Tibi (Tuberkulosis) – Simptom, Golongan Berisiko & Rawatan

tuberkulosis
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Tibi (Tuberkulosis atau TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengetahui simptom, cara pencegahan dan kluster terkini di Malaysia.

Penyakit Tibi juga dikenali sebagai batuk kering dan mudah berjangkit pada orang menerusi sebaran udara.

Ia biasanya menyerang paru-paru tetapi boleh merebak ke organ lain seperti buah pinggang, tulang belakang atau otak.

Rujuk info penuh mengenai penyakit Tibi di bawah.

Apa itu Penyakit Tibi (Tubercolosis)?

Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh kuman “Mycobacterium Tuberculosis” (Kuman TB).

Penyakit ini juga dipanggil batuk kering kerana gejalanya melibatkan batuk berpanjangan.

Penyakit TIBI biasanya menyerang paru-paru tetapi boleh merebak ke bahagian badan lain seperti tulang, otak, ginjal atau kelenjar limfa.

Ia tersebar melalui udara apabila pesakit batuk, bersin atau bercakap, melepaskan titisan kecil bakteria yang boleh dihirup orang lain. Oleh itu, elakkan berada di tempat yang sesak dan kawasan bertutup.

Gejala utama penyakit TIBI termasuk batuk lebih dua minggu, batuk berdarah, demam malam, peluh berlebihan, penurunan berat badan serta keletihan berterusan atau tidak menunjukkan gejala yang ketara.

Ingat, tibi bukanlah penyakit keturunan atau disebabkan oleh buatan orang, ia adalah jangkitan kuman yang serius namun boleh sembuh sepenuhnya dengan rawatan yang betul.

Bagaimana Tibi Merebak?

Kuman Tibi merebak melalui udara. Apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bersin, atau bercakap, mereka mengeluarkan titisan halus yang mengandungi kuman ke udara.

Orang di sekeliling yang menyedut udara tercemar ini berisiko untuk dijangkiti.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dijangkiti melalui sentuhan tangan, berkongsi makanan, atau menyentuh pakaian pesakit.

tibi

Baca juga:

Kluster Tibi Di Malaysia

Berdasarkan perkongsian dalam Facebook rasmi KKM, Kluster Tibi merujuk kepada kejadian 2 kes atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat atau hubungan kontak, menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama.

Kes indeks merupakan kes Tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi fokus dalam siasatan dan kawalan wabak.

Di Malaysia, sebanyak 88 kluster dilaporkan pada tahun 2025 dengan 254 kes Tibi, manakala 35 kluster masih aktif.

Sehingga 7 Februari 2026, sebanyak 10 kluster Tibi telah dilaporkan dan kesemuanya masih berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Di Mana Kluster Tibi Boleh Berlaku?

Kluster Tibi boleh berlaku dalam kalangan:

  • Isi rumah/keluarga
  • Institusi
  • Tempat kerja
  • Kontak rapat bukan keluarga

Kluster tibi diklasifikasikan sebagai aktif dalam tempoh 6 bulan, iaitu dua tempoh inkubasi berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Wabah Malaysia 2021.

Simptom Penyakit Tibi

Berikut ialah tanda-tanda seorang berkemungkinan besar dijangkiti penyakit Tibi (Tuberkulosis):

  1. Berpeluh di waktu malam
  2. Batuk melebihi dua minggu
  3. Kurang selera makan
  4. Susut berat badan
  5. Batuk berdarah
  6. Demam

Beza simptom Covid-19 dan Tibi

Kedua-dua penyakit ini mungkin mempunyai beberapa persamaan kerana ia melibatkan jangkitan sistem pernafasan.

Ia juga boleh berlaku secara serentak dan komplikasinya lebih serius. Namun, pesakit Covid-19 akan menunjukkan beberapa simptom seperti :

  • Batuk kering yang berlaku secara tiba-tiba
  • Demam
  • Hilang deria rasa
  • Sukar bernafas
tibi

Golongan Berisiko Tinggi

Terdapat beberapa individu yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini iaitu:

  • Tinggal serumah/rakan sekerja/ada hubungan rapat dengan pesakit tibi
  • Pesakit diabetis
  • Pesakit HIV
  • Perokok
  • Pesakit Renal Failure dalam rawatan dialisis
  • Petugas kesihatan
  • Pesakit Chronic Obstructive Pulmonary Diseases (COPD)
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Penghuni pusat koreksional seperti penjara
  • Rheumatoid Arthritis

Saringan & Rawatan

Antara ujian yang akan dilakukan oleh doktor untuk kenalpasti jangkitan TB atau batuk kering adalah :

  • Pemeriksaan klinikal untuk kenalpasti gejala
  • Tuberculin Skin Test (TST)
  • Ujian interferon-gamma (IGRA) iaitu ujian darah khas bagi mengesan jangkitan TB
  • Ujian kahak mikroskopi
  • X-ray dada

Rawatan:

  • Jika pesakit disahkan dijangkiti TB, maka doktor akan memberikan rawatan selama 6 bulan.
  • Sekiranya pesakit disahkan Latent Tibi, pesakit akan diberikan rawatan LTBI selama 6 bulan.
  • Sekiranya tibi yang dialami normal, maka pesakit akan diminta untuk lakukan pemeriksaan selama 4 kali dalam tempoh 2 tahun.

Sekiranya anda masih dalam rawatan, pastikan anda patuhi janji temu bagi mendapatkan rawatan yang secukupnya.

Anda juga perlulah terus mengambil ubat mengikut dos yang diberikan dan patuhi arahan doktor.

Sekiranya gejala TB semakin teruk, dapatkan rawatan dengan segera dan maklumkan kepada doktor bahawa anda penghidap TB.

