Permohonan Bantuan RM600 PERKESO (COVID19) Bagi Pekerja Terjejas

Bagi memberi sokongan kepada para majikan dan pekerja yang terjejas gara-gara COVID-19, bantuan RM600 PERKESO telah dilaksanakan melalui Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program – ERP).

Program ini telah diumumkan dalam perutusan khas oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 bagi memperkukuhkan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Berikut adalah info lanjut tentang ERP / bantuan RM600 PERKESO ini beserta syarat kelayakan, cara memohon dan tempoh penerimaan bayaran.

Baca juga: Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional

Program Pengekalan Pekerjaan PERKESO (Employment Retention Program)

Program ini yang dilaksanakan oleh PERKESO akan membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) kepada pekerja yang terlibat bagi tempoh antara 1 hingga 6 bulan mengikut tempoh notis CTG daripada majikan tersebut.

Langkah ini secara tidak langsung merupakan salah satu perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja apabila kehilangan sumber pendapatan kesan daripada keadaan luar jangka (kesan Covid-19) untuk meneruskan kelangsungan kehidupan mereka dan keluarga.

Para pekerja juga boleh mengeluarkan RM500 sebulan melalui program i-Lestari KWSP.

Syarat Kelayakan Bantuan RM600 PERKESO (COVID-19)

ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :

  1. Semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan SIP.
  2. Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja.
  3. Majikan yang melaksanakan CTG (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020).

*Nota:

Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.

Kadar Bayaran & Tempoh Layak

Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.

Kadar bayaran bantuan kewangan adalah bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat.

Sekiranya tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.

Cara Permohonan Bantuan RM600 PERKESO (COVID-19)

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Pendekatan ini adalah untuk memastikan semua pekerja yang terlibat dapat dibantu secara menyeluruh dan tidak timbul pekerja yang terkecuali.

Pendekatan ini juga dilihat sebagai kaedah yang paling berkesan dan tempoh proses pengesahan dan pembayaran dapat disingkatkan.

Berikut adalah langkah membuat permohonan bagi bantuan ERP PERKESO.

1. ISI BORANG PERMOHONAN

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERPC-19 dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat.

Muat turun borang ERPC-19 di SINI.

Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Warganegara Malaysia (No KPPPN) (Hi)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

2. HANTAR BORANG

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel [email protected].

Borang yang lengkap boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

3. TERIMA BAYARAN

Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERP daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan dari tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO.

Majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.

Faedah SIP Bagi Pekerja Yang Tidak Dipanggil Bekerja Semula Selepas Tamat Notis Cuti Tanpa Gaji

Bagi pekerja yang masih tidak dipanggil bekerja semula selepas notis CTG tamat, pekerja tersebut hendaklah menganggap beliau telah kehilangan pekerjaan dan layak menuntut Faedah SIP ( Sistem Insurans Pekerjaan ).

Antara faedah kehilangan pekerjaan termasuklah program penempatan semula pekerjaan dan program latihan kemahiran di mana yuran latihan dan elaun menjalani latihan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.

Pekerja yang diberhentikan juga boleh mendaftar dengan EISJobs Portal eisjobs.perkeso.gov.my untuk mencari pekerjaan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, layari laman web rasmi PERKESO di alamat berikut: https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/kenyataan-media

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan persoalan anda menerusi email ke [email protected] ATAU melalui www.facebook.com/perkeso.official

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!