Ciri Ciri Autism Ada Pada Anak Normal, Parent Perlu Bezakan!

Ramai ibu bapa tidak tahu yang anak boleh menunjukkan ciri ciri autism seawal usia 6 bulan lagi!

Tahukah anda, ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ciri ciri autism yang perlu semua parent khususnya tahu.

Baca juga:

Apa itu autism?

ciri ciri autism

Autism berasal daripada perkataan “autos” yang bermaksud diri sendiri. Manakala “-isme” pula bermaksud satu aliran.

Dari segi bahasa, autism adalah seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.

Dari sudut perubatan, autism adalah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

What is Autism? | National Autistic Society

Jenis-jenis autism

Antara jenis autism yang biasa berlaku adalah seperti:

1. Autistic Disorder (klasik autism)

  • Juga dikenali sebagai autism rendah berfungsi untuk autism mendalam.
  • Menonjolkan sifat kelewatan bahasa yang ketara.
  • Kesukaran untuk bersosial dan berkomunikasi.
  • Tingkah laku yang tidak biasa.
  • Mempunyai masalah pembelajaran.
  • Mempunyai minat yang obsesif.

2. Sindrom Asperger (atypical autism)

  • Terletak pada spektrum autism yang lebih ringan.
  • Berhadapan dengan cabaran sosial dan tingkah laku yang tidak biasa serta berulang.
  • Sering mempunyai minat terhadap topik tertentu pada jangka masa yang lama.
  • Mungkin tidak ada masalah bahasa atau kecatatan intelektual tetapi beberapa bahagian perkembangan bahasa mungkin terjejas.
  • Sukar untuk memahami gurauan atau bahasa kiasan.
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang yang memerlukan logik, memori dan kreativiti.

3. Pervasive Developmental Disorder

  • Tiada spesifikasi tertentu.
  • Mengambil kira semua kanak-kanak yang mengalami autism yang lebih teruk berbanding Sindrom Asperger, tetapi tidak seteruk gangguan autistik.

Punca autism pada kanak-kanak

Secara umumnya, tidak ada kajian yang menunjukkan punca sebenar autism berlaku. Namun masalah ini dikaitkan dengan faktor genetik, persekitaran dan biologi.

Ciri ciri autism pada anak

Ciri ciri autism pada seorang anak boleh dikenal pasti dengan beberapa simptom.

Ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu kesukaran bersosial, kesukaran bercakap dan berbahasa, kesukaran berkomunikasi secara bukan lisan, dan bersikap tidak fleksibel.

ciri ciri autism

Ciri ciri autism kesukaran bersosial:

  • Tidak tertarik dengan perkara di sekeliling.
  • Mempunyai masalah memahami perasaan atau bercakap tentangnya.
  • Tidak suka disentuh, dipegang atau dipeluk.
  • Tidak berkongsi minat atau pencapaian dengan orang lain.
  • Tidak tertarik dengan perkara di sekeliling.
  • Kelihatan tidak memberi perhatain apabila orang lain bercakap.
  • Tidak tahu bagaimana untuk berhubung serta bermain dengan orang lain atau berkawan.
ciri ciri autism

Ciri ciri autism kesukaran bercakap dan berbahasa:

  • Kesukaran menyampaikan keperluan atau kehendak.
  • Menjawab soalan dengan mengulanginya, dan bukan menjawabnya.
  • Tidak memahami jenaka dan sindiran.
  • Tidak memahami arahan, pernyataan atau soalan mudah.
  • Bercakap dalam nada suara yang tidak normal, atau dengan nada yang ganjil.
  • Kerap mengulangi perkataan atau frasa yang sama. Selalunya tanpa niat untuk berkomunikasi.
  • Membuat kesilapan tatabahasa dan menggunakan perkataan yang salah ketika bercakap.

