SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2025 & TARIKH CUTI AWAL MUHARAM 1447 H DI MALAYSIA
Bulan Muharam adalah permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah.
Awal Muharram atau Maal Hijrah dan amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
KISAH HIJRAH RASULULLAH SAW
Sambutan Maal Hijrah setiap tahun mengingatkan Umat Islam kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari kota Mekah ke Madinah.
Berikut dikongsikan infografik kisah hijrah Rasulullah SAW untuk renungan kita semua.
Sempena sambutan Maal Hijrah 1447H, hayati peristiwa hijrah baginda SAW bukan sekadar perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi merupakan suatu iktibar sebagai perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik.
Tarikh Cuti Umum Awal Muharam / Maal Hijrah Malaysia 2025
Menurut kalendar / takwim JAKIM, tarikh Awal Muharram 2025 atau Maal Hijrah 1447H di Malaysia adalah pada 27 Jun 2025, bersamaan dengan hari Jumaat..
Tarikh ini merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan di mana semua negeri akan bercuti pada hari ini.
Di sini kami lampirkan kalendar bagi bulan Jun 2025.
Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan berkaitan cuti Awal Muharam 2025 nanti.
Sila rujuk lampiran di bawah:
Sumber: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am
Logo Maal Hijrah
Berikut adalah pengertian di sebalik logo Maal Hijrah yang sering kita lihat:
- Kuning – Keagungan
- Biru – Persaudaraan
- Huruh ‘ha’ – Hijrah
- Putih – Fitrah manusia yang suci dan bersih
- Merah – Semangat perpaduan
- Bulatan – Melambangkan glob dunia. Ia dilingkari sarang labah-labah yang mengingatkan peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah
Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1447H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dipelihara Allah dan sentiasa dalam naunganNya.
Berikut adalah Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah (rujuk lampiran gambar)
Doa Akhir Tahun Hijrah (1446H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1446H bersamaan 26 Jun 2025 (Khamis).
Doa Awal Tahun Hijrah (1447H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 26 Jun 2025 (Khamis).