UPSRA: Mata Pelajaran, Format Penilaian, & Jadual Peperiksaan

upsra
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) merupakan salah satu peperiksaan penting pelajar Tahun 6 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Peperiksaan ini menjadi salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan iaitu di Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA)

Mengenai UPSRA

Peperiksaan ini merupakan satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada murid Tahun 6.

Kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) yang bermula dari Tahun 4 sehingga Tahun 6.

Peperiksaan ini dijalankan di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) dibawah kelolaan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Peperiksaan ini berbeza dengan peperiksaan lain seperti Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) kerana UPKK merupakan peperiksaan untuk Tahun 5 yang digunakan untuk kemasukan ke sekolah khusus (sekolah berasrama aliran agama) atau KAA (kelas aliran agama di sekolah harian) untuk ke Tingkatan 1.

Mata Pelajaran UPSRA

Mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • BA 01 – Bahasa Arab
  • JW 02 – Jawi & Khat
  • FQ 03 – Feqah
  • AK04 – Akhlak
  • TH 05 – Tauhid
  • SR 07 – Sirah
  • AQ 08 – Al-Quran

Format Penilaian

Format penilaian bagi setiap mata pelajaran adalah seperti berikut:

Gred Penilaian

Gred penilaian untuk peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Mumtaz (Cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (Sangat baik)
  • Jayyid (Baik)
  • Maqbul (Lulus)
  • Musaadah (Perlu Bimbingan)

Jadual Peperiksaan

Jadual peperiksaan untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:

Mata PelajaranTarikhMasa
Bahasa Arab11 November (Isnin)2.30 petang – 4.00 petang
Feqah12 November (Selasa)2.15 petang – 3.45 petang
Jawi & Khat12 November (Selasa)4.10 petang – 5.40 petang
Tauhid13 November (Rabu)2.30 petang – 4.00 petang
Tajwid14 November (Khamis)2.15 petang – 3.45 petang
Akhlak14 November (Khamis)4.10 petang – 5.40 petang
Sirah15 November (Jumaat)2.30 petang – 4.00 petang

Info Lanjut

Info lanjut mengenai UPSRA, sila layari laman web https://jawi.gov.my/.

Baca juga: Sijil KAFA Menengah (SKM)- Semakan Peperiksaan SKM 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut