Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah

dokumen penjajaran kurikulum
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah sebagai bagi menangani isu keciciran pembelajaran di sekolah rendah.

Langkah ini dibuat selepas KPM mendapat maklum balas tersebut daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk ibu bapa yang merupakan antara sumber maklumat penting dalam pembangunan kurikulum.

Langkah Intervensi Kurikulum KPM

Sebagai langkah intervensi bagi menangani isu keciciran, KPM telah melaksanakan 4 langkah iaitu memperkenalkan:

  • Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) Edisi 3.
  • Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi.
  • Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mesra ibu bapa.
  • Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3.

Mengenai Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Dokumen penjajaran kurikulum ini dibuat sebagai penyusunan semula kandungan mata pelajaran sekolah rendah sedia ada.

Guru kemudiannya akan membuat pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dimana laporan tahap penguasaan PBD dipermudahkan manakala pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi semua mata pelajaran akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

Untuk membaca SOALAN LAZIM, sila rujuk : https://bit.ly/FAQintervensikurikulum

Muat Turun Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Guru dan ibu bapa boleh memuat turun dokumen ini mengikut mata pelajaran:

i) Bahasa Inggeris Tahap I

ii) Bahasa Melayu Tahap I SJK

iii) Bahasa Melayu Tahap I SK

iv) Matematik Tahap I

v) Matematik Tahap I Versi Bahasa Cina

vi) Matematik Tahap I Versi Bahasa Inggeris

vii) Matematik Tahap I Versi Bahasa Tamil

viii) Sains Tahap I

ix) Sains Tahap I Versi Bahasa Cina

x) Sains Tahap I Versi Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Apakah Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3?

Dokumen ini merujuk kepada dokumen mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap I sekolah rendah yang dikemas kini dan disusun semula kandungan kurikulumnya.

Mengapakah Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3 dihasilkan?

Dokumen ini dihasilkan untuk menangani isu kandungan yang dikatakan tinggi dan padat serta keciciran pembelajaran dalam kalangan murid Tahap I untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bagaimanakah pengemaskinian Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3 dilaksanakan?

Dokumen ini dikemas kini dengan menggabungkan beberapa Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Kandungan (SK), serta menggunakan istilah yang lebih mudah difahami pada SP. Kandungan kurikulum disusun dalam tiga lajur utama iaitu SK, SP dan catatan. Catatan ini disediakan sebagai panduan kepada guru bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan
penguasaan konsep asas dan menggalakkan kemahiran berfikir. Kaedah pembelajaran berasaskan projek juga dicadangkan dalam ruang catatan untuk membantu murid mempelajari topik-topik tertentu.

Adakah Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3 disediakan untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah?

Buat masa ini, dokumen ini disediakan untuk mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap I sahaja.

Adakah semua guru mesti menggunakan Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3?

Tidak. Guru boleh memilih untuk menggunakan Dokumen Kurikulum Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) yang sedia ada atau Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3.

Adakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berubah sekiranya guru menggunakan Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3?

Tidak. Kaedah PBD kekal sebagaimana dalam Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi 2.

Bilakah Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3 boleh digunakan?

Dokumen ni boleh digunakan mulai Sesi Akademik 2024/2025.

Adakah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) masih dikekalkan dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3?

Ya. Dokumen ini masih menerapkan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi dengan menggunakan istilah yang lebih mudah difahami.

Sumber: http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/lain-lain/category/551-dokumen-penjajaran-kurikulum-kssr-semakan-2017-edisi-3

Baca juga: Intervensi Kurikulum KPM : 5 Inisiatif Utama & Pelaksanaan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut