Kahak dan ketidakselesaan pada tekak boleh menyebabkan batuk-batuk. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, ramai yang mula mencari ubat batuk untuk kegunaan kecemasan di rumah.
Daripada lambakan jenama ubat batuk di pasaran, yang manakah terbaik dan berkesan untuk berikan kelegaan segera?
Di sini kami ingin kongsikan beberapa jenis ubat batuk dewasa yang anda boleh cuba.
Perbezaan Batuk Kering & Batuk Kahak
Tahukah anda bahawa terdapat perbezaan antara batuk kering dan batuk kahak?
Selalu kalau jumpa doktor disebabkan batuk berlarutan, doktor akan tanya batuk kering atau batuk berkahak. Ini antara perbezaan batuk kering dan batuk basah.
Pelbagai jenis ubat-ubatan yang sesuai dan selamat digunakan mengikut batuk yang anda alami.
Tanda Batuk Kering
- Tiada kahak
- Gatal tekak
- Suara menjadi garau / hilang suara
- Biasanya berpunca daripada jangkitan virus di tekak, asma / lelah, habuk / jerebu / asap rokok atau kesan sampingan ubat
Tanda Batuk Berkahak
- Berkahak
- Rasa sesak dada bila batuk
- Biasanya berpunca daripada bakteria di tekak, pneumonia, post nasal drip
9 Ubat Batuk Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan di Pasaran
Terdapat beberapa jenis ubat batuk yang akan dipreskripsikan oleh doktor bergantung kepada keadaan anda:
- Expectorant (Penyingkir kahak)
- Antitussive (Penghenti batuk)
- Anti Asthmatic (Batuk lelah)
- Mucolytics (Cair kahak)
- Decongestant (Ubat selsema)
- Lozenge
- Antibiotik (Jika perlu)
Berikut pula adalah contoh ubat batuk yang terdapat di pasaran Malaysia yang boleh dibeli di kedai tanpa preskripsi doktor:
1. Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak
Ubat batuk jenama ini merupakan antara yang paling popular di Malaysia sejak berpuluh tahun lamanya.
Ia terkenal dengan tekstur yang pekat, berwarna gelap dan rasa yang agak manis.
Ia diperkaya dengan pelbagai ramuan herba bagi membantu melegakan simptom batuk dan sakit tekak.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda disarankan untuk menyimpannya dalam peti sejuk dan dilarutkan dengan secawan air terlebih dahulu sebelum diminum.
2. Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus
Ubat batuk berasaskan gamat dan madu ini menggunakan ramuan tradisional bagi mengurangkan simptom batuk.
Selain meredakan batuk, ia juga membantu untuk menghilangkan sakit tekak, mencairkan kahak dan melegakan sakit badan.
Ubat ini boleh diambil oleh semua peringkat umur berdasarkan dos yang disarankan. Namun, ia tidak sesuai untuk pesakit berusia 2 tahun ke bawah.
3. Xepa Bena Expectorant
Doktor di klinik kesihatan atau hospital biasanya akan memberikan jenama Bena Expectorant kepada pesakit yang mengalami batuk.
Ia merupakan antara ubat batuk terbaik yang anda boleh didapati di pasaran bagi mengatasi masalah batuk.
Ia bukan sahaja dapat mengatasi masalah batuk dan kahak secara berkesan, malah ia juga dapat membantu melancarkan saluran pernafasan.
4. Hurix’s Cough Peppermint Plus
Satu lagi produk ubat batuk Hurix yang berkualiti yang anda boleh dapatkan di pasaran adalah Hurix’s Cough Peppermint Plus.
Dengan formulasi khas daripada ramuan asli iaitu madu, akar likuoris, daun pudina dan akak pokok bunga belon (Platycodon grandiflorum), ia mampu memberikan kelegaan pantas bagi simptom-simptom batuk.
Ubat ini dapat membantu mengatasi sakit tekak akibat batuk, menghilangkan kahak dan sekaligus meredakan demam.
Aroma pudina yang segar dan nyaman pula dapat mengurangkan masalah mulut berbau.
5. Difflam Anti-Inflammatory Lozenges with Cough Supressant
Difflam merupakan jenama lozenge sakit tekak yang tidak asing lagi di pasaran. Ia juga mempunyai satu lagi produk lozenge yang dapat melegakan batuk beserta sakit tekak.
Lozeng ini bertindak sebagai penawar 2 dalam 1 kerana selain mengandungi benzydamine untuk meredakan sakit tekak, ia turut mengandungi bahan aktif untuk melegakan batuk.
Difflam ini lebih sesuai untuk diambil bagi yang sukar untuk menelan ubat batuk yang manis dan pekat. Lozenge ini memberikan sensasi dingin dengan perisa blackcurrant yang enak.
6. Ubat Batuk Breacol
Ubat batuk Breacol pula merupakan sejenis ubat ekspektoran yang membantu mencairkan serta meredakan masalah kahak yang agak tebal.
Pada masa yang sama, ia juga mampu memberikan kelegaan pantas kepada sakit tekak.
Walau bagaimanapun, ubat ini hanya sesuai untuk individu berusia 12 tahun ke atas sahaja.
7. Prospan Cough Syrup
Diformulasikan daripada daun Ivy kering sebagai bahan utamanya, Prospan Cough Syrup sesuai diambil bagi mengatasi batuk tanpa menyebabkan rasa mengantuk.
Oleh itu, ia juga selamat untuk diambil oleh ibu hamil. Selain itu, ia juga bebas gula dan sesuai untuk semua peringkat umur kecuali kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah.
Lebih menarik lagi tentang Prospan Cough Syrup ini adalah ia terbukti berkesan setelah melalui kajian klinik yang melibatkan 65,000 pesakit.
8. Mucolix Elixir
Mucolix Elixir mungkin mempunyai rupa yang agak sama dengan Xepa Bena Expectorant, namun ia juga bagus untuk mengatasi masalah batuk kering.
Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa, produk ini juga bebas gula, alkohol dan tidak menyebabkan mengantuk.
9. Three Legs Cough Relief
Ubat batuk Three Legs Cough Relief ini pula berfungsi sebagai eksprektoran bagi melegakan batuk akibat selsema.
Mengandungi bahan aktif guaifenesin, ia mampu mencairkan kahak serta lendir yang terhasil dalam dada dan tekak akibat selsema.
Jadi, ia sesuai untuk digunakan bagi meredakan kedua-dua batuk kering dan berkahak.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan tepat. Sesuai untuk semua peringkat umur, ia juga boleh didapati dengan mudah di farmasi atau klinik.
Pastikan anda tidak memberikannya kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tanpa nasihat daripada doktor.
Sumber : Hellodoktor