Nama Zainal Rashid Ahmad sudah tidak asing lagi dalam dunia kewartawanan dan penulisan sastera di Malaysia.
Namun, baru-baru ini nama ini telah membawa gelombang baru kepada masyarakat Malaysia untuk lebih cakna akan isu kemanusiaan yang berlaku di bumi Palestin sekaligus lebih memahami dan mencintai sejarah dunia.
Artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam gerakan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad.
Baca lagi: Greta Thunberg – Biodata Aktivis Global Sumud Flotilla

Latar Belakang
| Nama | Haji Zainal Rashid bin Ahmad |
| Nama Panggilan | Zainal Rashid Ahmad, Haji Zainal, ZRA |
| Tarikh Lahir | 30 Jun 1967 |
| Tempat Lahir | Alor Setar, Kedah |
| Pendidikan | Universiti Sains Malaysia (USM) |
| Pekerjaan | Wartawan dan penulis |
| Akaun Media Sosial | Facebook @ZRASTRIM Youtube @ZRAStrims Tiktok @zrastim |
Kehidupan Peribadi
Zainal Rashid Ahmad telah pun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 4 orang anak (2 perempuan dan 2 lelaki).

Kerjaya & Profesional
Selama lebih daripada 26 tahun dalam dunia kewartawanan dan penyiaran, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) telah membina reputasi sebagai salah seorang tokoh media yang berpengaruh di Malaysia.
Kerjaya beliau bermula di Kumpulan Utusan pada tahun 1994 hingga 1996, di mana beliau mengasah kemahiran asas dalam bidang kewartawanan dan penulisan berita. Seterusnya, beliau berkhidmat di Astro dari 1996 hingga 1998, memperkukuh pengalaman dalam bidang penyiaran elektronik serta penghasilan kandungan televisyen.
Pada tahun 1999 hingga 2005, ZRA dilantik sebagai Pengurus Bilik Berita dan Penerbit Kanan program Edisi Siasat di NTV7, sebuah program penyiasatan yang terkenal pada zamannya.
Di bawah kepimpinannya, program tersebut mendapat sambutan luas dan dikenang sebagai antara rancangan paling berani serta berimpak dalam sejarah penyiaran tempatan.
Selepas itu, ZRA terus memperluas pengaruhnya apabila beliau mengasaskan Astro FM pada tahun 2006, bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Kreatif sehingga tahun 2010.
Di sini, beliau memberi tumpuan khas kepada penerbitan dokumentari berkualiti tinggi yang mengangkat isu sosial, budaya dan kemanusiaan.
Pada tahun 2010, ZRA menjadi salah seorang daripada tiga pengasas pertama TV Alhijrah, memegang jawatan Naib Presiden Kanan Penerbitan, Pemasaran dan Strategi Jualan Media.
Peranan beliau amat penting dalam membentuk identiti TV Alhijrah sebagai saluran televisyen Islam pertama di Malaysia yang berorientasikan nilai dakwah moden.
Sejak 2020 hingga kini, ZRA meneruskan sumbangannya dalam dunia media melalui ZRA STRIM, sebuah platform penstriman media baharu yang menumpukan kepada penghasilan kandungan digital dan dokumentari berimpak tinggi.
Usaha ini menandakan peralihan beliau ke era penyiaran moden yang sejajar dengan perkembangan teknologi dan trend media global.


Pencapaian Zainal Rashid Ahmad
Berikut adalah antara pencapaian Zainal Rashid Ahmad dalam bidang kewartawanan dan penulisan:
Kewartawanan:
- Sri Angkasa (Tragedi Takbai 2004)
- Anugerah Festival Filem Malaysia
- Anugerah Skrin (Laskar Senoi 2006)
- Ziarah Lubnan (Anugerah Media Pertahanan 2007)
Penulisan Buku & Karya Sastera:
- Al-Kisah (2012)
- Yang Tercinta (2012)
- Cerita Akhir Tahun (2012)
- Empunya Hikayat (2014)
- Hikayat Tanah Jauh (2015)
- Magis Kota (2015)
- Sepi Itu Mati (2016)
- Pop Urban (2017)
- Orang Sepi Pergi ke Gurun (2017)
- Latto Asmiranda’ (2017)
- Sekuntum Bunga Neraka (2019)
- Ahad yang Suram (2019)
- Cinta Merpati Musim Perang (2019)
- Dodoi Buat Kelasi yang Pasrah Pada Hidupnya (2019)
- Matinya Saksi yang Lupa Makan Malam (2020)
- Anekdot Jalanan (2023)
- Anekdot Kembara (2024)
- Pasar ke Pasar (2024)
- Anekdot Kenangan Jilid 1 (2025)
- Anekdot Kenangan Jilid 2 (2025)
Beli buku-buku ZRA di sini : Anekdot Kenangan, Anekdot Jalanan, Anekdot Kembara


Beli buku-buku ZRA di sini : Anekdot Kenangan, Anekdot Jalanan, Anekdot Kembara
Podcast Menarik Bersama ZRA
Baca lagi: Ardell Aryana – Biodata, Suami, Karier & Penglibatan Sumud Flotilla
Fakta Menarik Tentang Zainal Rashid Ahmad
- Zainal Rashid Ahmad telah menerima tujuh Hadiah Kewartawanan dan 46 anugerah sastera sepanjang kerjayanya, menjadikannya antara tokoh wartawan dan penulis paling berpengaruh di Malaysia.
- Beliau juga dikenali sebagai wartawan Malaysia pertama yang berjaya menyelinap masuk ke Israel dan Palestin bagi merakamkan kehidupan umat Islam di sana melalui dokumentari Majalah Tiga yang disiarkan pada tahun 2005.
- Zainal Rashid Ahmad telah bersiaran langsung tentang Palestin selama 731 hari tanpa henti di Facebook atau TikTok
- Sejak kecil, Zainal Rashid Ahmad dilahirkan dengan disleksia iaitu menghadapi kesukaran untuk membaca dan menulis. Namun kelemahan tersebut telah melahirkan beliau seorang yang mampu berfikir di luar kotak dan mengingati apa yang sahaja yang dibaca atau didengarnya.
- Beliau pernah dibuang sekolah kerana bergaduh sesama pelajar dan mendapat keputusan SPM Gred 3.
- Sejak muda, beliau banyak dikelilingi dan bergaul dengan nama-nama besar hari ini seperti Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara), Zaen Kasturi (Tokoh Sastera Malaysia), Nasir Jani, U-Wei Haji Saari, dan ramai lagi.
- Rakan-rakan wartawan dan individu yang mengenalinya mengelar Zainal Rashid Ahmad sebagai “Perpustakaan Bergerak” atau “Ensiklopedia Bergerak”.
- Beliau bersama anak perempuannya, Ilham Fansuri termasuk di antara aktivis yang menyertai misi pelayaran Global Sumud Flotilla.
Perjalanan karier Zainal Rashid Ahmad bukan sekadar kisah kejayaan dalam dunia kewartawanan, tetapi juga lambang keberanian dan tanggungjawab seorang insan terhadap kebenaran.
Dari bilik berita tempatan hingga ke bumi bergolak Palestin, beliau membuktikan bahawa tugas wartawan bukan sekadar melapor tetapi memperjuangkan suara mereka yang tertindas.
Sumber:
- Facebook @ZRASTRIM
- Aktivis Kemanusiaan Zainal Rashid Ahmad #ZRA. Malaysia Gazette




