Sering Pening & Pitam? Kenal Pasti Punca Tekanan Darah Rendah, Simptom & Cara Atasi

tekanan darah rendah
Pemeriksaan bacaan tekanan darah rendah di klinik.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda sering mengalami pening kepala selepas bangun tidur? Tahukah anda, ini merupakan antara simptom atau tanda2 tekanan darah rendah.

Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Bergantung kepada punca dan simptom, masalah ini perlulah ditangani dengan baik bagi mengelakkan masalah kesihatan yang tidak diingini.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Pengenalan Kenapa Terjadinya Tekanan Darah Rendah?

Tekanan darah rendah atau hipotensi berlaku apabila tekanan darah dalam badan jatuh di bawah paras normal.

Walaupun ia tidak selalu berbahaya, keadaan ini boleh menyebabkan gejala seperti pening, rasa loya, kabur penglihatan, keletihan, atau pengsan, terutama jika tekanan darah turun secara mendadak.

Buat pengetahuan anda, tekanan darah normal bagi orang dewasa adalah lebih rendah dari 120/80 mmHg.

Bacaan tekanan darah rendah apabila berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Warga emas lebih berisiko mengalami masalah ini kerana sistem tubuh mereka mungkin tidak lagi berfungsi seefisien dahulu.

Kajian menunjukkan kira-kira 5% individu mula mengalami hipotensi pada usia 50 tahun, dan jumlah ini boleh meningkat hingga 30% apabila seseorang mencapai usia 70 tahun ke atas.

Namun, tekanan darah rendah bukan hanya berlaku pada orang tua.

Golongan muda yang aktif dan kelihatan sihat juga boleh mengalaminya, kadang-kadang tanpa sebarang tanda awal.

Ini menjadikan hipotensi sukar dikesan jika tidak diperiksa secara berkala.

Dalam beberapa situasi, tekanan darah rendah boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan lain seperti dehidrasi, masalah jantung atau gangguan hormon.

Jika penurunan tekanan darah terlalu drastik, ia boleh menyebabkan kejutan (shock), iaitu keadaan yang boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan segera.

tekanan darah rendah

Jenis Hipotensi

Terdapat tiga jenis utama bagi hipotensi iaitu :

Tekanan Darah Rendah Ortostatik

  • Tekanan darah yang menurun apabila seseorang berubah posisi, bangun dari tidur atau duduk.
  • Berlaku apabila tubuh tidak dapat menyesuaikan tekanan aliran darah dengan cepat supaya sesuai dengan kedudukan badan.
  • Boleh menyebabkan seseorang berasa pening atau pengsan.
  • Keadaan biasanya berlaku hanya seketika (beberapa saat atau beberapa minit selepas berdiri).

Tekanan Darah Rendah ‘Neurally Mediated’ (NMH)

  • Berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Contohnya, apabila berdiri terlalu lama, darah mula berkumpul di kaki.
  • NMH juga menyebabkan badan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi. Sebagai tindak balas, otak akan melambatkan kadar denyutan jantung.
  • Boleh menyebabkan kepala pening dan rasa hendak pitam. Ini juga sebab kenapa tiba tiba pitam?

Tekanan Darah Turun Mendadak Akibat ‘Shock’

‘Shock’ adalah keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah menurun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ penting lain tidak dapat bekalan darah mencukupi.

tekanan darah rendah
punca tekanan darah rendah
Ketahui punca hipotensi.

Punca Tekanan Darah Rendah

Disebabkan hipotensi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, jadi agak sukar untuk tentukan punca sebenarnya.

Ia juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti genetik dan kegiatan.

Sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah rendah, ia mungkin boleh terjadi disebabkan :

Nyahhidrasi

Apabila badan kehilangan air lebih dari yang diambil seperti berpeluh berlebihan semasa lakukan aktiviti fizikal, muntah, cirit-birit dan demam, ia boleh mendorong kepada penurunan tekanan darah.

Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu

Ubat tertentu termasuk ubat untuk merendahkan tekanan, ubat kencing (diuretics), calcium channel blockers, antidepresi serta beta blockers (ubat masalah jantung) boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.

Menghidap Diabetes

Diabetes boleh mengganggu kestabilan tekanan darah kerana ia boleh mempengaruhi hormon dan saraf pada kawasan salur darah.

Penyakit Neurologikal

Individu yang mengalami penyakit neurologikal seperti Parkinson berisiko untuk alami masalah tekanan darah disebabkan salur darah yang lebih luas daripada biasa.

Pada masa yang sama, ubat-ubatan untuk pesakit Parkinson juga boleh menyebabkan masalah sama.

Masalah Berkaitan Kelenjar Adrenal

Individu dengan masalah dengan kelenjar adrenal seperti penyakit Addison atau mengalami kecederaan pada kelenjar boleh mengakibatkan tekanan darah jatuh.

Masalah Jantung

Individu yang mengalami masalah jantung lebih cenderung untuk alami masalah hipotensi.

hipotensi
Pesakit jantung juga berisiko mendapat masalah hipotensi.

Anemia

Sekiranya seseorang mempunyai sel darah merah yang kurang daripada julat normal, tekanan darah juga akan menurun kerana darah tidak dapat mengangkut oksigen yang cukup untuk keperluan tubuh.

Kecederaan Serius atau ‘Shock’

Tubuh yang mengalami kejutan atau kecederaan serius boleh menyebabkan tekanan darah menurun secara mendadak.

‘Shock’ akibat alahan atau jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan hipotensi.

Baca juga:

Simptom Tekanan Darah Rendah

Gejala atau simptom bagi hipotensi adalah bergantung kepada puncanya.

Hipotensi Ortostatik / Hipotensi Neurally Mediated

Hipotensi jenis ortostatik berlaku selepas seseorang bangun dari keadaan berbaring atau duduk.

Pada masa yang sama, hipotensi neurally mediated juga menunjukkan gejala yang sama seperti hipotensi ortostatik.

Antara tanda2 tekanan darah rendah adalah :

tanda hipotensi
Selalu rasa hendak pitam merupakan antara tanda hipotensi.

Hipotensi Teruk Berkaitan ‘Shock’

Pada peringkat awal, mungkin sukar untuk mengesan sebarang tanda.

Bagi orang tua, gejala pertama mungkin hanya kekeliruan.

Sekiranya keadaan ‘shock’ semakin teruk, seseorang tidak dapat duduk tanpa merasa pitam dan boleh pengsan sekiranya berlarutan.

Gejala lain pula bergantung kepada punca ‘shock’ itu sendiri.

Sebagai contoh, bagi pesakit yang mengalami kehilangan darah yang banyak atau kegagalan jantung untuk mengepam darah :

  • Kulit akan menjadi sejuk, berpeluh dan pucat.
  • Denyut nadi menjadi lemah dan pantas.
  • Pernafasan laju.

Pesakit dengan hipotensi ‘shock’ perlulah mendapatkan rawatan serta-merta bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

tekanan darah rendah
Simptom dan punca tekanan darah rendah.

Cara Atasi Hipotensi

Sekiranya anda mengalami hipotensi, kaedah terbaik cara menaikkan tekanan darah rendah adalah untuk mengikut saranan doktor.

Biasanya, doktor akan mengesyorkan beberapa kaedah seperti berikut :

1. Makanan untuk tekanan darah rendahAmalkan Pemakanan Sihat

Ambil makanan yang sihat dan seimbang serta minum air secukupnya. Pengambilan garam pada kadar bersesuaian juga mungkin dapat membantu mengimbangi tekanan darah.

Sekiranya anda sering pening selepas makan, kurangkan pengambilan karbohidrat.

hipotensi
Pengambilan pemakanan yang sihat boleh membantu anda mengimbangi tekanan darah.

2. Ambil Ubat-Ubatan

Bagi mengurangkan simptom hipotensi, anda perlulah mengambil ubat atas saranan doktor.

3. Berdiri Perlahan-lahan

Elakkan berdiri terlalu cepat kerana ini boleh mengakibatkan anda pening atau pengsan.

4. Duduk Jika Rasa Pening atau Ingin Pitam

Jatuh dari tempat tinggi boleh mendatangkan kecederaan serius seperti konkusi atau patah tulang.

Simptom tekanan darah rendah biasanya boleh diatasi dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan ubat-ubatan atas saranan doktor.

Namun, jika ia berlarutan, anda perlulah mendapatkan rawatan daripada doktor dengan segera.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tekanan darah rendah bukan isu remeh, lebih-lebih lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba atau disertai simptom seperti pening, pengsan, dan keletihan.

Walaupun sesetengah individu mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda, tekanan darah yang terlalu rendah boleh menjejaskan fungsi organ penting dan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Oleh itu, pemantauan tekanan darah secara berkala amat penting, terutama bagi warga emas dan individu yang mempunyai faktor risiko.

Dapatkan nasihat perubatan jika anda sering mengalami simptom berkaitan hipotensi, agar punca sebenar dapat dikenal pasti dan dirawat lebih awal.

Pencegahan dan rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi serta meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Sumber : myhealth.gov.my, Hellodoktor

Baca Juga : Bacaan Tekanan Darah Normal Untuk Lelaki & Perempuan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut