e-Dentist: Permohonan Penempatan Doktor Gigi Lantikan Baru

e-Dentist merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan Pegawai Pergigian Gred UG41 lantikan baru membuat permohonan penempatan mereka.

Calon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan.

Dengan penggunaan porrtal ini, pilihan penempatan di dalam Borang Maklumat Diri (BMD) tidak lagi terpakai dalam urusan penempatan.

Selai itu, permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip “first come first serve”.

Pengenalan

e-Dentist merupakan portal di bawah sistem e-Placement yang telah diperkenalkan pada bulan September 2022 yang lalu bagi membolehkan pegawai yang mendapat tawaran jawatan tetap di KKM membuat pemilihan penepatan secara dalam talian.

Pegawai yang berkaitan akan menerima emel notifikasi mengenai pembukaan permohonan untuk penempatan ini sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum permohonan dibuka.

Harap maklum bahawa portal e-Dentists ini hanya boleh digunakan oleh pegawai yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian pergigian yang telah tamat pengajian.

Proses permohonan penempatan Pegawai Pergigian Gred UG41

Bagi yang masih keliru mengenai proses lantikan Pegawai Pergigian Gred UG41, boleh rujuk infografik di atas.

Cara daftar

Pemohon yang layak mendaftar adalah berdasarkan pengumuman surat tawaran yang diuruskan oleh pihak SPA dalam jangka waktu yang ditetapkan mengikut kumpulan (batch).

Pengumuman berkenaan dengan calon-calon pemohon juga
yang layak juga akan dimaklumkan melalui secara email.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar dalam sistem e-Dentist:

  1. Layari laman web e-Dentist di alamat https://edentist.moh.gov.my/auth/main
  2. Sila scroll ke bawah dan klik pada hyperlink “Pendaftaran Baru
  3. Lengkapkan pendaftaran dengan melengkapkan butiran seperti yang diminta
  4. Setelah itu, anda akan mendapat emel pengesahan pendaftaran bersama-sama maklumat untuk log masuk ke akaun anda

Log masuk sistem

Anda boleh log masuk akaun e-Dentist anda melalui halaman utama.

Scroll ke bawah dan klik pada hyperlink “Log Masuk” di halaman tersebut

Cara membuat permohonan penempatan

Pemohon yang ingin membuat permohonan penempatan boleh melihat manual panduan di bawah:

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah ketika menggunakan portal e-Dentist ini, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian 03-8883 2803/ 2653/ 2651

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!