IKBN & IKTBN – Permohonan, Senarai Kursus & Kelebihan

IKBN & IKTBN
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

IKBN (Institut Kemahiran Bina Negara) dan IKTBN (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara) ialah merupakan institusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.

Institusi ini melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk memenuhi keperluan industri negara.

Permohonan masuk ke IKBN & IKTBN boleh dilakukan melalui portal rasmi Bahagian Pembangunan Belia KBS atau terus ke portal UP_TVET di pautan berikut: https://mohon.tvet.gov.my/

Setiap lokasi IKBN & IKTBN menawarkan jurusan pengajian kemahiran yang berbeza.

Oleh itu anda mesti memilih terlebih dahulu bidang pengajian yang diingin sebelum memilih lokasi IKBN yang ingin dipohon dan didaftarkan.

Rujuk info penuh IKBN & IKTBN di bawah untuk rujukan semua.

Ringkasan IKBN & IKTBN
  • IKBN & IKTBN adalah Institusi latihan vokasional di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk belia 18-30 tahun.
  • Syarat Umum: SPM, belum berkahwin, sihat, 18-30 tahun.
  • Permohonan melalui portal UP_TVET (Sesi 2/2026 dibuka 1 April 2026)

Apa Itu IKBN & IKTBN?

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Instusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Tujuan penubuhan institusi-institusi ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran golongan belia agar mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dalam sektor swasta atau bekerja sendiri.’

Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer.

Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran dari Tahap 1 sehingga Tahap 5.

Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Institusi ini juga menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Di samping, para pelajar turut mendapat pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.

IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak.

Komponen latihan yang dilaksanakan:

  • Latihan Kemahiran
  • Kepimpinan dan Ketatanegaraan Keagamaan
  • Kerohanian
  • Keusahawanan
  • Kawad Sukan dan Rekreasi

Matlamat Penubuhan

  1. Keutamaan Kepada Belia: Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Diploma Lanjutan
  2. Pendedahan Keusahawanan: Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
  3. Pembangunan Bina Insan: Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.

IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara)

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964.

Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir.

Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 13 buah IKBN di beberapa lokasi seluruh Malaysia termasuk satu IKSN (Institut Kemahiran Sukan Negara), iaitu:

  1. IKSN Kuala Langat
  2. IKBN Peretak
  3. IKBN Seri Iskandar
  4. IKBN Naka
  5. IKBN Jitra
  6. IKBN Kuala Perlis
  7. IKBN Tanah Merah
  8. IKBN Wakaf Tapai
  9. IKBN Kemasik
  10. IKBN Pekan
  11. IKBN Bandar Penawar
  12. IKBN Kinarut
  13. IKBN Miri

NOTA: IKSN Kuala Langat dahulunya dikenali sebagai Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL)

IKTBN (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara)

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) ialah institusi latihan kemahiran teknikal di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang menyediakan latihan intensif selama 18 hingga 36 bulan.

Ia menawarkan pelbagai bidang kemahiran tinggi bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan kompeten untuk pasaran industri.

Terdapat 8 buah IKTBN yang ditubuhkan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia, iaitu:

  1. IKTBN Dusun Tua
  2. IKTBN Sepang
  3. IKTBN Chembong
  4. IKTBN Bukit Mertajam
  5. IKTBN Alor Gajah
  6. IKTBN Pagoh
  7. IKTBN Temerloh
  8. IKTBN Bachok

Pengambilan Melalui UP_TVET

Pengambilan adalah dua kali setahun iaitu:

  1. Sesi Januari
  2. Sesi Julai – KINI DIBUKA

Pengambilan adalah melalui portal UP_TVET di pautan berikut: https://mohon.tvet.gov.my/

Permohonan untuk SESI JULAI dibuka bermula 1 April sehingga 8 Mei 2026 untuk kursus tanpa temuduga dan 1 April sehingga 1 Mei 2026 untuk kursus bertemuduga.

Pemilihan kursus yang dimohon boleh dibuat bermula 1 April 2026 nanti.

Syarat Umum Kemasukan

Berikut ialah syarat-syarat umum kemasukan ke IKBN & IKTBN:

  1. Pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia. Keutamaan ini diberikan kerana institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan khusus bagi melatih serta membangunkan kemahiran belia tempatan.
  2. Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.
  3. Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.
  4. Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.
  5. Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.
  6. Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.
  7. Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian.
  8. Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya.
  9. Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.
  10. Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian pula berbeza antara 18 hingga 36 tahun bergantung pada bidang pengajian yang diambil.

