Kenapa kulit muka kering?

Kulit kering berlaku apabila permukaan luar kulit kekurangan kelembapan (air dan minyak), menyebabkan ia kehilangan hidrasi secara semula jadi.

Keadaan ini boleh mengakibatkan kulit menjadi kasar, mengelupas, bersisik, atau dalam sesetengah kes, merekah sehingga menyebabkan kulit gatal.

Masalah ini boleh bersifat sementara atau berpanjangan, bergantung kepada faktor penyebabnya seperti persekitaran, penjagaan kulit, atau keadaan kesihatan tertentu.

Punca kulit kering

Masalah ini boleh menyebabkan kulit menggelupas dan gatal-gatal, jadi ia memerlukan penjagaan dan pelembap tambahan untuk memastikan ia sihat.

Berikut adalah beberapa punca dan faktor masalah kulit ini berlaku:

1. Umur

Apabila umur semakin meningkat, kulit secara semula jadi akan semakin menipis dan kehilangan lembapan dengan lebih mudah.

Ini adalah perubahan biasa yang berlaku dalam proses penuaan termasuk beberapa perubahan pada kulit seperti:

  • Penurunan aktiviti kelenjar sebum
  • Mengurangkan penghidratan semula jadi dalam kulit
  • Penurunan lipid pelindung dalam kulit
  • Mengurangkan aliran darah ke kulit
  • Mengurangkan pengeluaran sebum dalam kulit

Justeru itu, tidak hairanlah kebanyakan individu yang berumur lebih daripada 40 tahun mengalami masalah kulit ini, jadi mereka memerlukan pelembap atau moisturizer untuk kulit kering.

2. Cuaca / iklim

Selain itu, cuaca persekitaran seperti iklim panas yang kering juga menjadi penyumbang kepada masalah kulit ini.

Sebagai contoh, orang yang tinggal di kawasan dengan iklim kering, seperti padang pasir, lebih berkemungkinan terjejas mengalami kekeringan kulit kerana keadaan persekitaran menarik lebih banyak kelembapan daripada kulit.

Hal ini sama juga berlaku kepada mereka yang duduk di negara bermusim sejuk kerana penurunan suhu dan tahap kelembapan yang berbeza menjadi faktornya.

3. Jenis pekerjaan

Orang yang bekerja dalam persekitaran tertentu lebih berkemungkinan mempunyai kulit kering. 

Sebagai contoh, jururawat, tukang paip dan pendandan rambut cenderung untuk merendam kulit mereka dalam air dengan kerap sepanjang hari sehingga menyebabkan kulit lebih kering, pecah dan kusam.

4. Keadaan kesihatan

Individu yang mempunyai sejarah penyakit kulit seperti dermatitis atopik atau psoriasis, cenderung untuk mengalami masalah kesihatan kulit.

Hal ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku dalam struktur kulit, yang membolehkan laluan lembapan keluar dari kulit dengan lebih mudah, mengakibatkan peningkatan kemungkinan kulit kering.

Baca juga:

Ubat Psoriasis Untuk Kepala dan Kulit Yang Boleh Didapati di Farmasi

5. Cara hidup

Terdapat faktor lain yang berkaitan dengan gaya hidup yang juga boleh meningkatkan kemungkinan seseorang individu mendapat masalah kekeringan kulit.

Contohnya, paras klorin yang tinggi dalam beberapa kolam renang boleh mengeringkan kulit orang yang kerap berenang. 

Selain itu, mandi lama atau mandi air panas juga boleh menyumbang kepada pengeringan kulit.

Penggunaan produk sabun, detergen dan syampu yang tidak sesuai juga boleh menjejaskan kesihatan kulit individu.

6. Diet harian

Sesetengah diet seperti diet tanpa lemak boleh menyebabkan kekurangan asid lemak penting (EFA), yang dikatakan sangat penting untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit.

Begitu juga halnya jika individu mengamalkan pengambilan alkohol yang berlebihan.

Malahan, dos yang besar bagi sesetengah ubat juga boleh meningkatkan risiko kulit kering.

Baca juga:

Gejala kekeringan kulit

Gejala kulit kering adalah bervariasi bermula dari ringan hingga teruk, dan boleh juga terjadi pada bahagian anggota badan tertentu seperti tubuh, termasuk wajah, tangan, kaki, siku, dan lutut.

