Aplikasi Nusuk: Platfom Perkhidmatan Jemaah Haji & Umrah

aplikasi nusuk
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Untuk bakal jemaah Haji dan Umrah yang bakal mengerjakan ibadah ini di Tanah Suci, anda perlu mengetahui cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Nusuk yang dilancarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Apakah maksud dan kegunaan aplikasi ini?

Mengenai Aplikasi Nusuk

Aplikasi Nusuk merupakan platform digital rasmi yang diperkenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk memudahkan perancangan dan pengurusan perjalanan ibadah Haji dan Umrah.

Aplikasi ini menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk permohonan eVisa, tempahan hotel dan penerbangan, penyelarasan pengangkutan, serta panduan pelaksanaan ritual di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Sebelum ini, terdapat ramai jemaah Haji atau Umrah yang perlu melayari pelbagai laman web, agensi pelancongan, dan pejabat di darat untuk menyelaraskan tempahan, lesen, rancangan perjalanan, dan lain-lain.

Dengan adanya aplikasi ini, ia boleh membantu dalam memastikan jemaah haji dapat membuat persiapan dan menumpukan perhatian kepada ibadah mereka.

Fungsi Aplikasi Nusuk

Terdapat beberapa fungsi aplikasi ini seperti:

  • Permit Masuk Raudhah: Permohonan permit masuk ke Raudhah (di Masjid Nabawi, Madinah) bagi jemaah lelaki dan wanita.
  • Permit Umrah: Memohon permit untuk menunaikan ibadah umrah.
  • Pengurusan Visa: Memudahkan urusan permohonan visa umrah dan visa pelancong.
  • Tempahan Slot Ibadah: Membuat tempahan slot masa untuk solat di Raudhah dan ziarah.
  • Peta & Panduan: Menyediakan peta interaktif dan maklumat tapak-tapak suci di Makkah dan Madinah.
  • Perkhidmatan Lain: Menyediakan akses kepada lebih 100 fungsi untuk memperkaya pengalaman jemaah, termasuk kemudahan pengangkutan dan maklumat perkhidmatan di sekitar dua masjid suci. iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ciri-Ciri Aplikasi

Terdapat beberapa ciri aplikasi ini iaitu:

  • Perancangan Perjalanan: Membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan menyediakan maklumat mengenai penginapan, pengangkutan, dan jadual ibadah.
  • Permohonan eVisa: Memudahkan proses permohonan visa elektronik untuk memasuki Arab Saudi bagi tujuan Haji dan Umrah.
  • Tempahan Perkhidmatan: Membolehkan pengguna menempah hotel, penerbangan, dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan perjalanan ibadah mereka.
  • Panduan Ibadah: Menyediakan panduan langkah demi langkah untuk melaksanakan Haji dan Umrah dengan betul.
  • Maklumat Terkini: Memberikan kemas kini terkini mengenai peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan ibadah Haji dan Umrah.

Cara Muat Turun & Mendaftar

Untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Muat Turun Aplikasi:

  1. Untuk pengguna Android, aplikasi Nusuk boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Untuk pengguna iOS, aplikasi ini tersedia di App Store.

2. Pendaftaran Pengguna Baharu:

  1. Buka aplikasi dan pilih pilihan untuk mendaftar sebagai pengguna baharu.
  2. Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan, termasuk nombor pasport, kewarganegaraan, dan tarikh lahir.
  3. Ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi Nusuk?

Aplikasi Nusuk merupakan platform digital rasmi yang untuk memudahkan perancangan dan pengurusan perjalanan ibadah Haji dan Umrah.

Apakah perkhidmatan yang boleh diperoleh menerusi aplikasi ini?

Terdapat pelbagai perkhidmatan menerusi aplikasi ini seperti permohonan eVisa, tempahan hotel dan penerbangan, penyelarasan pengangkutan, serta panduan pelaksanaan ritual di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Adakah saya boleh mendapatkan Kad Nusuk secara digital menerusi aplikasi ini?

Ya. Kad Nusuk digital boleh diperolehi menerusi aplikasi ini.

Adakah saya perlu menggunakan aplikasi ini untuk memasuki Raudhah?

Ya. Aplikasi ini untuk melakukan ibadah di dalam Raudhah.

Jika saya ingin mengetahui peraturan dan garis panduan mengenai ibadah Haji atau Umrah, adakah saya boleh menggunakan aplikasi ini?

Ya. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk mengetahui peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan ibadah Haji dan Umrah.

Info Lanjut

Info lanjut, sila layari laman web Tabung Haji iaitu https://www.tabunghaji.gov.my/.

Baca juga: Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut