CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE MAYBANK MELALUI MYEZYQ
Bagi menyokong usaha membendung pandemik ini dan menjaga keselamatan pelanggan dan kakitangan, cawangan Maybank akan beroperasi secara temu janji sahaja mulai 2 Jun 2021 sehingga diberitahu kelak, manakala beberapa cawangan akan ditutup buat sementara waktu.
Anda boleh membuat temu janji secara dalam talian dengan mudah melalui Maybank EzyQ di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u (maybank.my/ezyq).
Warga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil akan terus diberi keutamaan perkhidmatan dan layanan khas walaupun tanpa janji temu.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan EzyQ Maybank.
Apakah EzyQ Maybank?
Maybank telah melancarkan MaybankEzyQ untuk melancarkan proses temu janji.
Pelanggan boleh menetapkan hari dan waktu yang diingini untuk melakukan temu janji dengan wakil bank mereka menerusi aplikasi Maybank2U.
Baca juga: Cara Daftar Maybank2u Online Banking Dalam 5 Minit Saja
Cara Buat Temujanji Online Untuk Berurusan Di Kaunter Maybank
Rujuk langkah di bawah untuk mengetahui cara buat temujanji online Maybank.
- Layari https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
- Nyatakan perkhidmatan perbankan yang diperlukan.
- Pilih cawangan yang ingin dikunjungi. * (Sila rujuk cawangan yang buka dan beroperasi di bawah)
- Pilih tarikh dan waktu yang sesuai.
- Isikan maklumat peribadi dan hantar.
- Anda akan menerima e-mel pengesahan untuk nombor rujukan temujanji anda. Tunjukkan nombor rujukan ini kepada staf apabila anda hadir ke cawangan untuk urusniaga di kaunter.
NOTA:
Dalam tempoh PKP Penuh, semua cawangan Maybank beroperasi dari jam 9:30 pagi hingga 2:00 petang sahaja.
Janji temu juga boleh dibuat sehingga 15 hari lebih awal dari lawatan yang dijadualkan melalui MaybankEzyQ.
Para pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai cawangan Maybank yang beroperasi dalam tempoh PKP ini boleh melayari laman sesawang rasmi https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/announcement/2020/Mbb-Branch-List_Covid-19
Urusniaga Yang Boleh Dibuat Melalui EzyQ Maybank
Antara transaksi yang boleh dilakukan menerusi temu janji EzyQ ialah :
- membuka akaun
- pertanyaan mengenai kad debit
- pertanyaan mengenai produk
EzyQ boleh diakses terus dari laman Maybank2U sahaja pada waktu ini dan tidak menerusi aplikasi.
Selain mengurangkan risiko jangkitan Covid di kalangan pelanggan, MaybankEzyQ akan membantu juga mengurangkan tempoh menunggu keran slot pertemuan dengan wakil bank telahpun ditempah terlebih dahulu.
Baca juga: SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online (2021)
Maklumat Lanjut
Anda digalakkan untuk melakukan transaksi perbankan melalui saluran digital Maybank dari kediaman anda dengan selamat.
Untuk bantuan penggunaan Maybank EzyQ, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.