BPR 2021: Download, Isi & Kemaskini Permohonan Online

bpr 2021
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menurut info dari Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican, permohonan BPR akan dibuka sebelum penghujung bulan Januari 2021 nanti.

Terkini, portal rasmi BPR telah beroperasi sepenuhnya di bpr.hasil.gov.my

Pemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Sekiranya anda penerima BSH 2020 atau BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan sahaja.

Jumlah bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:

Isi rumah berpendapatan <RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800

Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200

Bujang berpendapatan <RM2,500

  • 21 tahun ke atas RM350

BPR Bantuan Prihatin Rakyat

Bantuan ini bakal memanfaatkan 8.1 juta orang membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH.

Beliau berkata, kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,000 dan RM5,000.

“Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula akan menerima bantuan RM350.

“Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun,” katanya.

Perlu diingatkan, penerima BPR sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah skim MySalam yang menyediakan bantuan RM8,000 sekiranya didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Jumlah Bantuan

Syarat Kelayakan

Berikut syarat kelayakan BPR 2021 mengikut kategori.

syarat kelayakan bpr

Isi Rumah

Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap diMalaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yangtinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memilikipengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/ MyKAS)

Anak (jika mempunyai anak)

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  • Had umur; 7 tahun dan ke bawah; atau 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

Bujang

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur: 21 tahun hingga 59 tahun; atau 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

Cara Memohon BPR 2021

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/

Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan.

Hanya pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat permohonan baru.

Borang Permohonan BPR

Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang di bawah:

Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi bpr.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Soalan Lazim

Bilakah permohonan BPR akan dibuka?

Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Berapakah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat?

Bergantung kepada kategori. Maksimum sehingga RM1,800.

Sebagai penerima BSH adakah saya layak?

Ya. BPR adalah untuk menggantikan BSH sebelum ini. Jadi semua penerima BSH layak menerima BPR 2021.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?

Belum diumumkan lagi. Sedang dikemaskini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut