Apakah ubat migrain yang boleh anda ambil ketika mengalami simptom migrain dan tips untuk elak masalah ini berulang?
Mencari ubat migrain paling berkesan menjadi keutamaan bagi ramai pesakit.
Sama ada dalam bentuk ubat moden, rawatan semula jadi, atau perubahan gaya hidup, setiap individu yang menghidap migrain perlu mengenal pasti pilihan rawatan yang paling sesuai dengan keadaan mereka.
Di pasaran, terdapat pelbagai jenis ubat migrain yang boleh membantu melegakan gejala serta mencegah serangan migrain daripada berlaku dengan kerap.
Ubat-ubat ini merangkumi ubat tahan sakit biasa, ubat khusus untuk migrain seperti triptan, dan juga ubat pencegahan yang diambil secara berkala.
Selain rawatan moden, ada juga penghidap migrain yang memilih kaedah tradisional dan alternatif seperti urutan, akupunktur, atau pengambilan herba tertentu.
Walau bagaimanapun, pemilihan ubat migrain mestilah dilakukan dengan berhati-hati, sebaiknya di bawah nasihat doktor, bagi memastikan rawatan yang dipilih benar-benar berkesan dan selamat.
Artikel ini akan membincangkan lebih lanjut tentang pilihan jenis ubat migrain di farmasi dan tradisional serta kaedah rawatan terbaik untuk membantu pesakit mengawal keadaan ini.
Jom baca!
Baca juga:
Apa itu migrain?
Migrain sejenis penyakit yang lebih teruk dari sakit kepala biasa.
Ia boleh menyebabkan sakit kepala yang melemahkan dan berdenyut-denyut.
Bahkan dalam satu sisi anda boleh terbaring di atas katil selama beberapa hari.
Fasa sakit kepala migrain bisanya berlangsung sekurang-kurangnya empat jam, tetapi ia juga boleh bertahan selama beberapa hari.
Migrain merupakan sejenis sakit kepala yang lebih teruk dari sakit kepala biasa, sehingga boleh mengganggu aktiviti harian dan menjejaskan kualiti hidup seseorang.
Rasa sakit yang berdenyut-denyut, biasanya di sebelah kepala, disertai dengan gejala lain seperti loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya atau bunyi, menjadikan migrain satu keadaan yang amat menyeksakan.
Senarai ubat migrain
Umumnya, tiada ubat migrain yang khusus. Namun anda boleh merawat penyakit ini melalui kaedah seperti berikut:
- Mengambil ubat-ubatan
- Mengelakkan punca migrain
- Menggunakan ubat alternatif
Ubat untuk menghentikan migrain boleh diambil pada fasa pertama migrain menyerang.
Ia boleh menghentikan atau mengurangkan gejala migrain seperti loya, sensitiviti dan banyak lagi.
- Contohnya seperti :- Triptans (5-hydroxytryptamine), Ditans (lasmiditan), Gepants (rimegepant dan ubrogepant), Dihydroergotamine (prochlorperazine), dan ubat antiematik (metoclopramide).
Ubat pencegah migrain pula adalah ubat persediaan awal sebelum migrain menyerang.
Ubat ini juga boleh mengurangkan kekerapan dan keterukan migrain yang menjejaskan anda.
- Contohnya seperti :- Antiseizure (asid valproik, topiramate), Penyekat beta (atenolol , propranolol, nadolol), Penyekat saluran kalsium (verapamil), Antibodi monoklonal (erenumab, fremanezumab, galcanezumab), Antidepresan trisiklik (amitriptyline, nortriptyline, doxepin), Serotonin dan norepinephrine reuptake inhibitors (venlafaxine, duloxetine).
Anda juga boleh mendapatkan ubat migrain di farmasi untuk merawat simptom migrain ringan hingga sederhana.
Namun pastikan ubat tersebut mempunyai bahan utama dalam ubat penahan sakit seperti ibuprofen, aspirin, acetaminophen, naproxen, dan caffeine.
Alternatif lain yang boleh anda cuba untuk mengurangkan masalah migrain adalah seperti:
- akupuntur
- suntikan toksin botulinum jenis A (Botox®)
- vitamin, mineral atau herba seperti riboflavin (vitamin B2), magnesium, feverfew, butterbur atau co-enzyme Q10
- teknik relaksasi seperti yoga
*Sebelum mengambil sebarang ubat untuk migrain, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor, ahli farmasi, atau pembekal ubat dari segi dos ubat mengikut keadaan kesihatan dan umur.
Ubat migrain tradisional dan semula jadi
Rawatan ubat migrain bertujuan untuk melegakan simptom migrain dan mencegah serangan tambahan.
Namun anda sebenarnya boleh melakukan pelbagai cara semula jadi untuk merawat migrain termasuklah seperti:
- Tidur atau berehat dengan mata tertutup di dalam bilik yang sunyi dan gelap
- Letakkan kain sejuk atau pek ais di dahi
- Minum banyak air, terutamanya jika migrain disertai dengan muntah
- Lakukan urutan pada kulit kepala kerana ia membantu melegakan ketegangan dan tekanan serta melancarkan peredaran darah
- Malapkan lampu untuk kurangkan gejala migrain dari menyerang
- Elak dari suasana bising dan suara yang kuat
Cara elak migrain dari berulang
1. Perhatikan apa yang dimakan atau minum
Jika anda mengalami sakit kepala selepas makan atau minum, cuba tuliskan makanan atau minuman yang anda makan dan elak untuk memakannya pada masa akan datang.
2. Makan dengan kerap
Jangan sesekali “skip” waktu makan setiap hari bermula dari waktu pagi iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
3. Pakai penutup mata
Pakai penutup mata adalah kaedah yang terbaik boleh anda gunakan semasa ingin tidur untuk mendapatkan kualiti tidur yang terbaik dan tenang.
4. Kurangkan tekanan hidup
Setiap orang ada tekanan hidup yang tertentu.
Namun begitu anda perlu bijak dalam menanganinya agar ia tidak menyebabkan anda tertekan atau mengalami depression.
Contohnya dengan bersenam, bermeditasi, berdoa, meluangkan masa dengan orang yang anda sayangi dan melakukan perkara yang anda gemari.
5. Elak minum kafein
Pengambilan kafein secara harian boleh meningkatkan risiko migrain pada sesetengah orang.
Jika anda salah seorang daripada mereka, kurangkanlah pengambilan kafein dan gantikan dengan minuman yang lebih sihat.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pemilihan ubat migrain yang tepat memainkan peranan penting dalam membantu pesakit mengawal dan mengurangkan kekerapan serangan migrain.
Dengan pelbagai pilihan rawatan yang tersedia, termasuk ubat tahan sakit, ubat pencegah migrain, serta kaedah rawatan alternatif, setiap individu harus mengenal pasti apa yang paling berkesan mengikut keadaan mereka.
Apa yang penting, penggunaan ubat untuk migrain perlu dilakukan dengan bijak dan di bawah pemantauan doktor bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
Di samping itu, mengamalkan gaya hidup sihat, mengelakkan pencetus migrain, dan menguruskan tekanan juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada ubat.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat sakit kepala migrain dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Which Migraine Medications Are Most Helpful? Health Harvard
- Migraine Headaches. Cleveland Clinic