Pelajar yang menamatkan pengajian akan diberikan sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Cara Mohon ILKBS (IKBN & IKTBN)

Rujuk cara permohonan IKBN & IKTBN di bawah:

  1. Permohonan ke IKBN dan IKTBN boleh dilakukan melalui portal UP_TVET Perdana di pautan berikut: https://mohon.tvet.gov.my/
  2. Klik ‘Permohonan Perdana’
  3. Klik Daftar (untuk pengguna kali pertama) atau Log Masuk ke akaun sedia.
  4. Kemudian, anda boleh lengkapkan borang permohonan, pilih kursus dan hantar permohonan.

Anda juga boleh muat turun aplikasi MyTVET untuk membuat permohonan dengan mudah.

Lokasi dan Bidang Pengajian

IKBN

1. IKBN Peretak

  • Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Jalan Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan
  • Nombor Telefon : 03-6099 6000
  • Emel : [email protected]

2. IKBN Seri Iskandar

  • Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, 32600 Bota, Perak.
  • Email Rasmi : [email protected]

3. IKBN Naka

  • Institut Kemahiran Belia Negara Naka Mukim Tekai, Pekan Naka, Kedah, Malaysia
  • No Tel : 04 – 7993000
  • No Faks : 04 – 7851269
  • Emel : [email protected]

4. IKBN Jitra

  • Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Km 23, Jalan Changloon, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
  • No.telefon: 04-9174676
  • No.faks: 04-9174444
  • Emel: [email protected]

5. IKBN Kuala Perlis

  • Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis Jalan Bukit Kubu 02000 Kuala Perlis
  • No Tel: 04 – 9855985
  • No Faks: 04 – 9852434
  • Emel: [email protected]

6. IKBN Tanah Merah

  • IKBN Tanah Merah Jalan Bukit Panau, Tanah Merah,  Kelantan, Malaysia
  • No Tel : +60 9-950 9900
  • No Fax: +60 9-950 9988
  • Email   : [email protected]

7. IKBN Wakaf Tapai

  • Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,, 21040, Marang, Terengganu.
  • Tel : 09-6806000
  • Faks: 09-6806009
  • Emai: [email protected]

8. IKBN Kemasik

  • Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik Km 19, Jalan Kemaman – Dungun, 24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.
  • No. Telefon: 09-866 4500
  • Emel: [email protected]

9. IKBN Pekan

  • Institut Kemahiran Belia Negara Pekan  Km 55, Jalan Kuantan – Segamat, 26650 Pekan,  Pahang Darul Makmur.
  • No. Tel  : 09-451 4888
  • No. Fax : 09-451 4999
  • Email    : [email protected]

10. IKBN Bandar Penawar

  • Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Jalan Kejora Utama 81930, Bandar Penawar, Johor
  • No.Tel : 07-8221 567
  • Email : [email protected]

11. IKBN Kinarut

  • Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,, Jalan Limau Limauan, Kinarut, Sabah Malaysia
  • Tel : +60 88-755 929
  • [email protected]

12. IKBN Miri

  • Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Jalan Permyjaya Utama, Bandar Baru Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak
  • No Tel : 085-660714

IKTBN

1. IKTBN Dusun Tua

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua, Km 25 Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor
  • No Tel : 03-90217100
  • Email : [email protected]

2. IKTBN Sepang

  • IKTBN Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor,
  • No Tel : 03-8706 1720
  • [email protected]

3. IKTBN Chembong

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • No.telefon: 06-6857900
  • No.faks: 06-6857989
  • Emel: [email protected]

4. IKTBN Bukit Mertajam

5. IKTBN Alor Gajah

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah, KM 34, Jalan Masjid Tanah, 78300 Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
  • No Tel : +606-385 1255
  • Email: [email protected]

6 IKTBN Pagoh

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh, KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor
  • Nombor Telefon : 06-9737836
  • Nombor Faksimili : 06-9737837
  • Email : [email protected]

7. IKTBN Temerloh

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh, Kampung Bongsu, 28500 Lanchang, Temerloh, Pahang Darul Makmur.
  • No Tel: 09-2805550

8. IKTBN Bachok

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok, Kampong Tangok, 16300 Bachok, Kelantan Darul Naim.
  • No. Telefon: 09-7787700
  • Emel: [email protected]

Kelebihan

Berikut ialah kelebihan IKBN & IKTBN:

  1. Kos rendah atau percuma: Pengajian percuma, elaun bulanan, makan minum, penginapan dan kemudahan perubatan disediakan sepenuhnya.
  2. Fokus kemahiran praktikal: Latihan teknikal dan vokasional dengan akses bengkel, makmal berperalatan industri terkini untuk kebolehpasaran tinggi.
  3. Tempoh fleksibel: Kursus 18-36 bulan, termasuk latihan industri untuk pendedahan kerja sebenar.
  4. Pembangunan holistik: Selain kemahiran teknikal, program termasuk sahsiah, kepimpinan, usahawan dan kenegaraan.
  5. Peluang Kerjaya: Graduan sering diserap majikan ternama seperti industri aeroangkasa kerana kemahiran praktikal yang diiktiraf MLVK/JPK. IKTBN menawarkan diploma lanjutan untuk tahap kerjaya lebih tinggi.

Fasiliti & Kemudahan

Berikut ialah fasiliti/kemudahan yang disediakan di semua ILKBS (IKBN, IKTBN, IKSN):

  1. Elaun diberikan kepada semua pelajar ILKBS:
    • RM100 – Sijil
    • RM200 – Sijil Lanjutan, Diploma & Diploma Lanjutan
    • RM300 – Latihan Industri
  2. Fasiliti moden seperti perpustakaan, kemudahan sukan dan riadah, makmal serta bengkel yang lengkap.
  3. Peralatan yang moden dan terkini mengikut keperluan industri.
  4. Asrama
  5. Makan dan minum

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan info terkini, sila rujuk:

  1. Portal Bahagian Pembangunan Belia
  2. Facebook ILKBS
  3. Talian ILKBS: 03-8871 3646
  4. Emel: [email protected]
  5. Laman web rasmi setiap institusi

Soalan Lazim IKBN & IKTBN

Apa Itu IKBN dan IKTBN?

IKBN ialah singkatan kepada Institut Kemahiran Belia Negara, manakala IKTBN ialah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Kedua-duanya merupakan institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang menawarkan kursus kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia Malaysia.

Apakah perbezaan antara IKBN dan IKTBN?

Perbezaan utama ialah tahap kursus yang ditawarkan:
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) biasanya menawarkan kursus peringkat Sijil dan Sijil Lanjutan.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) pula menawarkan program Diploma dan latihan teknikal yang lebih tinggi.

Siapakah yang layak memohon kemasukan IKBN atau IKTBN?

Secara umum, syarat kelayakan ialah:
– Warganegara Malaysia
– Berumur sekitar 18 hingga 30 tahun
– Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setara (bergantung kepada kursus)

Adakah pelajar IKBN dan IKTBN menerima elaun?

Ya. Kebanyakan pelajar yang mengikuti program di IKBN atau IKTBN akan menerima elaun bulanan, selain kemudahan seperti asrama, latihan praktikal, dan bengkel kemahiran.

Berapa lama tempoh pengajian di IKBN dan IKTBN?

Tempoh pengajian biasanya antara: 6 bulan hingga 2 tahun, bergantung kepada tahap sijil atau diploma serta jenis kursus yang diambil.

Adakah graduan IKBN dan IKTBN mudah mendapat pekerjaan?

Ya. Program latihan di IKBN dan IKTBN menekankan kemahiran praktikal dan latihan industri, menjadikan graduan lebih bersedia untuk bekerja dalam sektor teknikal, industri pembuatan, automotif, pembinaan dan hospitaliti.

Bagaimanakah cara memohon kemasukan ke IKBN atau IKTBN?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi UP_TVET dipautan berikut: https://mohon.tvet.gov.my/

Bila sesi pengambilan IKBN/IKTBN dibuka?

Pengambilan dibuka dua kali setahun, sesi Januari dan sesi Julai.

Permohonan Sesi 2 2026 UP_TVET bila dibuka?

Permohonan untuk kemasukan Julai (Sesi 2) 2026 dibuka bermula 1 April 2026.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut