Badminton Asia Championship 2026 ialah kejohanan badminton peringkat antarabangsa yang dianjurkan di Ningbo, China dari 7 April hingga 12 April 2026. Untuk mengikuti keputusan terkini, jadual perlawanan, dan maklumat lanjut, layari laman rasmi BWF atau BWF Match Centre.
Kejohanan berprestij ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai sebanyak USD 550,000 (RM2.6 juta)
Bagi peminat badminton di Malaysia, anda juga boleh menonton siaran langsung dan live streaming Badminton Asia Championship 2026 melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan.
Jadual Badminton Asia Championship 2026 (10 April)
Berikut merupakan jadual atlet Badminton Malaysia dalam kejohanan badminton Terbuka India 2026 hari ini: SUKU AKHIR (JUMAAT)
COURT 1 – 11.00 AM
Chen Tang Jie / Toh Ee Wei (MAS) Vs Kim Jae Hyeon / Jang Ja Jeong (KOR)
COURT 1 – 5.40 PM
Pearly Tan / M.Thinaah (MAS) Vs Li Yi Jing / Luo Xu Min (CHN)
COURT 1 – 6.30 PM
Aaron Chia / Soh Wooi Yik (MAS) Vs Kang Min Hyuk / Ki Dong Ju (KOR)

Latarbelakang Badminton Asia Championship 2026

Badminton Asia Championship 2026 merupakan salah satu kejohanan badminton peringkat benua yang paling berprestij di Asia, menghimpunkan pemain-pemain terbaik dari seluruh rantau ini untuk bersaing merebut kedudukan tertinggi dalam ranking dunia menjelang kejohanan global utama.
Edisi 2026 menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD 550,000, sekali gus menjadikannya antara kejohanan yang kompetitif dan bernilai tinggi dalam kalendar badminton antarabangsa.
Kejohanan ini dianjurkan oleh badan induk Badminton Asia dan sebelum ini dikenali sebagai Asian Badminton Championships sehingga tahun 2006.
Objektif utama penganjurannya adalah untuk menobatkan pemain badminton terbaik di Asia dalam pelbagai kategori, termasuk perseorangan dan beregu lelaki serta wanita.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1962, kejohanan ini telah berkembang menjadi platform penting bagi pemain Asia untuk membuktikan kehebatan mereka di pentas antarabangsa.
Dari segi sejarah penganjuran, kejohanan ini pada awalnya menggabungkan format pertandingan berpasukan dan individu.
Namun, sejak tahun 1991, ia mula dianjurkan secara tahunan dengan fokus yang lebih konsisten.
Format acara berpasukan kemudiannya dimansuhkan selepas tahun 1994, menjadikan kejohanan ini lebih tertumpu kepada pertandingan individu yang lebih relevan dengan sistem ranking dunia.
Tarikh & Lokasi
Badminton Asia Championship 2026 berlangsung pada ketetapan berikut:
- TARIKH: 7 – 12 April 2026
- LOKASI: Ningbo, China
Senarai Atlet Malaysia
Berikut ialah senarai atlet badminton Malaysia yang menyertai Badminton Asia Championship 2026:
Perseorangan Lelaki:
- Justin Hoh
- Leong Jun Hao
Perseorangan Wanita:
- K Letshanaa
- Wong Ling Ching
- Goh Jin Wei – Kelayakan
Beregu Lelaki:
- Aaron Chia-Soh Wooi Yik
- Man Wei Chong-Tee Kai Wun
- Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
- Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
Beregu Wanita:
- Pearly Tan-M. Thinaah
- Ong Xin Yee-Carmen Ting
- Chong Jie Yu-Vanessa Ng – Kelayakan
- Low Zi Yu-Noraqilah Ramdan – Kelayakan
Beregu Campuran:
- Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
- Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
- Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
- Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
LIVE STREAMING Badminton Asia Championship 2026
Perlawanan siaran langsung boleh ditonton di TVS:
- TVS 122 MYTV, Unifi TV dan Astro
- Livestream di YouTube & Facebook TVS Entertainment
- Strim live HD di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire
Atau, anda boleh juga tonton di saluran di platform berikut:
- Live TV: Astro Badminton
- Live Streaming: BWF TV YouTube Channel
Keputusan Perlawanan Terkini
Berikut adalah keputusan terkini Badminton Terbuka Thailand untuk perlawanan (10 April 2026):
Keputusan Hari Keempat | Suku Akhir
| Pemain Malaysia | Keputusan | Lawan | Kategori | Skor Set |
|---|---|---|---|---|
| Chen Tang Jie / Toh Ee We | 0-2 | Kim Jae Hyeon / Jang Ja Jeong | XD | 19-21, 17-21 |
| Pearly Tan / M. Thinaah | 0-2 | Li Yi Jing / Luo Xu Min | WD | 13-21, 15-21 |
| Aaron Chia / Soh Wooi Yik | 1-2 | Kang Min Hyuk / Ki Dong Ju | MD | 19-21, 28-26, 13-21 |
Maklumat Lanjut
Untuk perkembangan terkini kejohanan Badminton Asia Championship 2026, sila layari laman web rasmi BWF.
Selain itu, anda boleh ikuti halaman-halaman Facebook berikut yang aktif mengumumkan perkembangan terkini atlet-atlet Malaysia dalam sukan badminton:
Soalan Lazim Badminton Asia Championship 2026
Badminton Asia Championship 2026 ialah kejohanan badminton peringkat Asia yang menghimpunkan pemain terbaik dari seluruh benua untuk bersaing merebut gelaran juara serta meningkatkan ranking dunia.
Kejohanan Badminton Asia Championship 2026 berlangsung selama lima hari, bermula dari 7 hingga 12 April 2026.
Edisi 2026 berlangsung di Ningbo, China, seperti yang dinyatakan dalam penganjuran rasmi kejohanan.
Jumlah hadiah keseluruhan bagi Badminton Asia Championship 2026 ialah sebanyak USD 550,000, bersamaan kira-kira RM2.6 juta.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Badminton Asia, iaitu badan induk yang mengawal selia sukan badminton di rantau Asia.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah:
Perseorangan lelaki
Perseorangan wanita
Beregu lelaki
Beregu wanita
Beregu campuran
Baca juga: Kejohanan Piala Emas Khir Johari: Harga Tiket & Senarai Pasukan




