Harga ubat di Malaysia melonjak 30% sehingga 40% pada awal April 2026, disebabkan kenaikan kos logistik dan bahan api akibat konflik global. Untuk mengetahui harga ubat anda, sila rujuk portal Panduan Harga Ubat Malaysia (MyPriMe).
Kenaikan ini memberi kesan kepada ubat‑ubatan harian, ubat kronik dan juga peranti perubatan di hospital. Ini menimbulkan kebimbangan ramai pesakit dan rakyat biasa terutamanya yang bergantung pada ubat-ubatan.
Walaubagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyatakan bekalan ubat masih mencukupi hingga Jun 2026.

Punca Kenaikan Harga Ubat 40%
Kenaikan kos logistik, pengangkutan dan harga bahan api menjadi pencetus utama harga ubat melonjak 30-40% sejak awal April 2026.
Konflik di Asia Barat mengganggu rantaian bekalan global, menyebabkan pembekal bahan aktif farmaseutikal menangguh penghantaran dan menaikkan caj.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa faktor luaran ini turut menjejaskan peranti perubatan dengan kenaikan lebih tinggi, sehingga 100% di sesetengah kes.
Punca Utama Kenaikan Harga Ubat:
- Krisis Geopolitik Asia Barat: Konflik berterusan di rantau tersebut telah mengganggu laluan perdagangan utama dunia, menyebabkan ketidaktentuan bekalan global.
- Lonjakan Kos Logistik & Bahan Api: Kenaikan harga minyak mentah dunia meningkatkan kos pengangkutan kargo (laut dan udara) bagi membawa masuk ubat-ubatan import ke Malaysia.
- Gangguan Rantai Bekalan (Supply Chain): Kelewatan penerimaan konsainan ubat dan peranti perubatan di peringkat antarabangsa mencetuskan kekurangan stok, yang seterusnya menaikkan harga pasaran.
- Kenaikan Harga Bahan Mentah (API): Kos Active Pharmaceutical Ingredients (API) atau bahan kimia asas untuk pembuatan ubat meningkat secara global, memberi tekanan kepada pengilang tempatan.
- Kebergantungan Import: Malaysia masih bergantung tinggi kepada ubat-ubatan berjenama (innovator) dari luar negara, menyebabkan harga sangat sensitif terhadap perubahan nilai mata wang dan polisi perdagangan.
- Kenaikan Harga Peranti Perubatan: Sesetengah peranti hospital dilaporkan naik sehingga 100% akibat kos pembuatan yang melambung tinggi di peringkat global.
BACA JUGA: Kenaikan Harga Minyak: Punca, Kesan & Impak Kepada Malaysia dan Asia
Senarai Ubat & Peranti yang Terkesan
KKM belum keluarkan senarai spesifik nama ubat dan peranti yang terkesan dengan kenaikan harga ini. Secara ringkasnya, kenaikan ini memberi kesan kepada:
- Ubat Kronik & Ubat Harian (naik 30-40%)
- Peranti Perubatan (naik 50-100%)
Untuk mengatasi kesan ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata:
“Kami mempertimbangkan mekanisme surcharge dan cost pass-through bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.”
Kementerian Kesihatan berusaha melakukan sehabis baik untuk menyerap kenaikan kos ini supaya khidmat rawatan yang mampan dapat terus dinikmati rakyat.

Kesan kepada Rakyat Malaysia
Kenaikan harga ubat 30-40% memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia, terutamanya pesakit kronik dan golongan berpendapatan rendah.
Antara kesannya ialah:
- Keluarga berpendapatan rendah terpaksa potong perbelanjaan lain bagi utamakan ubat anak/orang tua.
- Beban kewangan meningkat untuk pesakit kronik (diabetes, jantung) yang guna ubat berterusan setiap bulan.
- Isi rumah sederhana susah beli ubat harian di farmasi swasta menyebabkan kemungkinan besar ramai yang beralih ke klinik kerajaan.
- Kos rawatan swasta juga akan meningkat dan secara tidak langsung menjejaskan akses perkhidmatan kesihatan.
- Risiko tidak patuh rawatan (non-compliance) meningkat sehingga boleh memburukkan kesihatan pesakit rentan

Tips Hadapi Kenaikan Harga Ubat untuk Rakyat Malaysia
Berikut ialah beberapa tips untuk rakyat Malaysia hadapi kenaikan harga ubat sehingga 40% ini:
- Gunakan ubat generik berkualiti di klinik kerajaan atau farmasi komuniti yang lebih murah berbanding jenama import.
- Bandingkan harga ubat di pelbagai farmasi swasta melalui aplikasi pemaparan harga KKM sebelum beli.
- Jaga gaya hidup sihat (diet, senaman) kurangkan keperluan ubat harian dan pemeriksaan berkala elak komplikasi mahal.
- Bincang dengan doktor guna dos minima berkesan atau alternatif ubat setara bagi jimat kos berterusan.

Soalan Lazim Harga Ubat Naik 40%
Kenaikan kos logistik, pengangkutan, bahan api dan gangguan rantaian bekalan akibat konflik Asia Barat.
Ubat naik 30-40% manakala, peranti perubatan hospital lebih tinggi (50-100%).
Ya, mencukupi hingga Jun 2026. KKM masih memantau stok kritikal seperti insulin dan ubat kronik.
Setakat ini, hospital kerajaan belum lagi mengumumkan apa-apa kenaikan harga ubat.
Ya, kesan sama di klinik kerajaan, swasta, farmasi dan hospital seluruh Malaysia.
– Pemantauan Ketat Stok: KKM pantau bekalan harian; jamin stok mencukupi hingga Jun 2026 tanpa panik.
– Pelan Intervensi Bertingkat: Jangka pendek (subsidi), sederhana (sumber alternatif) dan panjang (pengeluaran tempatan API).
– Surcaj & Kawalan Kos: Bincang di Kabinet dengan Kementerian Kewangan/Ekonomi untuk elak pemindahan kos penuh ke rakyat




