Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung: 5 Pilihan Yang Selamat

batuk berkahak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ubat batuk untuk ibu mengandung perlu dipilih dengan berhati-hati kerana tidak semua ubat batuk di pasaran selamat digunakan semasa hamil.

Sesetengah kandungan aktif boleh memberi kesan kepada perkembangan janin jika diambil tanpa nasihat doktor. Oleh itu, penting bagi ibu hamil untuk mengetahui pilihan ubat yang selamat dan berkesan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 ubat batuk untuk ibu mengandung yang selamat, termasuk pilihan herba dan tanpa gula, bagi membantu melegakan batuk tanpa menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Baca juga: Batuk Kokol Mudah Berjangkit, AWAS! Kenali Simptom & Rawatan

    Ibu Hamil vs Ubat Batuk

    ubat batuk untuk ibu mengandung

    Semasa hamil, tubuh wanita mengalami banyak perubahan hormon dan fizikal yang boleh menjadikan sistem imun lebih lemah, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan seperti batuk atau selesema.

    Walau bagaimanapun, pengambilan ubat batuk ketika hamil tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, kerana sesetengah ubat mengandungi bahan aktif yang boleh memberi kesan negatif kepada janin, terutama pada trimester pertama yang merupakan fasa penting perkembangan organ bayi.

    Contohnya, ubat batuk yang mengandungi codeine, alkohol atau pseudoephedrine tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti masalah pernafasan kepada bayi, risiko kecacatan kelahiran, atau menjejaskan tumbesaran janin.

    Bahkan, ubat yang biasa dianggap selamat untuk orang dewasa seperti lozenges atau sirap pun perlu diteliti terlebih dahulu kandungannya.

    Oleh itu, penting untuk ibu hamil mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat batuk, walaupun hanya ubat bebas di farmasi.

    Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengesyorkan ubat batuk yang lebih ringan, berasaskan herba, atau formulasi bebas gula dan alkohol sebagai pilihan yang lebih selamat.

    Pendekatan semula jadi seperti minum air suam, madu, dan rehat mencukupi juga sangat membantu melegakan batuk tanpa perlu bergantung kepada ubat.

    Jenama Ubat Batuk untuk Ibu Mengandung

    Terdapat beberapa jenama ubat batuk untuk ibu mengandung di pasaran yang sesuai untuk anda gunakan. Berikut adalah beberapa saranannya:

    1. Mucolix Elixir

    ubat batuk untuk ibu mengandung

    Mucolix Elixir adalah antara jenis ubat batuk yang dikeluarkan oleh Xepa dan selamat digunakan oleh ibu hamil. Ia membantu meredakan batuk dan mengurangkan masalah lendir.

    Kebanyakkan klinik atau hospital akan menggunakan ubat batuk ini untuk diberikan kepada ibu hamil.

    2. Tussidex Forte Linctus

    ubat batuk untuk ibu mengandung

    ubat batuk untuk ibu mengandung

    Tussidex forte linctus sesuai untuk pesakit kencing manis yang mengandung kerana ia tidak mengandungi gula dan alkohol.

    Namun begitu, kandungan bahan aktif seperti dextromethorphan dan diphenhydramine yang terkandung dalam ubat ini perlu digunakan dengan berhati-hati semasa hamil.

    3. Himalaya Koflet Lozeng

    Himalaya Koflet Lozeng antara pilihan ubat batuk berbentuk lozeng yang mengandungi herba-herba selamat bagi mengurangkan masalah batuk dan melegakan kerongkong.

    4. Hurix So Relief Oral Spray

    Hurix’s So Relief Oral Spray ialah semburan tekak berasaskan herba yang digunakan untuk melegakan sakit tekak, batuk ringan, dan rasa tidak selesa di kerongkong.

    Ia mengandungi ramuan semula jadi seperti madu, pudina dan ekstrak herba tradisional yang membantu menyejukkan, mengurangkan keradangan serta memberi kelegaan segera pada tekak yang kering atau gatal.

    5. Dabur Honitus Herbal Cough

    Dabur Honitus Herbal Cough Syrup ialah ubat batuk berasaskan herba yang dirumus khas untuk melegakan batuk kering dan berkahak tanpa menyebabkan rasa mengantuk.

    Ia mengandungi bahan semula jadi seperti tulsi, halia, madu dan mulethi yang terkenal dalam perubatan Ayurveda kerana sifat anti-radang dan penenang tekak.

    Sirap ini membantu melonggarkan kahak, melegakan kerengsaan tekak dan menyokong sistem pernafasan secara semula jadi.

    Jenis Ubat Batuk yang Perlu Dielakkan

    Menurut Dr. Imelda Balchin, pakar Obstetrik dan Ginekologi, ubat batuk Prospan dan lozenge Difflam adalah dua produk yang perlu dielakkan bagi wanita hamil.

    • Ubat batuk Prospan
    • Lozenge Difflam
    ubat batuk untuk ibu mengandung
    ubat batuk untuk ibu mengandung

    Pengeluar kedua-dua ubat batuk dan lozenge teleh membuat kenyataan, belum ada kajian perubatan yang membuktikan ia selamat di ambil oleh ibu hamil atau ibu yang menyusukan bayi. 

    Bahkan untuk pengetahuan anda, kedua-dua ini sebenarnya tidak boleh menyembuhkan jangkitan virus.

    Ia hanya boleh melegakan simptom batuk dan sakit tekak dan tidak boleh mencepatkan kesembuhan.

    Apa yang sebenarnya menyembuhkan anda ialah sistem imun badan anda, tetapi anda mesti memberi masa untuk badan sembuh sendiri.

    Baca juga: 20 Petua Hilangkan Batuk Dengan Cara Paling Mudah & Berkesan

    Tips Ambil Ubat Semasa Sedang Hamil

    Berikut adalah beberapa tips apabila anda ingin mengambil ubat batuk untuk hamil:

    • Ambil dos yang disyorkan doktor sahaja dan jangan sesekali ambil lebih daripada sukatan yang sepatutnya.
    • Baca label dan semak maklumat ubat batuk.
    • Tanya doktor mengenai berapa lama ubat tersebut selamat untuk dimakan.
    • Jangan berhenti makan ubat yang telah diberikan doktor tanpa berbincang dulu dengan doktor.

    Alternatif Lain Selain Ubat Batuk

    Terdapat pelbagai ubat batuk semulajadi yang boleh membantu melegakan batuk dan meredakan simptom yang dirasai. Antaranya adalah seperti berikut:

    • Madu asli
    • Teh herba (chamomile, peppermint, dan licorice)
    • Terapi wap air panas
    • Ubat batuk lozenge
    • Bawang putih
    • Kunyit
    • Cuka epal
    • Kumur dengan air garam
    • Minum air suam
    • Halia

    Bila Perlu Jumpa Doktor?

    ubat batuk untuk ibu mengandung

    Sekiranya batuk atau selsema tersebut disertai dengan demam, anda perlu segera berjumpa dengan doktor.

    Selain itu, ibu hamil yang mengalami masalah batuk lebih daripada sepuluh hari dan keadaanya semakn teruk, anda juga perlu segera dapatkan rawatan di hospital.

    Dapatkan perbincangan dengan doktor tentang sebarang kemungkinan penyebab lain yang memerlukan rawatan.

    Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat batuk untuk ibu mengandung dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut