9 Punca Sakit Belakang Kepala Yang Anda Perlu Tahu

Adakah anda sering alami sakit belakang kepala? Ketika sakit ini menyerang, anda juga mungkin berasakan kesakitan yang menjalar sehingga ke tengkuk atau leher.

Mungkin anda musykil punca yang menyebabkan rasa sakit tersebut dan sama ada ia serius atau tidak.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, ayuh ikuti perkongsian kami.

9 Punca Sakit Belakang Kepala

Antara punca sakit belakang kepala secara ringkasnya adalah :

  1. Tension type headache
  2. Postur tubuh yang tidak baik
  3. Sakit kepala kluster
  4. Arthritis
  5. Saraf tersepit
  6. Pendarahan Subarakhnoid
  7. Migrain
  8. Giant Cell Arteritis
  9. Neuralgia Occipital

Baca penjelasan sepenuhnya di bawah:

1. Tension Type Headache

Tension type headache adalah jenis sakit kepala yang biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa. Pesakit biasanya akan alami sakit yang luar biasa di bahagian belakang kepala.

Punca atau ‘trigger’ bagi sakit tension type headache ini mungkin berbeza mengikut individu seperti stres, dehidrasi, dan cahaya.

2. Pendarahan Subarakhnoid

Sesetengah orang juga mungkin alami sakit kepala disebabkan kecederaan atau trauma di bahagian belakang kepala.

Untuk mengesahkan keadaan ini, pesakit perlu lakukan pemeriksaan CT scan kepala.

3. Migrain

Antara gejala migrain adalah denyutan di bahagian kiri sehingga ke belakang kepala serta rasa mual dan muntah. Migrain juga boleh dirasakan lebih kuat seiring dengan peningkatan umur.

Bagi orang dewasa, migrain boleh terjadi beberapa kali dalam tempoh seminggu, terutamanya bagi wanita dalam lingkungan usia antara 35 hingga 45 tahun.

4. Giant Cell Arteritis

Sakit belakang kepala akibat giant cell arteritis ini melibatkan pembuluh darah di bahagian occipital yang terletak di bahagian belakang kepala.

Masalah ini juga boleh merebak hampir seluruh pembuluh darah yang ada di tubuh seperti pembuluh darah bahagian mata dan kepala.

5. Neuralgia Occipital

Neuralgia occipital berlaku apabila saraf yang berada di bahagian belakang leher, tulang belakang sehingga ke paha mengalami iritasi atau kerosakan.

sakit belakang kepala

6. Postur Tubuh Yang Tidak Baik

Sekiranya anda mempunyai habit membentuk postur tubuh yang buruk, ia juga boleh menyumbang kepada masalah sakit belakang kepala serta leher.

Perkara ini berlaku kerana postur tubuh yang kurang baik ini boleh meningkatkan tekanan di bahagian belakang, bahu dan leher.

Sekiranya anda mempunyai sakit kepala disebabkan faktor ini, anda mungkin merasakan rasa sakit serta denyutan di tengkorak kepala.  

sakit belakang kepala

7. Sakit Kepala Kluster

Mungkin sakit kepala jenis ini jarang berlaku, namun ia boleh menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat di bahagian belakang kepala atau di salah satu sisi kepala.

Penyakit ini boleh berlaku pada masa tertentu dan boleh berlaku berkali-kali dalam sehari. Ia juga boleh berlarutan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

8. Arthritis

Rasa sakit belakang kepala boleh disebabkan oleh arthritis, iaitu masalah yang disebabkan oleh keradangan dan pembengkakan di leher dan kawasan sekitarnya.

Pesakit yang mengalaminya akan merasakan rasa sakit yang lebih teruk jika melakukan sebarang pergerakan.

Kesakitan yang dirasai itu boleh disebabkan oleh rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.

9. Saraf Tersepit

Saraf yang tersepit di tulang belakang boleh menyebabkan rasa sakit dan tekanan di bahagian leher.

Ini boleh menyebabkan sejenis sakit di bahagian kepala yang dikenali sebagai servikogenik.

Pesakit biasanya akan alami rasa sakit bermula dari bahagian belakang kepala sehingga ke bahagian belakang mata.

Antara simptom lain yang mungkin dialami adalah rasa kurang selesa di kawasan bahu serta lengan bahagian atas.

Rasa sakit yang dialami juga boleh meningkat ketika anda berbaring sehingga boleh mengganggu waktu tidur.

sakit belakang kepala

Sekiranya anda alami salah satu daripada keadaan di atas dan rasa sakit masih belum reda dalam tempoh yang lama, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan awal juga penting bagi memastikan masalah kesihatan yang dialami tidak menjadi lebih serius pada masa akan datang.

Sumber : Klik Dokter, Hello Doktor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!