Pencegahan

  • Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung serta mulut
  • Sentiasa pakai pelitup muka terutamanya apabila berada di kawasan sesak
  • Amalkan penjarakan fizikal.

Selain individu yang mengalami simptom, ahli keluarga atau rakan yang tinggal serumah dengan pesakit tibi juga sangat digalakkan untuk hadir ke klinik atau hospital berdekatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan jalani ujian saringan bagi penyakit ini.

Langkah ini adalah penting bagi mengesahkan tahap kesihatan pesakit serta penularan yang mungkin berlaku.

Hari Tibi Sedunia 2026

Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac Mac setiap tahun bagi memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882. 

Tujuan sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi yang dilakukan di seluruh negara.

Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sangat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia untuk menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.

Fakta vs Mitos

Berikut ialah fakta dan mitos mengenai penyakit Tibi yang perlu diketahui:

Fakta ✅Mitos ❌
TB disebabkan oleh bakteri Mycobacterium tuberculosis yang menular melalui titisan air dari batuk/bersin pesakit aktif, bukan melalui sentuhan atau jabat tangan.TB boleh menjangkit melalui sentuhan kulit, kongsi makanan atau minuman.
TB boleh disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan antibiotik DOTS selama 6 bulan jika diikuti betul. Sekali kena TB, tak boleh sembuh atau rawatan sia-sia.
TB paru paling menular; TB laten (tidak bergejala) tidak menular kepada orang lain.Semua jenis TB menular sama mudahnya.
Golongan berisiko tinggi seperti pesakit HIV, diabetes, perokok atau pemakanan lemah lebih mudah dijangkiti.Hanya orang miskin atau kurang kebersihan yang kena TB.
Vaksin BCG melindungi kanak-kanak daripada bentuk teruk TB, skrining awal penting.Vaksin BCG melindungi 100% atau TB tak boleh dicegah.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Penyakit Tuberkulosis

Untuk mengetahui info terkini dan maklumat lanjut mengenai penyakit Tibi (Tuberkulosis), sila rujuk:

Sumber:

  1. Penyakit Tuberkulosis (TB) dan Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Basic TB Facts. Centers for Disease Control and Prevention
Apakah Penyakit Tibi?

Tibi ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteri Mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru dan menular melalui titisan air dari batuk atau bersin pesakit aktif. TB boleh berbentuk laten (tidak menular, tiada gejala) atau aktif (boleh menular dan bergejala).

Bagaimanakah TB Menular?

TB menular melalui udara apabila pesakit aktif batuk, bersin atau bercakap; bukan melalui sentuhan, kongsi makanan atau air. Orang yang tinggal rapat dengan pesakit aktif berisiko tinggi, tetapi tidak menular seperti selesema.

Apakah Gejala Utama Penyakit Tuberkulosis?

Gejala termasuk batuk lebih 2-3 minggu (kadang berdarah), demam malam, peluh berlebihan, penurunan berat badan, keletihan dan hilang selera makan. Jika menyerang organ lain, gejala berbeza seperti sakit belakang atau kencing berdarah.

Adakah penyakit Tibi boleh sembuh sepenuhnya?

Ya. Penyakit Tibi boleh disembuhkan sepenuhnya. Syarat utamanya ialah pesakit mesti mengambil ubat-ubatan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor (biasanya selama 6 hingga 9 bulan) tanpa gagal. Jika rawatan terhenti separuh jalan, kuman boleh menjadi kebal dan lebih sukar dirawat.

Bolehkah berjangkit jika bersalam atau berkongsi makanan dengan pesakit Tibi?

Tidak. Bakteria Tibi tidak merebak melalui sentuhan kulit (bersalaman), berkongsi peralatan makan, cawan, atau cadar katil. Ia hanya merebak melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman aktif di paru-paru batuk, bersin, atau bercakap.

Apakah perbezaan antara Tibi Laten dan Tibi Aktif?

– Tibi Laten: Kuman ada dalam badan tetapi “tidur”. Anda tidak berasa sakit, tidak mempunyai simptom, dan tidak boleh menjangkiti orang lain.
– Tibi Aktif: Kuman membiak dan merosakkan organ (biasanya paru-paru). Anda berasa sakit, menunjukkan simptom, dan boleh menjangkiti orang lain

Mengapa rawatan Tibi mengambil masa yang sangat lama?

Kuman Tibi adalah sejenis bakteria yang sangat degil dan membiak dengan perlahan. Ubat antibiotik memerlukan masa yang lama untuk memastikan semua kuman, termasuk yang “bersembunyi”, mati sepenuhnya. Berhenti awal akan menyebabkan kuman yang tinggal mutasi menjadi Tibi MDR (Multi-Drug Resistant).

Adakah suntikan BCG (parut di lengan) menjamin saya tidak akan kena Tibi?

Vaksin BCG sangat berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada komplikasi Tibi yang serius (seperti Tibi radang selaput otak). Walau bagaimanapun, keberkesanannya pada orang dewasa adalah terhad. Orang yang mempunyai parut BCG masih boleh mendapat Tibi jika sistem imun mereka lemah.

Siapakah yang paling berisiko tinggi terkena jangkitan Tibi?

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti, tetapi risiko lebih tinggi bagi:
– Individu yang tinggal serumah dengan pesakit Tibi aktif.
– Perokok tegar.
– Pesakit yang mempunyai sistem imun lemah (seperti penghidap HIV, Kanser, atau Diabetes).
– Warga emas.

Apa yang perlu dilakukan jika anda terdedah?

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang baru disahkan menghidap Tibi, anda perlu ke klinik untuk menjalani Ujian Mantoux atau X-ray dada sebagai saringan, walaupun anda tidak mempunyai sebarang simptom.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut