Doa Bangun Tidur Mengikut Ajaran Rasulullah SAW

Doa Bangun Tidur Mengikut Ajaran Rasulullah SAW

Tidur adalah salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Ia adalah waktu di mana tubuh dan fikiran kita boleh berehat sejenak setelah melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. 

Tahukah anda, selain membaca doa sebelum tidur agar dilindungi dan dirahmati Allah SWT, kita juga dianjurkan untuk membaca doa bangun tidur apabila bangkit daripada tidur. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Doa Sebelum Tidur – Bacaan Rumi, Maksud & Sunnah Rasulullah

Doa Bangun Tidur

Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bangun tidur, baginda mengucapkan:

الحَمْدُ لِلهِ الًّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Rumi: Alhamdulillahilladzii Ahyaana Ba’da Maa Amatana Wailaihi Nusyur 

Maksud: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali. – (HR. Bukhari: 5837)

Doa Bangun Tidur Mengikut Ajaran Rasulullah SAW

Selain doa bangun tidur yang ringkas ini, terdapat satu lagi doa bangun tidur versi panjang seperti di bawah:

الْحَمْدُ للهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْعُظْمَةُ وَالسُّلْطَانُ ِللهِ وَالْعِزَّةُ وَالْقُدْرَةُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مَحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. أَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ نَحَيَا وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ. أَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَبْعَثَنَا فِى هَذَا الْيَوْمِ إِلَى كُلِّ خَيْرٍ وَنَعُوْذُ بِكَ أَنْ نَجْتَرِحَ فِيْهِ سُوْأً أَوْنجْرِهِ إِلَى مُسْلِمٍ أَوْ يُجْرِهِ أَحَدٌ إِلَيْنَا. نَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا فِيْهِ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ.

Maksud: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNyalah kami kembali. Aku memasuki pagi, sedang kekuasaan tetap hanyalah milik Allah, kemuliaan dan kekuasaan milik Allah pula. (Dialah) Tuhan seru sekalian alam. Aku menyongsong pagi dengan kesucian Islam dan dengan kalimat ikhlas (syahadat) serta dengan agama (yang dibawa) Nabi Muhammad SAW. Juga dengan agama bapa kami Ibrahim dengan berserah diri, serta bukanlah kami termasuk golongan orang-orang musyrik. Ya Allah dengan-Mu lah kami memasuki pagi dan petang, dengan-Mu lah kami hidup dan mati dan kepada-Mu lah kami kembali. Ya Allah kami mohon bangkitkanlah kami di hari ini pada kebaikan. Dan kami berlindung kepadamu dari mengerjakan keburukan atau mempekerjakan orang islam pada keburukan dan dipekerjakan orang untuk keburukan. Aku meminta kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada di dalamnya serta memohon perlindungan dari kejelekan hari ini dan kejelekan yang ada di dalamnya.

Selain membaca doa bangun tidur, Nabi Muhammad SAW juga membaca:

  • Membaca takbir (Allahu Akbar) sebanyak 10 kali
  • Memuji kepada Allah (Alhamdulillah) sebanyak 10 kali
  • Membaca tasbih (Subhanallah) sebanyak 10 kali
  • Membaca tahlil (La Ilaha ilallah) sebanyak 10 kali
  • Membaca istighfar (Astagfirullahaladzim) sebanyak 10 kali

Huraian

Membaca doa bangun tidur adalah salah satu cara untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Allah atas nikmat tidur yang diberikanNya. Ia juga sebagai tanda pujian kepada Allah yang Maha Berkuasa ke atas makhluknya. 

Doa selepas bangun tidur mengingatkan diri akan hari kiamat dan kebangkitan setelah mati. Allah lah yang berhak mematikan dan membangkitkan kita semula.

Selain itu, doa ini juga merupakan permohonan perlindungan dari Allah SWT dari segala gangguan dan godaan syaitan. 

Adab Bangun Tidur

Doa Bangun Tidur Mengikut Ajaran Rasulullah SAW

Selepas bangun daripada tidur, kita disunnahkan membasuh tangan. Hal ini kerana kita tidak tahu semasa tidur, tangan kita bergerak ke mana sahaja. Kadangkala tangan kita akan menyentuh bahagian-bahagian anggota badan yang sulit.

“Jika salah seorang dari kalian berwudhu hendaklah dengan memasukkan air ke dalam hidung, barangsiapa beristinja’ dengan batu hendaklah dengan bilangan ganjil. DAN  JIKA salah seorang dari KALIAN BANGUN DARI TIDURNYA, hendaklah MEMBASUH KEDUA TELAPAK TANGANNYA sebelum memasukkannya dalam bekas air wudhuknya, sebab salah seorang dari kalian tidak tahu ke mana tangannya bermalam.” 

(HR. Bukhari: 157) 

Di samping itu, Rasulullah juga akan membasuh hidungnya setelah bangun tidur dan hembuskan sebanyak 3 kali kerana di situ syaitan bermalam.

“Apabila salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya maka hendaklah dia beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) tiga kali, kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.” 

(HR. Muslim: 351)

Antara adab lain yang boleh diamalkan ialah:

  • Membersihkan diri sejurus bangun tidur terutamanya selepas bangun pagi. 
  • Mengemaskan katil dengan rapi. 
  • Segera bangun daripada katil dan menghidupkan waktu pagi dengan aktiviti berfaedah.

Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.

Sumber:

  1. Apabila Rasulullah SAW Bangun Tidur. Dr. Rozaimi Ramle
  2. Doa Tidur (Sebelum dan Selepas Bangun) Untuk Amalan Harian. Taqwa.my
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!