Jadual PdPR Selepas Hari Raya Aidilfitri & Cuti Penggal Sekolah KPM 2021

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan bahawa Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Selepas PdPR, sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan dimulakan selepas cuti penggal persekolahan pada 12 atau 13 Jun depan mengikut kumpulan sekolah.

“Ini sesuatu yang baharu kita belajar. Jika tahun lalu ketika Aidilfitri sekolah tutup ketika itu, jadi kita tidak tahu data selepas raya macam mana.

“Kita khuatir terutama mereka yang akan pulang ke asrama kerana menjangkakan ada jangkitan dari luar, jadi kita ambil langkah ini untuk mengawal penularan kerana selepas perayaan pelajar berada di rumah lebih lama,” kata Menteri Kanan Pendidikan pada sidang media 27 April 2021.

Dr Radzi berkata, pelajar dan murid yang tinggal di asrama sekolah di bawah KPM di seluruh negara, akan dibenarkan pulang bagi menyambut Aidilfitri dan akan melalui PdPR dalam tempoh dua minggu selepas cuti itu.

Jadual PdPR Selepas Cuti Hari Raya Aidilfitri

Berikut adalah jadual PdPR terkini selepas cuti Hari Raya Aidilfitri untuk makluman ibu bapa.

pdpr selepas hari raya

Baca juga: CERDIK: Laptop, Tablet Percuma Mula Diagihkan Hujung Mei-September

CUTI HARI RAYA 2021

Pelajar sekolah akan bermula cuti Hari Raya Aidilfitri:

  • *7 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021* (Kumpulan A).
  • 8 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 (Kumpulan B )

PDPR

Selepas cuti hari raya Aidilfitri kita akan bermula belajar di rumah PdPR :

  • *16 Mei 2021 sehingga 27 Mei 2021* (Kumpulan A) .
  • 17 Mei 2021 sehingga 28 Mei 2021 (Kumpulan B ).

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN

Bermula cuti sekolah :

  • *28 Mei 2021 sehingga 12 Jun 2021* (Kumpulan A).
  • 29 Mei 2021 sehingga 13 Jun 2021 (Kumpulan B ).

TARIKH BUKA SEKOLAH (BERSEMUKA)

Murid-murid akan kembali ke sekolah :

  • *12 Jun 2021* (Kumpulan A).
  • 13 Jun 2021 (Kumpulan B ).

NOTA:

Kumpulan A : Negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu

Kumpulan B : Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya

Info lanjut: Kementerian Pendidikan Malaysia / Dr Radzi Jidin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!