Ciri ciri autism kesukaran berkomunikasi secara bulan lisan:

  • Tidak memahami ekspresi wajah, nada suara dan gerak tubuh orang lain.
  • Jarang membuat gerak isyarat dan kelihatan dingin atau seperti robot.
  • Menggunakan ekspresi muka yang tidak padan dengan apa yang dikatakannya.
  • Mengelak pandangan dengan orang lain.
  • Postur badan yang tidak normal, kelam kabut atau bergerak dengan aneh.
  • Tindak balas luar biasa terhadap ransangan, visual, bau, tekstur, dan bunyi.
ciri ciri autism

Ciri ciri autism bersikap tidak fleksibel:

  • Sukar untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan.
  • Mempunyai rutin yang tegar.
  • Mengulangi pergerakan yang sama berulang kali.
  • Terlalu minat kepada sesuatu topik yang khusus.
  • Meluangkan masa yang lama untuk menonton objek bergerak.
  • Kebergantungan kepada objek atau mainan.
10 Early Signs of Autism (UPDATED) | Autism Family

Ciri ruang mesra autism

Ruang Mesra Autism bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada mereka yang menghidap autism, malah, reka bentuk mesra autism ini dapat mewujudkan ruang pelbagai fungsi untuk menjadikannya inklusif untuk semua pengguna lain.

Berikut adalah 4 ciri ruang mesra autism yang berguna:

1. Akustik

Individu autism sangat sensitif terhadap bunyi. Jadi, untuk mewujudkan ruang mesra autism, kita boleh memasang penebat bunyi pada dinding untuk elak bunyi akustik yang terlalu agresif.

Penebat bunyi mampu menangkis hampir semua jenis bunyi kuat dan ia akan membuatkan sesebuah ruang itu lebih selesa.

2. Pencahayaan

Cahaya dan warna boleh mempengaruhi emosi, tingkah laku dan tingkah laku kognitif individu autism. Warna yang berbeza mempunyai kesan yang berbeza terhadap mereka.

Misalnya, warna lembut seperti warna pastel mampu buat mereka tenang. Elakkan juga dari guna warna dan lampu yang terang seperti merah, kuning, dan oren.

3. Penyusunan ruang

Ruang yang teratur lebih mudah diproses oleh minda individu autism. Jadi, pastikan ruang yang disediakan mempunyai susunan yang kemas dan tersusun.

Barang-barag yang tidak penting perlu disimpan supaya ruang tidak kelihatan sempit.

4. Perabot

Perabot yang digunakan juga perlu mempunyai buatan yang kemas dan mudah dibersihkan.

Hal ini kerana, segelintir individu autism bersifat kompulsif. Perabot juga perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti bucu yang berkusyen dan tidak tajam.

Adakah anak autism boleh kembali normal?

Autism tidak boleh sembuh tetapi hanya boleh dikurangkan simptom tersebut melalui intervensi, terapi, adapatasi, atau modifikasi.

Mereka yang menghidap autism perlu hidup dengan penyakit tersebut sehingga dewasa.

Namun begitu, kanak-kanak autism pada tahap ringan berpeluang untuk mencapai tahap perkembangan normal seperti kanak-kanak lain sekiranya mendapat rawatan multidisiplin seawal usia dua hingga tiga tahun.

Manakala kanak-kanak autism pada tahap sederhana dan teruk pula, kebiasaannya adalah sukar untuk mencapai tahap perkembangan normal.

Rawatan untuk ciri ciri anak autism

Dari sudut perubatan belum ada lagi ubat yang boleh merawat autism 100%. Biasanya, kanak-kanak autism ini memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang berbeza.

Ia penting bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.

Salah satu terapi yag membantu kanak-kanak ini adalah terapi bahasa dan pertuturan serta terapi carakerja.

Terapi bahasa dan pertuturan membantu kanak-kanak autism untuk:

  • Berkomunikasi secara lisan dan bukan secara lisan.
  • Memahami komunikasi lisan dan non-verbal orang lain.
  • Memulakan komunikasi secara spontan.
  • Mengucapkan kata-kata dengan baik.
  • Membangunkan kemahiran perbualan sosial yang sesuai.
  • Berkomunikasi, bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Manakala terapi carakerja pula merangkumi beberapa silibus iaitu terapi integrasi sensori (sensory integration therapy), Perceptual motor skills, Sensory-motor skills, Intervensi tingkah laku (behavioural intervention), Social story (Kaedah bercerita), Latihan pengurusan aktiviti harian (self-help skills training), Latihan kemahiran sosial (social skills training), Kemahiran bermain (Play therapy), Intervensi untuk masalah hiperaktif dan kurang daya tumpuan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ciri ciri autism dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Characteristics of Autism Spectrum Disorder (ASD). About Kids Health
  2. What Are the Characteristics of Autism? Ally Pediatric
  3. Common Behavior Characteristics of Individuals with Autism Spectrum Disorder (ASD). Texas Health and Human Services
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!