Urusan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Tahun 2025 kini telah dibuka untuk menerima permohonan daripada Kementerian mahupun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Penjawat awam yang telah memenuhi syarat sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian PP.1.3.4 Pemberian Awal Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR), boleh membuat permohonan ke Bahagian Pencen JPA melalui Kementerian / SUK mulai 1 Mei 2025 hingga 30 September 2025.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) 2025 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam?
GCR adalah satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.
Rujuk surat edaran di bawah mengenai info terkini Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam 2025.



Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan secara hard copy boleh dibuat ke Bahagian Pencen JPA melalui Kementerian / SUK mulai 1 Mei 2025 hingga 30 September 2025.
Permohonan secara dalam talian buat masa ini ditangguhkan.
Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2025
Berdasarkan Belanjawan 2023, kadar maksimum pengumpulan GCR dinaikkan daripada 160 hari kepada 180 hari. Perubahan ini masih berkuat kuasa pada 2025 melainkan terdapat pinda baru yang diumumkan kerajaan.
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju:
- Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari.
- Kenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari
Pemberian Awal Award Wang Tunai
Penjawat awam layak menebus sehingga 90 hari GCR secara awal sebelum bersara jika memenuhi syarat berikut:
- Kelulusan Ketua Jabatan
- Tempoh perkhidmatan minimum 15 tahun
- Umur sekurang-kurangnya 45 tahun
- Jumlah GCR terkumpul ≥90 hari
- Bebas tindakan tatatertib/jenayah
Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- (a) tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun
- (b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat
- (c) jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari
- (d) bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib
- (e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.
Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.
Cara Kira GCR Penjawat Awam
Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut.
Pengiraan Award GCR adalah menggunakan formula berikut:
1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR
CONTOH KIRAAN KELAYAKAN CUTI REHAT TAHUNAN
Bagi pegawai yang telah lama berkhidmat, isu berkaitan kelayakan GCR mungkin tidak menjadi masalah. Namun, masih terdapat pegawai yang kurang jelas bahawa sekiranya kelayakan Cuti Rehat (CR) tahunan berkurang, jumlah GCR yang layak disimpan bagi tahun tersebut turut akan berkurang.
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Cuti haji, cuti Barah Tibi Kusta;
- Apa-apa jenis CSG : cuti belajar, cuti bersalin guru, cuti menjaga keluarga sakit, cuti sakit lanjutan; atau/dan
- Apa-apa jenis CTG : Cuti belajar, cuti bersalin, CMA, cuti sakit lanjutan, CTG urusan peribadi, tidak hadir bertugas, terlebih ambil Cuti Rehat.
Contoh Kiraan:
Pegawai yang Cuti Haji 40 hari pd tahun 2025
Kelayakan CR : 30 hari
Kelayakan tahunan selepas Cuti Haji :
365 – 40
———— x 30 = 26.7 ~27 hari
365
Jadi, kelayakan utk simpan GCR tahun 2025 :
27 / 2 = 13.5 ~ 13 hari saja berbanding layak simpan 15 hari tanpa Cuti Haji.
Begitu juga kalau pegawai lantikan baru, contoh lantik pada 1.9.2025, kelayakan cuti 20 hari.
122
—— x 20 = 6.68 ~ 7 hari
365
*122 hari tu dari 1.9.2025 – 31.12.2025
Jadi kelayakan CR Tahun 2025 = 7 hari
Kelayakan GCR = 7/2 = 3.5 ~ 3 hari.
Kalau kiraan CR tahunan, kita genapkan ikut perpuluhan terhampir. >0.5 = genapkan ke nombor lebih besar. <0.5 = genapkan ke nombor lebih kecik. Kalau kiraan kelayakan GCR, kita genapkan ke no lebih kecik.
Jadi, sebaiknya semak sama ada pegawai ada mengambil mana-mana cuti tersebut pada tahun semasa, kemudian kira semula secara prorata kelayakan Cuti Rehat (CR) dan GCR. Selalunya perkara ini terlepas pandang, terutamanya melibatkan Cuti Haji dan Cuti Barah.
Disebabkan kedua-dua cuti ini bergaji penuh, ramai yang menyangka tiada kesan. Namun, jika tersilap kira kelayakan, ia boleh memberi kesan kepada pencen, ganjaran dan GCR pada masa hadapan.
Untuk memudahkan anda membuat pengiraan, anda boleh gunakan kalkulator online berikut: https://award-gcr.jpa.gov.my/calculator

Dikongsikan Montaj Perhimpunan Bulanan JPA November 2021 hari ini bertemakan Gantian Cuti Rehat (GCR): Kira Betul-Betul!
Cara Permohonan dan Kelulusan GCR
Untuk memohon Gantian Cuti Rehat,
- Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.
- Ketua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.


Dokumen yang diperlukan:
- 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
- 1 salinan kenyataan cuti
- 2 salinan penyata kiraan cuti
- 1 salinan kad pengenalan
- 1 salinan surat permohonan pesara/waris.
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Baca juga:
- Pinjaman LPPSA : Cara Permohonan Online, Semakan Status & Baki
- AKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online
FAQ – Soalan Lazim GCR
Award wang tunai GCR adalah wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan apabila bersara kelak.
Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menebus jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
1/30 x (gaji hakiki + *imbuhan tetap) x 90 hari
*Nota:
(a) Imbuhan Tetap Jawatan Utama
(b) Imbuhan Tetap Keraian
(c) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
(d) Imbuhan Tetap Perumahan
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memohon pemberian awal award wang tunai 90 hari ialah:
(a) tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun, tertakluk kepada Peraturan 5, 6 dan 7, Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
(b) telah mencapai umur 45 tahun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002: Dokumen Tarikh Lahir Pegawai Awam;
(c) jumlah cuti rehat yang terkumpul sebelum penebusan hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari;
(d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib;
(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan; dan
(f) pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan.
Ya. Sekiranya telah memenuhi syarat di atas.
Tidak. Pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan
Tidak. Jumlah pemberian awal award GCR ditetapkan sebanyak 90 hari sahaja.
Tidak. Pembayaran GCR apabila bersara kelak adalah berasaskan kepada baki jumlah cuti rehat yang telah dikumpulkan, terhad kepada jumlah keseluruhan 180 hari sepertimana yang dinyatakan dalam Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR).
Permohonan pemberian awal award wang tunai GCR perlu dibuat melalui Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tatacara permohonan pemberian awal award wang tunai GCR dijelaskan melalui Ceraian PP.1.3.4: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
Ya. Tatacara permohonan kebenaran GCR digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dijelaskan melalui Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan.
Muat turun PDF di bawah untuk mengetahui soalan-soalan lazim mengenai Gantian Cuti Rehat 2025:
Anda juga boleh muat turun:
1. Surat Edaran GCR 2025: https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-permohonan-pemberian-awal-award-wang-tunai-gcr-tahun-2025
2. MyPPSM Ceraian PP.1 – Persaraan Faedah Persaraan
- Ceraian PP.1.3.1 : Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
- Ceraian PP.1.3.3 : Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
- Ceraian PP.1.3.4 : Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
3. Soalan Lazim
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) ini, sila rujuk ke Portal JPA di pautan berikut: https://www.jpa.gov.my/
Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email protected].




