Kerajaan Sarawak menyediakan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) sebanyak RM1,800 kepada waris yang layak dan bantuan ini boleh dipohon menerusi https://service.sarawak.gov.my/…/home/sla_view/211/847/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.
Mengenai Bantuan Ihsan Kematian (BIK)
Bantuan Ihsan Kematian (BIK) merupakan inisiatif kerajaan Sarawak yang menyediakan bantuan kewangan kepada waris pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) yang layak apabila mereka meninggal dunia.
Bantuan ini juga dikenali sebagai ‘BIK’ adalah eksklusif untuk rakyat Sarawak di mana penerima akan diberikan bantuan apabila pemegang kad yang layak meninggal dunia.
Tujuan utama BIK adalah meringankan beban kewangan keluarga dalam menguruskan perbelanjaan pengebumian.
Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak dalam menjaga kebajikan warga emas dan keluarga mereka.

Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan adalah sebanyak RM1,800 kepada waris yang layak.
Syarat Kelayakan
Untuk layak menerima Bantuan Ihsan Kematian (BIK), syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
- Waris pemegang KGC yang meninggal dunia: Waris sah kepada pemegang KGC layak memohon bantuan ini.
- Pemegang KGC yang tidak menerima faedah kematian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Bagi pesara kerajaan yang sudah menerima faedah kematian daripada JPA, BIK tidak akan diberikan.
- Pemegang KGC yang bukan penghuni institusi kerajaan: Pemegang KGC yang menetap di institusi kerajaan tidak layak untuk BIK.
- Permohonan dibuat dalam tempoh 4 bulan (120 hari) selepas kematian: Waris perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh ini untuk melayakkan diri menerima bantuan.
Artikel berkaitan: Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas
Dokumen Sokongan yang Diperlukan
Permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) memerlukan dokumen sokongan berikut:
- Salinan dan Sijil Asal Kematian Pemegang KGC
- Salinan nombor akaun bank waris berdaftar
- Salinan kad pengenalan/passpot waris berdaftar untuk bukan warganegara Malaysia.
Cara Permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK)
Permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) boleh dibuat melalui pautan https://service.sarawak.gov.my/…/home/sla_view/211/847/.
Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan ini dan pastikan semua dokumen sokongan disediakan dan lengkap.
Soalan Lazim
BIK ialah inisiatif kerajaan Sarawak yang menyediakan bantuan kewangan kepada waris pemegang KGC yang layak apabila mereka meninggal dunia.
Jumlah bantuan adalah sebanyak RM1,800 yang akan dibayar kepada waris.
Bantuan ini dibuka kepada:
– Waris berdaftar pemegang KGC
– Si mati tidak menerima faedah kematian JPA
– Bukan penghuni institusi kerajaanÂ
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://service.sarawak.gov.my/…/home/sla_view/211/847/.
Permohonan bantuan ini adalah percuma.
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Kematian (BIK), sila hubungi:
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak: +6082-449577 / 444139
- Kunjungi pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat semasa waktu pejabat.
Baca juga: SarawakPass – Daftar, Log Masuk, Semak Bantuan Sarawak




