Hukum tattoo dalam Islam adalah haram bagi lelaki mahupun wanita mengikut ijmak ulama berdasarkan dalil-dalil sahih daripada hadis Nabi SAW.
Bagi mendapatkan penjelasan hukum yang lebih mendalam dan rasmi, anda boleh merujuk kepada Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Hukum ini juga terpakai untuk tukang tatoo dan kedua pelakunya (orang yang bertatu dan tukang tatu) wajib bertaubat dengan segera.
Rujuk info penuh hukum bertatto dan penjelasannya menuruti Mufti WP dan JAKIM di bawah.
Ringkasan Mengapa Tato Diharamkan?
Hukum memakai tato (al-washm) dalam Islam adalah Haram dan termasuk dalam dosa besar. Larangan ini berpunca daripada tindakan mengubah ciptaan Allah SWT secara kekal dan kewujudan unsur najis (darah yang tersumbat) di bawah kulit yang boleh menjejaskan kesahihan ibadah seperti mandi wajib dan wuduk.
Apa Itu Tattoo?
Menurut perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tattoo ialah suatu tanda pada anggota badan yang dibuat dengan cara melarik, mencucuk dan memasukkan warna.
Menurut takrif Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, bahawa tatu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang tapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir.
Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur hidup sehingga menjadi hijau (atau warna-warna lain.)
Hukum Tattoo Dalam Islam
Hukum melakukan tatoo sama ada tukang tatoo ataupun yang di tatoo adalah HARAM dan kedua pelakunya wajib bertaubat dengan segera.
Perbuatan melakukan tatu dilaknat Allah Taala dan Rasullullah ﷺ. Ia adalah haram ke atas orang yang meminta dibuatkan tatu atau pembuat tatu dan ia tergolong dalam dalam dosa-dosa besar.
Dalil Pengharaman Tattoo Menurut Hadis
Larangan ini jelas disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.anhuma, di mana Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ
Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan dan yang mencucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu”. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 5937) dan Imam Muslim (no. 2124) dalam al-Sahih mereka.
Selain itu, dalam sebuah hadis yang lain yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
“Nabi SAW telah melarang wang hasil jual beli anjing, darah da melarang orang yang membuat tatoo dan yang minta ditatto.” – Shahih Bukhari 2086

Kesan Tatto Terhadap Ibadah
Tato mempunyai kesan yang sangat signifikan terhadap ibadah seorang Muslim, terutamanya dari sudut kesucian (taharah) yang menjadi syarat sah bagi solat dan ibadah lain.
1. Kesan Terhadap Wuduk dan Mandi Wajib
Dalam Islam, wuduk dan mandi wajib hanya sah sekiranya air sampai ke seluruh permukaan kulit yang wajib dibasuh.
- Halangan Air: Jika tato tersebut dibuat menggunakan kaedah yang melapisi kulit (seperti pelekat atau dakwat tebal di atas epidermis), air tidak dapat sampai ke kulit. Ini menyebabkan wuduk atau mandi janabah tidak sah.
2. Isu Najis di Bawah Kulit
Proses mencucuk jarum untuk membuat tato melibatkan pendarahan. Apabila dakwat bercampur dengan darah dan kemudian terperangkap di bawah kulit, ia dianggap sebagai darah yang tersumbat (najis).
- Hukum Asal: Secara dasarnya, membawa najis ketika solat adalah tidak dibenarkan.
- Kelonggaran (Rukhsah): Walau bagaimanapun, jika tato tersebut sukar atau mustahil untuk dibuang (kerana kos yang terlalu mahal atau boleh merosakkan anggota badan), najis tersebut dianggap sebagai najis yang dimaafkan (Ma’fu ‘Anhu). Oleh itu, ibadah tetap boleh diteruskan.
3. Status Solat Seseorang yang Bertato
Persoalan yang sering timbul adalah: “Adakah solat orang bertato diterima?”
- Solat Tetap Sah: Jika seseorang itu telah bertaubat dan berusaha untuk membuang tato tersebut tetapi gagal atau memudaratkan, solatnya tetap sah.
- Kewajipan Bertaubat: Tato dianggap sebagai dosa besar kerana mengubah ciptaan Allah. Oleh itu, kesan “rohani” terhadap ibadah adalah individu tersebut perlu bertaubat dengan sungguh-sungguh (Taubat Nasuha).
4. Ibadah Haji dan Umrah
Tato tidak menghalang seseorang daripada mengerjakan Haji atau Umrah. Syarat utama adalah niat yang ikhlas dan pelaksanaan rukun yang betul.
Sama seperti solat, jika tato itu sudah sedia ada dan sukar dibuang, ia dimaafkan dalam melaksanakan ibadah di tanah suci.
Hukum Tatu Di Tubuh Badan: Adakah Wajib Dihilangkan?
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini memerlukan kepada beberapa perincian hukum seperti berikut:
- Orang mukallaf yang bertatu dengan kehendak dan kerelaannya. Jika ia tidak dapat menghilangkan tatu itu dengan kaedah perubatan atau pembedahan walaupun menurut doktor ia mendatangkan mudarat seperti hilang anggota badan atau fungsinya atau keadaan anggota zahirnya menjadi buruk tetapi ia tidak takut akan mudarat tersebut, maka wajib ia menghilangkan tatu itu.
- Walaubagaimanapun, jika ia takut akan mudarat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan ia tidak dikira berdosa setelah bertaubat.
- Orang yang tidak ditaklifkan ke atasnya seperti kanak-kanak dan orang gila. Jika seseorang golongan ini bertatu maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu tersebut.
- Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau kerelaannya adalah tidak diwajibkan ia menghilangkan tatu di tubuh badannya.
- Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dalam keadaan ia kafir lalu memeluk Islam maka wajib ia menghilangkan tatu tersebut.
Ringkasnya, bagi individu yang telah mempunyai tato sebelum mendapat hidayah atau sebelum memeluk Islam (mualaf), WAJIB bagi seseorang itu menanggalkan segera tatu yang ada.⠀
Jika proses membuang kesan tatu tersebut boleh menyebabkan kematian atau kecederaan yang sangat parah (mudarat besar), maka ia dimaafkan dan tidak wajib ditanggalkan.⠀
Maklumat Lanjut
Untuk bacaan lanjut mengenai hukum tattoo dalam Islam, sila rujuk:
Soalan Lazim Hukum Tattoo Dalam Islam
Tidak haram. Tatu sementara yang menggunakan bahan suci (seperti inai), tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit, dan tidak memaparkan imej yang bertentangan dengan syariat (seperti lambang agama lain atau unsur maksiat) adalah diharuskan.
Hukum asalnya adalah wajib dibuang. Walau bagaimanapun, kewajipan ini gugur sekiranya proses membuang tatu tersebut:
– Mendatangkan kemudaratan yang teruk pada anggota badan.
– Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung.
Dalam keadaan ini, memadai dengan bertaubat nasuha dan tato tersebut dianggap dimaafkan (ma’fu ‘anhu).
Sah. Jika individu tersebut telah bertaubat dan sukar untuk membuang tatu tersebut tanpa mudarat, solatnya tetap sah. Syarat sah solat berkaitan kesucian pakaian dan tempat, manakala dakwat tatu yang berada di bawah kulit dianggap najis yang dimaafkan kerana kesukaran untuk menghilangkannya.
Bagi mualaf, Islam memadamkan segala dosa-dosa yang lalu (Al-Islam yajubbu ma qablahu). Mereka tidak perlu merasa terbeban untuk membuang tatu tersebut jika ia menyakitkan atau mahal. Keislaman mereka adalah sempurna dan tatu tersebut tidak menjejaskan status mereka sebagai Muslim.
Dilaknat seperti pelakunya, haram dan berdosa besar.
Ya, hukum bertattoo adalah HARAM.