Antara gejala masalah kulit ini adalah seperti:

  • tekstur kulit mengelupas atau kasar
  • kegatalan yang berlebihan
  • jangkitan
  • kulit melecur atau menyengat
  • kulit mengelupas

Bagaimana untuk mengelakkan kekeringan kulit?

kulit kering
Pemilihan produk kulit yang tidak sesuai boleh menjejaskan kesihatan kulit individu.

Perubahan gaya hidup boleh membantu mencegah dan melegakan kulit kering. 

Berikut panduan mencegah dan cara merawat kulit kering:

  • elakkan menggunakan air panas untuk mandi
  • pastikan masa mandi anda kurang daripada 10 minit
  • gunakan sabun pelembap apabila anda mandi
  • sapukan pelembap sejurus selepas mandi
  • tepuk ‘manja’ kulit yang basah bukannya gosok
  • basahkan kulit kering dengan tuala lembut
  • elakkan kegatalan atau menggosok tompok kulit kering
  • gunakan pelembap di rumah
  • minum banyak air
  • ubah rutin penjagaan kulit anda seperti yang diarahkan oleh doktor

Selain itu, adalah sangat penting juga untuk memilih jenis pelembab untuk kulit kering yang sesuai dengan anda. 

Jika kulit anda sangat kering, cari produk berasaskan petrolatum.

Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk beralih kepada losyen berasaskan air yang lebih ringan semasa musim panas. 

Losyen yang mengandungi minyak biji anggur dan antioksidan juga boleh membantu memerangkap air dalam kulit anda.

Tips beli produk untuk kulit kering

kulit kering
Sebelum membeli produk penjagaan kulit, baca label dahulu. Sumber: Reviva Labs

Ketika memilih produk untuk kulit kering, ada beberapa tips yang boleh membantu anda.

Antaranya seperti:

1. Pilih produk yang melembapkan

Cari produk yang direka khusus untuk mereka yang mengalami kekeringan kulit.

Caranya, cari produk yang memiliki kandungan pelembap yang tinggi seperti gliserin, asam hialuronat, minyak alami seperti minyak almond, minyak argan, atau minyak jojoba.

2. Perhatikan label

Pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan-bahan yang dapat membuatkan iritasi pada kulit anda seperti pewangi yang kuat atau alkohol.

Pilihlah produk dengan ciri hypoallergenic dan non-comedogenic agar tidak menyumbat pori-pori.

3. Cari produk yang mempunyai kandungan bahan semula jadi

Pilih bahan-bahan semula jadi yang lebih lembut dan sesuai untuk kulit yang kering.

Contohnya seperti produk yang mengandungi lidah buaya, oatmeal, shea butter, atau madu.

4. Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda

Meskipun kulit anda kering, tetap perhatikan jenis kulit anda secara keseluruhan.

Jika anda memiliki kulit sensitif atau cenderung berjerawat, pastikan produk yang anda pilih sesuai untuk keadaan kulit tersebut.

Cara terbaik, sila berjumpa pakar untuk mengetahui jenis kulit anda.

5. Cuba produk sampel terlebih dahulu

Sebelum membeli produk tertentu, cuba dulu dengan sample produk tersebut untuk melihat apakah ia sesuai dengan kulit anda.

Jangan terus beli produk yang baru anda ingin cuba dalam kuantiti yang besar.

6. Baca review pengguna

Sebelum membeli, baca review daripada pengguna lain yang memiliki masalah kulit yang serupa dengan anda.

7. Konsultasi dengan pakar kulit

Jika anda tidak yakin produk mana yang sesuai untuk kulit anda, dapatkan konsultasi dengan pakar kulit atau dermatologi.

Mereka dapat memberikan saranan yang sesuai dengan keadaan kulit anda.

Dengan memperhatikan tips-tips seperti di atas, anda dapat memilih produk yang tepat untuk merawat kulit anda.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah kulit kering dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Dermatologists’ Top tips For Relieving Dry Skin. American Academy of Dermatology
  2. Dry Skin On The Face: Causes, Treatments, and More. Healthline
  3. How To Get Rid of Dry Skin On The Face: Top 6 Remedies. Medical News Today
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut