Advertisements

Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)

Advertisements

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI 2 2022/2023 PENGAMBILAN JULAI DAN PROGRAM ASASI KOLEJ MARA SESI 2022/2023

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Program Diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) dan Program Asasi di Kolej MARA.

Calon-calon lelaki dan perempuan lepasan SPM / SPMV / SVM / STPM / STAM yang berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN boleh memohon.

Tarikh Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA 2022

Permohonan telah dibuka mulai 22 FEBRUARI 2022 sehingga 30 JUN 2022.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Kemudahan penginapan asrama
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
kolej profesional mara

KEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.

Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Program Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA 2022 (KPM)

Program ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:

i. Diploma in Accounting (DIA)
ii. Diploma in Business Studies (DBS)
iii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
iv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
v. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
vi. Diploma in Computer Networking (DCN)
vii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
viii. Diploma in International Business (DIB)
ix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
x. Diploma in Marketing (DMK)
xi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

Rujuk senarai kursus dan penerangan lanjut melalui infografik di bawah:

Tarikh Permohonan & Kemasukan Sesi 2022 / 2023

Berikut adalah tarikh permohonan dan semakan kemasukan KPM bagi ambilan Julai 2022 / 2023:

  • 30 Jun : Permohonan ditutup
  • 08 Julai : Semakan permohonan & rayuan dibuka
  • 19 – 31 Julai : Semakan rayuan
  • 04 Ogos 202 : Pendaftaran pelajar baharu

Layari : https://apponline.mara.gov.my/upimonline/

ii) Program Asasi Kolej MARA (KM)

Selain Kolej Profesional MARA, pelajar lepasan SPM boleh memilih Program Kolej MARA (KM) yang menawarkan laluan pantas ke universiti dan jaminan bidang pengajian di universiti.

Selain itu, Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MARA, dan akan dipertimbangkan pinjaman pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti.

KEISTIMEWAAN KOLEJ MARA (KM)

Pelajar yang ditawarkan pengajian Program Asasi Kolej MARA mempunyai keistimewaan seperti berikut :

  • Yuran pengajian (tuition fee) adalah ditanggung oleh MARA.
  • Penginapan disediakan oleh MARA tanpa dikenakan bayaran.
  • Hanya yuran pendaftaran, yuran semester, yuran Koperasi & yuran Muafakat dikenakan dengan jumlah yang berpatutan.
  • Pelajar diberi Elaun Sara Hidup RM100.00 sebulan sepanjang pengajian.
  • Makan minum disediakan kepada pelajar lima (5) kali sehari di Dewan Selera tanpa dikenakan bayaran.
  • Bayaran semula tiket penerbangan Kelas Ekonomi bagi pelajar Sabah / Sarawak / Labuan akan dibayar selepas pelajar mendaftar dan setelah pelajar menamatkan pengajian di kolej.
  • Pelajar ditawarkan pinjaman pelajaran MARA dengan syarat telah mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 selepas menamatkan pengajian.
  • Pelajar dijamin tempat pengajian di institusi pengajian tinggi yang telah dipilih oleh pelajar.

Berikut adalah info lanjut tentang kemasukan pelajar ke Kolej MARA (KM) bagi tahun 2022:

SYARAT AM

KOLEJ MARA ASASI

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

KOLEJ MARA ASASI
KOLEJ MARA ASASI
KOLEJ MARA ASASI

Baca juga:

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KE KOLEJ MARA (KM)

Syarat kelayakan kemasukan ke Program Asasi Kolej MARA adalah seperti berikut :

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera;
  • Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021buat kali pertama.
  • Ibu atau bapa TIDAK DISENARAI HITAM oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.

SYARAT AKADEMIK

Pemohon mestilah memperolehi keputusan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dengan gred sekurang-kurangnya :

  • Dua (2) A- bagi subjek Bahasa Melayu & Matematik;
  • Lima (5) B bagi subjek yang mengikut kepada pengkhususan program.
  • Perinciansyarat kelayakan penawaran Program Asasi Kolej MARA boleh dirujuk dalam senarai pengkhususan program semasa permohonan dibuka.
  • Lulus subjek Sejarah.

Cara Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)

Permohonan dibuka secara dalam talian & percuma, sila klik pautan https://apponline.mara.gov.my/upimonline/.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda
maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya
pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan
penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah
lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan
sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut

Leave a Comment